Pada tarikh 14/3/23 kami dalam perjalanan balik dari Madinah ke Malaysia. Ketika dalam kapal terbang suami saya, Mohd Lotfi telah mengalami sesak nafas lalu salah satu jemaah umrah yang juga seorang doktor telah memeriksa suami saya dan meminta MAS untuk membuat emergency landing di India. Sebaik sampai di India, kami bergegas ke Criticare untuk rawatan selanjutnya. Suami saya disahkan mengalami paru2 berair & dimasukan tiub untuk keluarkan air. Pada awal berada di hospital, CT scan sudah dilakukan dan didapati paru2 suami saya mempunyai ketulan cyst & gelembung udara yang agak besar & Dr Deepak Namjoshi tidak memberi kebenaran untuk menaiki kapal terbang atas risiko gelembung tersebut pecah akibat tekanan udara & boleh menyebabkan kematian. Pada awalnya kami pilih untuk keluar dari hospital tersebut oleh kerana tak mampu untuk membayar kos pembedahan & mengambil risiko untuk pulang tetapi kami masih perlukan surat "Fit to fly." oleh doktor pakar. MAS juga tidak mahu bertanggungjawab atas risiko tersebut maka kami tetap tidak boleh pulang. Setelah berjumpa Dr Vimesh Rajput untuk minta surat fit to fly, Dr tidak sarankan untuk ambil risiko tersebut & menasihati kami untuk teruskan pembedahan. Kami berdua ditinggalkan sehelai sepinggang di India sebab luggage tak boleh nak ambik. Nasib baik konsulat Malaysia datang bawa suami terus naik ambulan ke sebuah hospital swasta di Mumbai ni.
Maka kami terpaksa akur dengan nasihat dr & pembedahan telah pun dijalankan pada 5 & 11 April baru2 ini pada paru2 kiri & kanan suami saya. Ada ketulan2 belon yang besar dan lemak yang menyebabkn dia jadi sesak nafas. Kos rawatan untuk pembedahan ini telah dinyatakan oleh Dr Vimesh Rajput adalah sekitar 55 ribu - 59 ribu ringgit untuk kos pembedahan, kos rawatan, dan caj bilik sepanjang kami berada di hospital. Kami telah pun mengunakan duit pencen suami saya sebanyak 49 ribu sebagai pendahuluan untuk masuk ke Hospital Bhatia. Lebih kurang 10 ribu lagi perlu kami jelaskan ketika discharge nanti. Sy memberikan no akaun bank anak saya oleh kerana anak saya sudah pun berada bersama saya di India untuk menguruskan serba sedikit berkenaan urusan di sini. Saya dan suami tidak mempunyai online banking dan tidak dapat aktifkan international transaction secara direct dengan bank sebab kami tidak dapat balik ke Malaysia. Maka, anak saya yang datang ke India bersama wakil konsulat setelah mengaktifkan international transaction untuk memudahkan urusan pembayaran & bantuan orang ramai.
Suami saya dulu hanya bekerja pegawai am rendah sahaja dan baru 4 bulan pencen manakala saya suri rumah. Kami ada 4 orang anak. Anak sulung sekarang bersama kami (29 tahun), kedua OKU (27 tahun), no 3 24 tahun dan no 4 19 tahun. Anak sulung saya terpaksa berhenti bekerja buat sementara sebab datang sini bantu saya urus urusan di sini , anak saya kedua oku mental dan anak bongsu yang jaga dia. Anak saya yang OKU memang langsung tak boleh jaga diri, kalau biar sorang2 macam2 dia buat sebab dia tak tahu betul salah. Anak ketiga sahaja bekerja. Anak sulung saya dulu kerja petshop di Kings Cat Petshop Sungai Petani dengan gaji RM1300. Anak saya yang ke 3 kerja di kedai kasut sport Gatti di Central Square. Belum ada lagi agensi mana2 atau platform yang membantu, kami cuba jugak nak contact beberapa platform bantuan tapi tak dilayan. Doktor cakap 21 hb discharge, insyaAllah 22hb bertolak balik. Kami plan untuk balik bersama2 sebab saya perlu bantuan anak saya untuk urus urusan di sini, komunikasi agak susah & saya kurang faham English, anak saya boleh fahami jadi saya perlukan anak saya sampai balik nanti.
Doktor cabut tiub belah kanan. Esok cabut belah kiri pulak.
Keadaan suami beransur2 baik. Cuma luka pembedahan tak lega lagi. Kami dah balik Malaysia 10 hari dah. Suami ada kena refer dekat hospital sini, Hospital Sultan Abdul Halim. Suami ada juga kena makan ubat. Sebab hujung bulan 5 ni ada temujanji dengan doktor sini. Kami akan tunjuk semua laporan kesihatan dari doktor india kepada doktor di hospital abdul halim.
Assalamualaikum, kami rasa dah cukup dana, suami pun dah sihat beransur pulih, terima kasih sebab bantu kami . Hanya Allah saja yg bisa membalas jasa baik hampa.menolong saya dan suami..terimakaseh
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.