Ibu Tunggal Menyara Anak Yang Menghidap Cerebral Palsy


Ibu Tunggal Menyara Anak Yang Menghidap Cerebral Palsy


MarhaenMY - Noor Aisah Bt Gupri
Kapar, Selangor
Published: May 12, 2023
73.6%
RM 3,750.00 RM 5,000.00


132.0
Baki Lot Diperlukan
375.0
Lot Telah Terbeli
141
Penyumbang
2,008
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Noor Aisah Gupri merupakan seorang ibu tunggal baru sahaja berusia 32 tahun yang kini memikul tanggungjawab membesarkan anak anak yang masih lagi bersekolah dan seorang yang menghidap Cerebral Palsy (CP). Sejak bercerai 6 tahun yang lalu, dia lah ibu , dia lah bapa, dia memikul tanggungjawab dalam memastikan tiga orang cahaya mata beliau hidup dalam keadaan yang selesa. Anak keduanya iaitu Dian Maisarah Mohamad Shamsul, 7, telah di­sahkan doktor dan mengidap sindrom CP sejak lahir kategori OKU terlantar. Dua lagi anaknya adalah Dian Sabrina yang berusia 9 tahun dan Arif Hilman yang berusia 6 tahun . Dian Maisarah memerlukan pemerhatian khusus termasuk dari segi makanan dan sepatutnya tahun ini dia masuk ke sekolah darjah 1 tetapi keadaan tidak mengizinkan tetapi Aisah masih mengusahakan untuk masukkan dia ke sekolah Pendidikan Khas. Anak sulung dan bongsu pula masih bersekolah dan Aisah sendiri kena cari wang secukupnya bagi memastikan mereka mampu belajar dengan baik. Nak jaga Dian Maisarah tak mudah tapi alhamdulillah saya dapat manage sehingga sekarang sebab saya juga perlu uruskan kebajikan anak2 yang lain. Dalam masa yang sama saya perlu beri perhatian pada anak oku ni sebab dia memang totally bedridden, kita kena suap makan, kita kena bagi susu, sebab dia memang tak boleh buat apa2 sendiri. Dalam erti kata lain, saya kena uruskan dia 100%. Anak saya perlukan bantuan untuk makan minum, uruskan dia mandi dan sebagainya sebab dia belum boleh berjalan bangun, duduk, atau bercakap. Sekarang dia minum susu khas pediasure. Macam makan dia hanya boleh makan yang lembut2 macam bubur, roti celup susu, biskut celup susu, agar2. 

Sebelum ini, dia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengurup wang dengan pendapatan RM3,000 sebulan. Namun dia diberhentikan kerja ekoran ke­rap mengambil cuti untuk membawa Dian Maisarah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang setiap bulan. Dian Maisarah perlu menjalani rawatan di HTAR tiga kali sebulan dan dia juga terpaksa mengambil cuti sekiranya anak tiba-tiba sakit. Selepas diberhentikan kerja, dia mengambil keputusan untuk berniaga lauk-pauk dengan kakak sejak Jun tahun lalu dan adakalanya memperoleh kurang RM1000 sebulan , ada kalanya kurang. Saya jual dari rumah lunchbox dan juga lauk2 siap pack. Kini mereka anak beranak tinggal di rumah arwah ayah Aisah disebabkan rumah itu tiada orang yang duduk dan dia pun tidak mampu untuk membayar sewa rumah selain perlu menanggung kos perubatan anak keduanya itu. Noor Aisah juga ada memberitahu bahawa dia ada mendapat bantuan lampin pakai buang dan susu khas setiap bulan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Buat masa sekarang susu dan vitamin saya dapat dari zakat mencukupi alhamdulillah, cuma pampers je kena beli sendiri sebab Farmasi yang zakat bayar kan tu, takde lampin untuk budak hanya ada lampin dewasa. Untuk tunggakan bil api air memang ada sebab pendapatan saya tak cukup. Sejak bercerai saya tak dapat nafkah untuk anak2. Saya ada fight di mahkamah syariah. Dah dapat perintah pun bekas suami memang tak nak bayar 1sen. Dan bekas suami pun sekarang dalam penjara. Jadi kebajikan anak2 semua di bawah tanggungan saya. Semasa saya masih bekerja saya ada beli kereta saga dan kenderaan tersebut lah saya bawa anak ulang alik ke hospital. Jarak rumah ke hospital 15km. Sekali pergi hospital saya perlukan RM50 untuk minyak tol dan sedikit makanan sebab kadang2 appointment hospital ambil masa yang agak lama untuk selesai. Sebulan 2-3 kali kekerapan ke hospital sebab berlainan appointment (rehab,fisio,occt therapy, pediatric, dental, opthalmologist).

Read More



Updates




Update 31 / 05 / 23

Alhamdulillah anak saya okay cuma cuaca agak panas jadi demam on off. Jumaat ni ada appointment. Tapi saya memang standby ubat demam sentiasa. Cuma kalau 3 hari pun tak okay jugak, baru pergi klinik sebab selalu anak saya, kalau 3 hari demam tak okay, doktor akan suruh bagi antibiotik. Kebetulan pula jumaat ni ada appointment, harap2 demam dia makin okay la 😊 kalau tak okay kena bagitahu doktor la. Sebab kalau dia demam appointment ditangguhkan dan tak boleh buat fisioterapi.

Update 14 / 06 / 23

Salam admin marhaen. Hari isnin lepas, anak saya baru lepas appointment paediatric dental. Gigi dia ada masalah sikit, gigi belakang tumbuh 2 gigi tempat yang sama. Doktor cakap perlu operate, sebab takut dia menahan sakit tapi tak dapat nak bagitahu mama. Sebab kan dia belum boleh bercakap, dia cuma boleh menangis je. Tahun lepas pun dia dah pernah operate gigi, buang gigi yang rosak & pasang crown besi dekat gigi. Tahun ni nak kena operate lagi sekali. Doakan urusan anak saya dipermudahkan ye admin. Terima kasih ❤️ Awal bulan 7 ni kena jumpa pakar bius dulu sebab anak perlu full bius kalau nak operate gigi, keadaan dia tak mengizinkan untuk dia operate dalam keadaan sedar sebab dia ada sawan dan risiko dia sangat tinggi. Lepas jumpa pakar bius, baru mereka arange kan date untuk operate gigi. Ni masa last year operate buang gigi yang rosak fan pasang dental crown (besi) untuk lindung gigi. Untuk operation tak perlu bayar sebab ada kad OKU.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
RM250.00
First Contribution
Sarah  RM3.00

132.0

Baki Lot Diperlukan

375.0

Lot Telah Terbeli

141

Penyumbang

2,008

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
RM250.00
First Contribution
Sarah  RM3.00