Ibu Perlukan Rawatan Dialisis Setiap Bulan


Ibu Perlukan Rawatan Dialisis Setiap Bulan


MarhaenMY - Siti Rohani Binti Said
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Published: May 11, 2023
14.8%
RM 1,480.00 RM 10,000.00


852.0
Baki Lot Diperlukan
148.0
Lot Telah Terbeli
70
Penyumbang
1,134
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya ingin meminta bantuan kewangan untuk kos rawatan dialisis mak saya. Mak dah buat dialisis lebih 10 tahun. Rawatan dialisis kekerapan mak dalam mingguan dan hari yang sama setiap minggu. Mak dialisis 3 hari seminggu (isnin rabu jumaat). Ayah saya pulak dah lama meninggal. Kos rawatan dialisis ibu RM2,500 (sebulan). Mak ada kena makan ubat. 3 bulan sekali ambik darah RM180. Result darah, beli ubat RM2700 (3 bulan sekali). Injection kalau 2 kali seminggu. Sebulan dalam RM240 dan ini bergantung pada doctor yang merawat mengikut keadaan patience. Buat masa ini, saya hanya mampu bantu ibu dari segi makan minum harian, dan hanya perlukan bantuan kewangan untuk kos rawatan. Saya ada 4 orang adik beradik dan saya dah berkahwin. Saya hanya bekerja sebagai freelance trainer. Adik beradik yang lain, no 2 (belum berkahwin) bantu bayar kos rumah. Sewa, unifi, kereta, telefon dan saya bantu bayar kos barang dapur, makan dan minum harian. Yang bongsu, perempuan dah berkahwin dan tinggal di Penang bersama suami. Tengah mengandung 8 bulan, cukup untuk menyara diri dan keluarga sendiri. Gaji saya tak menentu, bergantung kepada job. Buat masa ni, cukup untuk sara keluarga sendiri dan bantu mak. Mak start sakit belakang bahagian pinggang dan lama2 kencing jadi kotor sampai tak boleh kencing.

Duit simpanan saya sendiri dah habis untuk bayarkan dulu kos rawatan. Sehingga memerlukan bantuan Marhaen. Jadi ni sejak bulan 11 tahun lepas, saya dah mula bantu sehingga bulan lepas. Sekarang masing2 dah tak cukup dan perlukan bantuan. Saya stay Sepang, mak stay sentul dan buat rawatan di hospital KPJ Tawakal, Jalan Pahang. Mak buat rawatan dekat KPJ ni sebab dari dulu dia merawat dengan Dr. Moy, sewaktu mak masih bekerja. Kami memilih untuk buat rawatan di situ. Dan saya ada simpanan lain yang boleh bantu bayarkan rawatan mak, tapi boleh keluarkan tahun depan. Sebab tu saya hanya perlu bantuan Marhaen sehingga Dec 2023 sahaja. Bantu ringankan bayaran bulanan.Untuk hantar mak boleh tapi kadang2 sahaja. Jika betul2 memerlukan bantuan saya akan datang. Tapi kebiasaan mak akan pergi sendiri naik grab. Untuk balik, no 2 akan ambik dari hospital. Sebab no 2 stay serumah jaga mak. Biasa grab dalam RM7-RM8 untuk pergi sahaja. Sekarang saya dalam situasi yang sulit dan hanya mampu meminta bantuan untuk menangani keadaan ibu. Saya harap ada insan yang dapat memahami kesulitan kami untuk melalui saat begini, moga ada insan yang bersedia membantu ibu saya. Terima kasih dan semoga Allah sentiasa memberkati mereka yang membantu.

Read More



Updates




Update 20 / 06 / 23

Keadaan mak ok, dengan bantuan Marhaen dapatlah kami ringankan beban. Dengan sumbangan yang dapat setiap minggu dapat bantu walaupun tidak penuh, cukup untuk kami. Dana banyak digunakan untuk bayaran grab ke hospital. Grab charge dalam RM8-RM13 dari rumah ke hospital. Bantuan Zakat masih dalam permohonan.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ham  RM10.00
Top Contribution
Anonymous  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

852.0

Baki Lot Diperlukan

148.0

Lot Telah Terbeli

70

Penyumbang

1,134

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ham  RM10.00
Top Contribution
Anonymous  RM200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00