Diserang Kanser Perut Tahap 4 Sehingga Hilang Pendapatan


Diserang Kanser Perut Tahap 4 Sehingga Hilang Pendapatan


MarhaenMY - Isamil Bin Mohd Lazim
Kota Tinggi, Johor
Published: May 12, 2023
100%
RM 5,500.00 RM 5,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
550.0
Lot Telah Terbeli
207
Penyumbang
2,284
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
550 Lot Ditawarkan

Seorang ketua keluarga dan bapa kepada tiga orang anak yang masih bersekolah iaitu Isamil Mohd Lazim yang berusia 44 tahun mengatakan dunianya menjadi gelap dan kabur apabila dia yang sepatutnya diharapkan sebagai ketua keluarga tetapi menjadi lemah apabila disahkan menghidap kanser perut tahap empat pada awal tahun ini . Dia perlu bergantung dengan ubat morfin selain perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali seminggu di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. Kini mereka sekeluarga hilang punca pendapatan . Pada mulanya Norafizah Sahrom hanya menyangka suaminya mengalami gastrik biasa pada mulanya. Pada 2008, Isamil telah menjalani pembedahan untuk membuang batu hempedu sebelum perutnya kembali sakit pada hujung tahun lepas. Apabila diperiksa, doktor kata terdapat kesan hempedu telah pecah. Masa itu tak tahu lagi pasal kanser dan hanya menyangka terkena gastrik. Tetapi lama-kelamaan, gastrik itu dilihat bukan seperti sakit biasa. Suaminya kemudian disahkan menghidap ‘gall­bladder adenocarcinoma mets liver and lymph nodes’ iaitu sejenis kanser yang jarang berlaku. Isamil sepatutnya perlu menjalani pembedahan, namun doktor tidak mahu mengambil risiko ekoran kanser telah me­rebak ke bahagian organ lain. DIa terpaksa berhenti kerja sebagai pegawai tugas-tugas khas kepada Ahli Dewan Unda­ngan Negeri Tanjung Surat sejak awal tahun lalu. Anak sulung 16 tahun , yang bersekolah asrama di Batu Pahat terpaksa dipindahkan ke sekolah berhampiran rumah ekoran keadaan suaminya itu. Isamil kini sukar bergerak dan hanya bergantung kepada morfin yang diambil setiap empat jam untuk meredakan kesakitannya. Mereka ada juga menerima bantuan daripada wakil rakyat dan sedang menunggu kelulusan permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan baitulmal.

Mereka duduk rumah transit, sebab rumah asal petronas ambil. Setakat ni bermula PKP bayaran bulanan KPRJ dah tak kutip, sebelum berakhir tahun ni mereka akan dipindahkan ke perumahan kekal. Dan difahamkan mereka kena bayar. Jumlah KPRJ masih belum umumkan. Bantuan wakil rakyat tu merupakan sumbangan peribadi jadi tak tetap biasa dalam RM150 ke RM200 sebulan. Tapi dah 2 bulan tiada sumbangan. Bil ada tunggakkan, saya dah selesaikan sampai bulan 2. Selepas tu kembali tertunggak. Isteri akan hantar seminggu 2 kali ada masa 3 kali, kos ulang alik termasuk tol lebih kurang RM100-RM150 dan jika ada bayaran kimo RM150. Ini ialah kos sekali ulang alik, dan ubat morfin hospital yang sediakan dan tak perlu bayar. Keadaan saya sekarang tak menentu, ada masa saya sihat saya boleh gerak sendiri tapi bila datang sakit sekelip mata saya dah terlantar. macam 4 hari lepas saya tak boleh bangun kena papah, tak boleh langsung terima makanan. Tapi sekarang beransur baik saya boleh bangun sendiri. Tapi bila diserang sakit tu memang drop habis. Bergantung pada morfin sebagai pelega sakit. Anak2 saya yang sulung perempuan, umur 16 tahun. Kedua lelaki, umur 10 tahun. Ketiga perempuan, umur, 2 tahun.

Read More



Updates




Update 7 / 06 / 23

Saya masih lagi chemo. Buat masa ini JKM baru lulus RM500 untuk anak2 dan Baitulmal belum ada jawapan buat perbelanjaan dari keluarga lah. Pembedahan tak ada setakat ni.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ih  RM305.00
Top Contribution
Ih  RM305.00
First Contribution
Raidah  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

550.0

Lot Telah Terbeli

207

Penyumbang

2,284

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ih  RM305.00
Top Contribution
Ih  RM305.00
First Contribution
Raidah  RM10.00

Kempen Lain