Assalamualaikum wbt. Semoga para penyumbang diberikan kesihatan bersama keluarga serta diberkati dalam menjalankan urusan harian. Kerusi roda merupakan bantuan alat perubatan yang diperlukan apabila seseorang itu mengalami kelemahan anggota bawah atau kaki. Perkara ini sinonim dengan warga emas yang umumnya kudrat mereka makin berkurang hari ke hari. Kerusi roda merupakan antara 10 kategori di bawah manfaat 2.
Bantuan wakaf kerusi roda merupakan usaha Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) untuk membantu pesakit uzur yang memerlukan kerusi roda yang kurang di hospital-hospital serta Institut Kanser Negara disebabkan pertambahan pesakit kanser yang memerlukan bantuan untuk bergerak. Bagi pesakit yang tidak berkemampuan, kami akan menderma kerusi roda kepada pesakit bagi memudahkan urusan harian mereka untuk bergerak.
Pelaburan Yang Tidak Akan Rugi, Pahala Terus Mengalir Walaupun Sudah Tiada
Kemudahan kerusi roda yang diwakafkan lebih memudahkan pesakit atau waris pesakit bergerak menguruskan kehidupan seharian. Sumbangan ini akan disalurkan kepada:
1. Pesakit yang memerlukan
2. Institut Kanser Negara
3. Masjid-masjid yang tiada kerusi roda
4. Rumah kebajikan
Sumbangan anda dapat membantu dan mencerahkan masa depan mereka yang sedang membina jati diri agar menjadi seseorang yang berguna, membanggakan anak bangsa dan mengharumkan nama negara.
Allah SWT berfirman: "Dan apa saja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik” (Surah Saba’: Ayat 39)
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.