Suami Kanser Otak tahap 3 (High Grade Glioma)


Suami Kanser Otak tahap 3 (High Grade Glioma)


MarhaenMY - Rosnadilla idayu
Ajil, Terengganu
Published: Apr 05, 2023
33.22%
RM 3,322.00 RM 10,000.00


667.8
Baki Lot Diperlukan
332.2
Lot Telah Terbeli
162
Penyumbang
2,649
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Suami saya penghidap Kanser Otak tahap 3 (high grade Glioma) yang memerlukan rawatan dalam kadar segera dan kami masih kekurangan dana untuk pembiayaan kos rawatan yang hampir mencecah 40k. Saya sudah memohon bantuan kewangan dari beberapa agensi dan masih lagi dalam senarai menunggu. Saya bimbang dalam tempoh itu, rawatan terpaksa ditangguh kerana kekurangan dana. Suami saya mula mengadu sakit kepala yang kronik pada pertengahan bulan Oktober tahun lalu sehingga pemeriksaan mendapati terdapat tumor di bahagian hjnefungsian kognitif dan motornya sehinggalah pada bulan Februari lepas doktor telah mengesahkan dia menghidap Kanser Otak tahap 3 atau kanser bergred tinggi yang sememangnya agresif dan memerlukan dia untuk menjalani rawatan dengan segera. Suami saya telah dirujuk ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. Dijangkakan bermula bulan depan (April) rawatan akan dimulakan. Untuk makluman, kami juga tidak mempunyai sebarang insuran perlindungan. Suami dapatkan rawatan bulanan biasa di HSNZ Kuala Terengganu. Untuk radiotherapy dengan chemotherapy akan buat di HUSM, kubang kerian. Saya seorang suri rumah dan ada 3 orang anak berumur 8 tahun, 3 tahun dan 4 bulan.

Sebelum ni suami bekerja dengan Aegis untuk celcom sales department. Basic dalam RM2000 tapi ada la allowance so bersih dalam RM3000 tiap2 bulan. Rawatan still belum dimulakan sebab sekarang ni tengah tunggu giliran dari hospital. Ahad hari tu baru ke Kubang Kerian untuk dapatkan ukuran saiz muka suami untuk prosedur radiotherapy. Term bayaran pun boleh dilakukan secara ansuran. Untuk rawatan pertama nanti ada sahabat² yang dermakan pada kami tapi belum sampai pun RM10000. Bagi baki kos, saya terpaksa cari jalan lain la. Sekarang ni kami duduk menumpang rumah mak jadi tak ada bayaran sewa. Kami duduk dengan mak baru dalam 3 tahun. Sebelum ni kami duduk dan bekerja di kota Damansara. Masa tu saya kerja retail sahaja dan saya berhenti sebab pregnant anak kedua. Tunggakkan sekarang kereta dari bulan 10. Gambar kepala suami tu masa bulan 1 hari tu diambil lepas operation sample tumor diambil untuk analisa. Masa tu kami belum pun tahu tumor yang kami nampk dari Xray, MRI dan CT scan tu sebenarnya kanser otak. Bila da buat operation tu baru kami tahu. Kos pembedahan tu pun RM2500 dan ini dapat sumbangan dari keluarga mertua. Kalau untuk temujanji bulanan ke HSNZ sejam dari rumah tapi kalau ke Kubang Kerian dalam 3 jam dari rumah. Saya sendiri yang hantar suami. Ikutkan 2 kali dalam sebulan, satu di HSNZ satu di HUSM. Suami ada makan ubat pain killer & ubat sawan sahaja. Dari segi keperluan anak2 semua setakat ni saya dapat bantuan sikit² dari mak saya dan saving kami yang bersisa.

Read More



Updates




Update 18 / 04 / 23

Suami dah meninggal dunia di Hospital Hulu Terengganu.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Naqibah  RM3.00
Top Contribution
Hamba  RM220.00
First Contribution
Nizamyati  RM3.00

667.8

Baki Lot Diperlukan

332.2

Lot Telah Terbeli

162

Penyumbang

2,649

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Naqibah  RM3.00
Top Contribution
Hamba  RM220.00
First Contribution
Nizamyati  RM3.00

Kempen Lain