Belajar Sambil Bekerja Bayar Yuran Universiti Yang Tertunggak


Belajar Sambil Bekerja Bayar Yuran Universiti Yang Tertunggak


MarhaenMY - siti rabiatul adawiyah binti sahar
Pelabuhan Klang, Selangor
Published: Apr 25, 2023
48.8%
RM 1,955.00 RM 4,000.00


204.8
Baki Lot Diperlukan
195.5
Lot Telah Terbeli
81
Penyumbang
2,283
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. saya dengan penuh rendah hati ingin memohon bantuan daripada orang ramai untuk membayar yuran pengajian yang sudah lama tertunggak semenjak semester 1. Saya ada juga membayar sedikit yuran pengajian yang tertunggak tetapi belum capai target untuk habis keseluruhan pembayaran. Saya terpaksa bekerja sambil belajar untuk membayar yuran dan wang sara hidup sebagai seorang pelajar. Saya hanya bekerja pada hari minggu atau hari yang tiada kelas sahaja. Sekarang saya masih belajar Diploma dan kini berada di semester 4. Saya belajar di akademi seni budaya dan warisan kebangsaan (ASWARA) dan saya ambil kos visual communication design. Sepanjang saya bekerja, wang tersebut masih tidak mencukupi untuk membayar yuran pengajian dan wang pembelanjaan saya. Sekarang saya menginap di rumah sewa bersama kawan - kawan yang lain serta wang sewa juga saya yang tanggung sepanjang belajar sambil bekerja. Keluarga saya ada juga memberi wang pembelanjaan akan tetapi masih juga tidak mencukupi dan saya adalah anak yang kedua daripada 9 adik beradik. Kesemua adik beradik saya sudah bersekolah kecuali yang bongsu berumur lingkungan 3 tahun. Bapa saya masih bekerja di kilang dengan gaji RM4500 dan ibu saya tidak bekerja, untuk menanggung ke sembilan orang adik adik saya, gaji yang diharap tidak mencukupi sebab itu saya perlu menyelesaikan yuran pengajian sendiri. Saya juga keliru macam mana nak selesaikan yuran tertunggak ini sebelum bulan 6 kerana jika saya tidak mampu menyelesaikan sebelum bulan tersebut, saya tidak dapat untuk menjawab exam dan sepanjang saya belajar daripada semester 1 sehingga 4, saya tidak dapat langsung melihat result setiap semester kerana yuran masih tertunggak.

Sebelum tu saya ada cuba mohon bantuan daripada bank rakyat tapi tak lulus. Bantuan bank rakyat tu under zakat macam tu. Dan saya tak tahu kenapa tak lulus. Saya mohon ketika tahun 1 semester 2. Saya ada cuba mohon PTPTN. Tapi ayah tak bagi kerjasama nak isi borang2 / dokumen. Yuran satu sem tu bergantung pada berapa subjek yang saya ambil dalam 1 semester dengan sekali yuran pendaftaran dan yuran berulang setiap semester. Saya kerja di F&B sekarang sebagai service crew dan setiap bulan saya boleh dapat dalam anggaran RM400-RM500. Duit saya bekerja itula duit belanja dan duit untuk bayar rumah sewa. Ayah saya hanya bagi duit untuk awal semester sahaja RM500 dan yang lain saya bayar sendiri. Sebulan rumah sewa RM200, makan dan minum saya sendiri juga tapi kadang2 sebulan tu ada la macam kumpul duit dengan housemate beli barang dapur. Kalau bil api dengan air yaa saya berkongsi kumpul duit untuk bayar satu rumah. Kadang2 sebulan tu ada juga duit tak cukup. Kadang terpaksa ikat perut atau pinjam duit kawan dulu. Memang saya tak minta kat ayah saya sebab dia dah bagi duit belanja masa awal bulan. Masa awal2 masuk dulu pun saya yang bayar kumpul duit bayar yuran pendaftaran. Saya tak mampu sebab sebulan ikutkan duit belanja saya tolak sewa rumah, bil api dan air, bil telefon kira2 RM350 ke RM400 saja sebulan. Setiap hari saya ke kelas naik public transport, naik lrt sahaja. Jadi duit untuk transport juga banyak dipakai. Dalam RM400 tu pun sebenarnya masih belum mencukupi untuk duit saku. Selepas saya cuti semester saya terus bekerja untuk kumpul duit bayar yuran pendaftaran setiap semester.

Saya sangat - sangat mohon jasa orang ramai untuk bantu saya menyelesaikan yuran pengajian saya yang tertunggak ini supaya dapat untuk menjawab exam pada bulan 6. YURAN PENGAJIAN YANG TETUNGGAK RM 4,000

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Fadli  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM400.00
First Contribution
Zul  RM10.00

204.8

Baki Lot Diperlukan

195.5

Lot Telah Terbeli

81

Penyumbang

2,283

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Fadli  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM400.00
First Contribution
Zul  RM10.00

Kempen Lain