SUMBANGAN BANTUAN SAUDARA BARU ISLAM


SUMBANGAN BANTUAN SAUDARA BARU ISLAM


PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)
Kajang, Selangor
Published: Mar 29, 2023
0.36%
RM 180.00 RM 50,000.00


4,982.0
Baki Lot Diperlukan
18.0
Lot Telah Terbeli
10
Penyumbang
619
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
5000 Lot Ditawarkan

Jom sama-sama dengan Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal dan mereka yang baru memeluk agama islam (muallaf) terdiri daripada bekas pesalah penjara. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka. PEMAAF berhasrat mengumpul dana bagi saudara yang baru dibebaskan untuk membawa mereka mendalami agama islam dengan lebih mendalam lagi. Penerima sumbangan adalah terdiri daripada saudara baru yang telah bebas dan belum bebas dari penjara di bawah kelolaan PEMAAF untuk menempatkan mereka di tempat kerja yang bersesuaian dan mendidik mereka ke arah islam yang sebenar.

PEMAAF baru sahaja menguruskan saudara baru yang sebelum ni agama asalnya Kristian iaitu Loo Wai Kong yang diberi nama Islamnya, Muhammad Amin Bin Abdullah dan Mohd Khalid Ang Bin Abdullah pada 29 September 2022 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya yang memerlukan bimbingan lebih mendalam lagi dan kini bergelar muallaf.

Muallaf merupakan istilah yang biasa disebut dalam masyarakat. Pelbagai takrifan dan pengertian dikemukakan dalam kamus, ulama semasa dan sebagainya. Dalam membincangkan konsep muallaf, faktor-faktor pengislaman mereka, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan ini, kepentingan bimbingan kepada mereka, dan lainnya merupakan elemen yang penting untuk mengenali golongan Muallaf dan persekitaran mereka. Definisi umum Muallaf secara umum terdapat di dalam al-Quran al-Karim di dalam surah al-Taubah (9) ayat 60, maksudnya:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang Muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Kami dari Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) berharap pendekatan agama bermula dari mereka di dalam penjara lagi sehingga mereka dibebaskan dan membantu mereka bila berhijrah kelak bagi membantu saudara baru Islam dalam meneruskan kehidupan mereka seperti insan lainnya. Doa kami agar para penderma sudi berkongsi rezeki dengan mereka untuk kami laksanakan aktiviti serupa sekerap mungkin. Dalam kesempatan itu juga, ada individu yang menyatakan hasrat mengajak kenalan memeluk Islam. Kami mengalu-alukan hasrat mereka dan sedia mengatur urusan pengislaman mereka dalam tempoh beberapa hari akan datang. Kami harus menguruskan saudara baru seperti:

1. Pengurusan pengislaman dan pendaftaran saudara baru

2. Pengeluaran kad akuan masuk Islam

3. Mengurus kebajikan saudara baru

4. Kaunseling dan khidmat nasihat saudara baru

5. Kelas pengajian harian saudara baru

6. Latihan dan bimbingan kepada saudara baru

Kebanyakan saudara baru yang disantuni oleh kami sangat memerlukan sokongan moral dan fizikal daripada pelbagai pihak. Justeru, kami daripada Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) amat mengalu-alukan pertolongan serta sumbangan daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta dalam meringgankan beban mereka.

Menurut Al-Jaziri merupakan salah seorang pengikut Imam Syafie, mendefinisikan Muallaf kepada beberapa jenis, iaitu;i. Mereka yang lemah imannya, iaitu yang baru memeluk Islam dan berhak diberi zakat.ii. Mereka yang berpengaruh di kalangan sebuah masyarakat. Yang mana, dengan adanya mereka ini boleh menyebabkan orang lain memeluk agama Islam. Mereka yang kuat imannya iaitu, apabila diberikan habuan zakat kepadanya menyebabkan orang lain tidak melakukan kejahatan. Mereka yang boleh menarik orang lain untuk mengeluarkan zakat (al-Jaziri 1990: 625).

Antara ciri-ciri yang penting dalam mengukuhkan tali persaudaraan itu ialah perlunya ada sikap saling bantu-membantu atau tolong-menolong, kerana apalah ertinya persaudaraan jika kita tidak mahu menolong saudara kita ketika dia berkehendakkan pertolongan dan bantuan. Dari sikap tolong-menolong inilah akan membuahkan perpaduan dan kekuatan ummah. Rasulullah SAW telah menggambarkan nilai sikap bantu membantu ini melalui apa yang diriwayatkan daripada Abu Musa RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya seorang mukmin bagi seorang mukmin yang lain adalah seperti satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Read More


Recent Contribution
Fadli  RM20.00
Top Contribution
Fadli  RM60.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

4,982.0

Baki Lot Diperlukan

18.0

Lot Telah Terbeli

10

Penyumbang

619

Pengunjung
Recent Contribution
Fadli  RM20.00
Top Contribution
Fadli  RM60.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

Kempen Lain