Encik Mohamad Fadzlee Abdul Rahman yang berusia 38 tahun merupakan seorang duda anak dua selepas kematian isterinya pada dua tahun yang lepas. Keadaan bertambah lebih teruk apabila dia sukar mendapatkan kerja, malah perlu berdepan dengan masalah tulang belakang bengkok atau slip disc yang menyebabkan pergerakannya terbatas. Penyakit yang dia ada sekarang mengakibatkan hasrat untuk menyediakan perbelanjaan dan kelengkapan persekolahan buat dua anaknya iaitu Mohamad Farhan Amilrullah yang berusia 12 tahun , dan Niur Alia Safiey berusia 7 tahun itu tidak dapat dibuat dengan baik. Kedua-dua anaknya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis. Penyakit tulang belakang bengkok itu dialami sejak lahir dan hanya dirawat dengan memakan ubat tahan sakit dan fisioterapi secara berkala di hospital. Dulu ketika beliau remaja, dia hanya boleh melakukan kerja ringan sahaja seperti pembantu pasar raya dan pengemas di hospital. Bila sudah kahwin, dia pula buat kerja berat seperti buruh di sebuah lombong bijih di Kuala Lipis. Tekanan kerja berat untuk mendapatkan wang menyebabkan penyakit slip disc akhirnya semakin teruk terutama ketika mengangkat beban. Sehingga kini terasa amat sakit. Lama kelamaan, sakit itu semakin teruk dan kerap mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan Hospital Lipis sehingga sekarang. Arwah isterinya iaitu Fauziah Mohamad menderita sakit kanser payu dara, kanser hati dan kanser otak.
Tekanan hidup bertambah apabila isterinya meninggal dunia pada 25 Julai 2021 dan dia perlu menjaga dua anaknya sendirian yang semakin membesar. Dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan bulanan RM300 daripada Majlis Ugama Islam Pahang dan barang keperluan dapur bernilai RM200. Dia cuba menternak udang kara tetapi gagal kerana kekurangan modal. Dia merancang untuk menternak ikan keli jika mendapat bantuan pihak tertentu. Bulan puasa yang lepas dia hanya membuat persediaan ala kadar untuk berbuka bersama dua anak dan untuk Aidilfitri pula, tiada pakaian baharu untuk mereka kerana tidak mampu. Kami duduk rumah ni merupakan harta pusaka dan ada masalah, saya di benarkan duduk dari belah pihak arwah ayah kepada arwah isteri saya dan rumah tak sewa. Cuma bil api air ada tertunggak. Anak-anak pergi sekolah naik motor. Saya pergi hospital kalau saya betul2 tak boleh bangun baru la saya ke hospital. Sekarang jarang la ke hospital dan fisio pulak saya kena buat balik tapi masalah saya kena ke hospital Kuala Lumpur untuk proses balik fisio dan boleh fisio di hospital Kuala Lipis je. Untuk ubat saya ambil je bila habis kat farmasi hospital melalui doktor terus yang buat slip ubat. Adik-beradik ada yang bantu sikit2 bab barang makanan. Kalau bab kewangan tak sangat kerana mak pun perlu kewangan untuk beli barang keperluan mak seperti pampers dan lain.
Saya sekarang tak pergi fisioterapi kerana kena buat balik proses pendaftaran semula untuk rawatan balik atau operate dan kes saya di hospital kuala lumpur. Tentang kesihatan saya ye memang bermasalah dari segi nak buat kerja atau kerja rumah kerana sentiasa sakit di bahagian belakang. Dari paras pinggang sampai leher memang sentiasa sakit. Bila saya buat kerja rumah perlu berhenti sekejap untuk bagi rasa sakit tu kurang baru sambung balik. Rawatan, ubat ubatan, fisioterapi serta nasihat doktor dan temujanji doktor kat hospital kuala lumpur semua saya pergi masa ada arwah isteri masih sihat. Bila arwah isteri mula sakit. Saya terpaksa tangguh dan tak dapat nak pergi kerana saya fokus jaga arwah isteri masa tu. Sekarang ni ada kerja ada la kerja sikit2 yang ringan2 di kedai nursery jual pokok bunga dan pokok buah buahan. Bukan kerja tetap dan gaji tak tentu. Bulan lepas kerja 3 hari dapat la RM100. Bila ada kerja baru di panggil kerja kerana saya hanya buat kerja2 yang ringan sahaja.
Saya buat check up kerana baru2 ni sebab saya pengsan dalam bilik air. Keputusan semalam baik, jantung ok, darah ada jangkitan kuman, darah rendah takda, darah tinggi takda, kencing manis takda tapi doktor ada bagi surat temujanji X-ray dan test darah dan test urin nanti. Doktor ada bagi ubat sakit kepala untuk makan sampai temujanji nanti kalau masih lagi sakit kepala doktor akan check semula mungkin buat ct can nanti.