Menghidap Penyakit Ulser Pada Kaki Kiri Hingga Menampakkan Tulang Kaki


Menghidap Penyakit Ulser Pada Kaki Kiri Hingga Menampakkan Tulang Kaki


MarhaenMY - Azliza binti abdullah
Penaga, Pulau Pinang
Published: May 23, 2023
8.24%
RM 412.00 RM 5,000.00


458.8
Baki Lot Diperlukan
41.2
Lot Telah Terbeli
26
Penyumbang
304
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Azliza merupakan seorang ibu yang menghidap penyakit ulser pada kaki kiri. Ulser pada kaki saya telah menyebabkan kesukaran saya untuk bekerja. Kaki kiri saya telah mengalami luka yang berair dan bernanah yang saya perlu cuci dengan bersih pada setiap hari. Kos yang saya terpaksa tanggung ialah sebanyak RM50 ke RM100 pada setiap 3 hari untuk membeli ubat - ubatan serta kain balut seperti gauze, bandage dan ubat tahan sakit. Hari2 saya dressing kecuali kalau saya rasa sakit sangat saya tak cuci. Saya ada 4 orang anak, satu orang anak (no 3) umur 22 tahun tinggal dengan mak saudara mereka dan satu lagi bongsu umur 19 tahun ada dengan saya dan belum bekerja. Anak no 3 kerja tolong mak saudara dia niaga nasi lemak. Anak - anak saya sulung umur 33 tahun dan no 2 umur 28 tahun merupakan nelayan yang hanya mendapat gaji hari. Tu pun tak tentu kadang2 satu hari dapat RM50. Kadang2 satu hari dapat RM30 dan kadang2 balik sahaja tak dapat duit langsung. Manakala suami saya tidak bekerja dan merupakan seorang penagih dadah. Saya dah 10 tahun tak tinggal dengan suami saya. Saya pernah minta cerai tapi suami tak nak tu jadi macam ni. Anak- anak ada bagi duit tapi tak banyak sebab ikut berapa mereka dapat. Kaki saya sakit terlampau yang menyebabkan kerja saya terbatas dan tidak dapat berdiri lama. Saya mula sakit sejak tahun 2020 dari hanya luka kecil hingga merebak ke separuh kaki saya. Puncanya saya kerja dekat kedai makan. Hari2 kerja berdiri dan jalan banyak. Saya balik rumah, saya rasa gatal2 dan saya pun garu la. Lepas tu luka kecil dan lama2 menjadi besar. Saya kerja kedai makan dengan gaji RM30 sehari. Anak2 saya semua belum berkahwin.

Saya juga telah membuat permohonan kepada pihak JKM tetapi tidak diluluskan oleh kerana faktor usia saya yang agak muda dan saya mempunyai anak lelaki. Wang yang diperoleh oleh anak - anak saya tidak cukup untuk menampung kos perubatan saya serta kos barang rumah. Dulu saya kerja dekat kedai makan sampai la kaki saya jadi teruk. Saya dah lama juga tak check dekat hospital dan cuci dekat rumah sahaja. Dulu saya check dekat Hospital Seberang Jaya. Dan hospital pun jauh dengan rumah dan tak ada siapa nak bawa saya. Tambah lagi kami duduk kawasan kampung jadi teksi pun tak ada. Kadang2 kaki sakit sangat sampai tak boleh jalan dan kena makan ubat tahan sakit baru lega. Kalau keperluan asas anak - anak la beli sikit2 apa yang tak ada kat rumah. Diharapkan dengan bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan saya dan keluarga saya. Saya memang tak dapat mana2 bantuan buat masa sekarang ni. Semoga anda dimurahkan rezeki dan saya amat berterima kasih tidak terhingga kepada setiap sen yang saya terima. 

Read More


Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Mohd  RM50.00
First Contribution
Siti  RM20.00

458.8

Baki Lot Diperlukan

41.2

Lot Telah Terbeli

26

Penyumbang

304

Pengunjung
Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Mohd  RM50.00
First Contribution
Siti  RM20.00

Kempen Lain