Pemandu Lori Hilang Pendapatan, Menghidap Kencing Manis & Darah Tinggi


Pemandu Lori Hilang Pendapatan, Menghidap Kencing Manis & Darah Tinggi


MarhaenMY - Chelliah A/L Veerasamy
Lunas, Kedah
Published: May 24, 2023
24.9%
RM 996.00 RM 4,000.00


300.4
Baki Lot Diperlukan
99.6
Lot Telah Terbeli
53
Penyumbang
990
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Saya seorang OKU FIZIKAL dan warga emas berumur 63 tahun menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Saya dah sakit selama 5 tahun. Saya pernah menjalani pembedahan di bahagian tapak kaki kerana saya mengalami gangrene dan bahagian terkena gangrene dipotong supaya tidak merebak ke bahagian atas. Setelah menjalani pembedahan saya tidak dapat bekerja dan hilang punca pendapatan. Saya juga menjadi OKU FIZIKAL TIDAK BERUPAYA BEKERJA. Dulu saya bekerja sebagai pemandu lori. Saya duduk bersama isteri yang turut mempunyai masalah kesihatan (penyakit kencing manis & darah tinggi juga) di rumah sendiri. Sebelum ni isteri juga ada masalah katarak mata dan sudah menjalani pembedahan bagi kedua2 belah mata, hanya mendapat 50% tahap pengelihatan disebabkan selaput mata merosakkan penglihatan akibat kelewatan menjalani pembedahan tersebut. Sepatutnya dia ada kena pakai cermin mata yang berkualiti dan khas untuk pesakit yang menjalani pembedahan katarak, pakar optometrist mencadangan cermin mata yang bersesuain untuk keadaan dia. Buat masa sekarang kami tak mampu. Isteri turut menjalani rawatan susulan dan pemeriksaan pakar kesihatan di hospital kerajaan. Kami checkup kencing manis dan darah tinggi di klinik desa Lunas dan untuk mata di hospital Kulim. Saya menghadapi masalah dalam pengurusan beban kos sara hidup harian dan kos perubatan susulan. Saya juga perlukan pembedahan segera untuk masalah katarak mata. Buat masa sekarang masih dapatkan rawatan dan jumlah kos operate masih belum tahu. Saya telah mendapatkan pemeriksaan di hospital untuk masalah katarak juga. Saya perlu sediakan wang untuk kos pembedahan katarak mata. Saya juga menerima bantuan BULANAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA daripada JKM sebanyak RM300 dan masih tidak dapat menampung kos sara hidup harian dan perubatan susulan. Saya mempunyai 4 orang anak dan semuanya telah berkeluarga dan tinggal berasingan.

Saya hanya di bantu oleh anak sulung saya untuk pembayaran bil-bil utiliti dan sebagainya. Saya terpaksa menggunakan bantuan JKM untuk perbelanjaan harian seperti kos barang keperluan asas dan dapur dan kos perubatan susulan seperti pengangkutan dan ubat - ubat di farmasi luar jika diperlukan. Saya memohon kepada anda semua untuk membantu saya untuk meringankan beban kos sara hidup harian dan perubatan susulan serta dapat mempercepatkan pembedahan katarak mata saya. Hasil Sumbangan daripada orang ramai dapat mengubah hidup harian saya dan isteri saya untuk kelangsungan hidup. Anak2 saya 2 lelaki 2 perempuan semua dah kahwin. Anak sulung saya seorang ibu tunggal bekerja sebagai operator kilang cuma bantu dalam pembayaran bil2 utiliti, 2 orang anak lelaki turut bekerja di kilang tidak menolong untuk sebarang perbelanjaan disebabkan bergantung kepada pendapatan mereka sendiri sahaja, seorang lagi anak perempuan. Tidak dapat menolong dan hanya seorang suri rumah.

Read More



Updates




Update 20 / 06 / 23

Sumbangan dana yang diperoleh sehingga kini sedikit membantu mereka dalam menguruskan beban kos sara hidup harian.

Update 3 / 07 / 23

Keadaan kesihatan mak stabil, cermin mata untuk mak telah kita dapatkan saranan pakar mata untuk memakai cermin mata yang bersesuain dan sedang dalam proses menempah kanta mata yang bersesuain. Bagi keadaan ayah pula, akan menjalani pembedahan buah pinggang di hospital PULAU PINANG pads 18/7/2023. Dia kena tukar yang lama dah 5 tahun. Sekarang buah pinggang 50 peratus ok. Sekarang doktor cakap nak tukar stand dan buang wayar yang pasang hari tu.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Laxman  RM10.00
Top Contribution
Nurul  RM100.00
First Contribution
Zack  RM30.00

300.4

Baki Lot Diperlukan

99.6

Lot Telah Terbeli

53

Penyumbang

990

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Laxman  RM10.00
Top Contribution
Nurul  RM100.00
First Contribution
Zack  RM30.00

Kempen Lain