Saya seorang asnaf berusia 70 tahun dan menghidap penyakit jantung dan baru2 ni menjalani pembedahan mata cataract kedua2 belah mata. Saya tak bekerja dan sebelum ni saya pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan. Saya berhenti sejak tahun 2014 masa saya operasi jantung pertama. Lebih kurang 10 tahun, sebelum tu saya membantu kawan berniaga. Saya telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2014 dan 2017 di Hospital Serdang memasukkan stent. Buat masa kini masih dalam rawatan susulan. Kalau bleh saya nak minta bantuan utk kos perawatan mata saya. Saya dah berkahwin dan tiada anak, saya berkahwin dan punya anak tiri 3 orang, anak pertama telah meninggal dunia, dan 4 cucu semuanya di Surabaya Indonesia. Nama isteri Noer Soendari, 63 tahun dan sekarang ni menggunakan visa ikut suami. Berasal dari kacamatan Sembayat, dan telah menikah selama 15 tahun, dan beliau adalah isteri yang pertama bagi saya. Buat masa ini saya dan isteri tinggal di rumah peninggalan arwah ayah dan ibu kerana saya dan isteri tidak bekerja. Isteri saya menghidap penyakit kencing manis dan matanya keduanya telah di operasi cataract juga. Bersama ini saya sertakan kad rawatan saya dan isteri, sijil nikah, serta surat kelahiran saya dan k.p. juga salinan passport isteri saya. Jika ada yang perlukan sila hubungi saya, kerjasama pihak tuan/puan amat di hargai. Saya ada mendapat bantuan RM400 daripada MAIWP Bantuan Asnaf. Saya pergi check up setiap 3 bulan, saya tak bayar sewa rumah. Buat masa kini, saya kini mendapatkan rawatan susulan di hospital Kuala Lumpur untuk rawatan mata dan jantung di Hospital Serdang. Saya tak boleh memandu, kena naik bas atau teksi untuk mendapatkan rawatan susulan. Saya menggunakan T&Go kad kalau naik bas, kalau naik teksi RM12 ke RM15 lihat keadaan dan kesesakan jalan raya. Anak2 tiri semua di Surabaya cukup untuk sara mereka sendiri. Terputus bekalan pernah juga terjadi jika terpaksa membayar bil2 hospital, duit api, air, cukai tanah dan pintu. Terima kasih di atas keprihatinan dan sifat ingin membantu saya dan isteri, tambahan pula harga untuk makanan semuanya naik, sehingga perbelanjaan bulanan terpaksa di catu, kalau tak terpaksa makan nasi goreng dan telur. Maklum saja harga sayur kangkung RM7 sekilo di tempat saya. Gambar rumah masih dalam pembaikan belum siap lagi, abang saya membaikinya kerana banyak kerosakan, usia rumah pun 55 tahun dah
Saya agak kurang sihat pada masa kini, mungkin di sebabkan cuaca agak panas, hanya keluar jika ada keperluan, dan jika berterusan saya akan ke klinik kesihatan berdekatan. Buat masa saya gunakan dana yang saya dapat untuk belanja harian, pada 23-05-23 ni nak pergi buat rawatan bulanan jantung. Kalau di sebelah petang boleh buat untuk rawatan mata. Insyaallah, saya pun nak buat cermin mata ni kerana ni atas nasihat doktor yang merawat dulu, sekarang ni kumpul2 kan duit untuk buat tempahan. Kalau kita buat kat focus point biaya nya RM1300.00 kerana dia buat cermin mata siang malam, kalau untuk siang je anggaran RM850.00. Buat masa ni saya tidak di beri ubat2an untuk mata, hanya di nasihatkan untuk membuat cermin mata rabun jauh dan dekat, isteri saya menggunakan ubat mata jenis titik dan krim, dan masih dalam rawatan doktor pakar mata hospital Kuala Lumpur, dan isteri saya menggunakan cermin mata untuk membaca Al Quran dan lain2.
Mata isteri saya Noer Soendari mengalami pembengkakkan kerana kotor dan dijangkiti virus. Dana yang sebelum ni saya gunakan untuk tambang teksi dan grab, serta cermin mata dengan lebihan duit dana dan pemberian dari adik beradik saya serta belanja harian barangan dapur lauk pauk serta perbelanjaan Aidil Adha yang lalu. Mata isteri start bengkak pada 06/07/2023. Hanya rawatan susulan dan di beri ubat antibiotik pil dan juga antibiotik untuk di titiskan ke mata. Untuk makluman pihak tuan isteri saya kini tidak sehat lagi. Ubat yang di beri pun telah habis. Dan saya akan pergi ambil ubat tambahan pada hari Isnin nanti, untuk maklumat pihak tuan isteri saya telah mendapat bantuan kerusi roda dari UMNO Wangsa Maju/Taman Ibu Kota atas ihsan sahabat dari cawangan yang mengetahui tentang kesulitan membawa isteri saya ke Hospital Pakar mata HKL.
Ingin bertanya, apakah saya tak dapat bantuan lagi, saya dan isteri buat masa ni demam, dan isteri kena buat check up mata pada 14/08/2023 jam 09.00 pagi.
Saya sekarang di wad akibat serangan jantung selama seminggu.
Esok 14/08/23 saya bawa isteri saya check up mata di klinik pakar mata hospital KL.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.