Kos Perubatan Yang Terlalu Mahal Untuk Keluarga Kecil Linda


Kos Perubatan Yang Terlalu Mahal Untuk Keluarga Kecil Linda


MarhaenMY - Norzalinda Binti Ramli
Klang, Selangor
Published: Jun 13, 2023
22.34%
RM 1,787.00 RM 8,000.00


621.3
Baki Lot Diperlukan
178.7
Lot Telah Terbeli
69
Penyumbang
1,429
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
800 Lot Ditawarkan

Baru sahaja cecah usia 15 tahun tetapi Nur Sofea Shamimie yang tinggal di Klang, Selangor disahkan menghidap penyakit Refractory Simptomatic Primary Chronic Immune Thrombocytopenic Purpura (ITP) kronik yang pertama di Malaysia sejak dia masih berumur 4 tahun lagi. Selama hampir 11 tahun ini, Mimi menjalani pelbagai rawatan melibatkan pembedahan limpa, namun masih belum pulih sepenuhnya. Mengikut pihak hospital , penyakit ITP menyebabkan platelet sentiasa berkurangan serta boleh mengakibatkan pendarahan pada bila-bila masa sehingga mengancam nyawa. Menurut bapa Mimi, ubat yang perlu diambilnya pada waktu ini , harganya mencecah RM2,700 sekotak. Keutamaan bagi keluarga itu sekarang adalah hanya untuk ubat-ubatan Mimi. Dalam sebulan dia perlu mengambil enam jenis ubat tetapi salah satunya perlu dibeli sendiri manakala yang lain alhamdulillah dibantu oleh pihak Zakat. Harga sekotak ubat itu adalah RM2,700 dan dia memerlukan dua kotak dalam sebulan. Dia dah menggunakan ubat tersebut sudah 2 tahun. Jika setahun, mereka memerlukan lebih kurang RM66,000 untuk membeli ubat berkenaan. Bapa mimi iaitu Mohamad Naseri yang bekerja sebagai kontraktor pengimpal menerima pendapatan RM1,500 sebulan untuk menyara sembilan anak manakala ibunya pula hanya seorang suri rumah, tidak dapat bekerja kerana perlu menguruskan anak anaknya 5 orang yang masih bersekolah lagi, manakal lagi 2 orang 3 tahun dan 4 tahun, 2 orang yang atas sudah pun bekerja tetapi kerjanya tidak menentu kerana hanya berniaga di pasar malam ikut orang sahaja.

Mimi kini tidak lagi ke hospital, namun apa yang dibimbangkan adalah jika remaja tersebut terpaksa bergantung kepada ubat tersebut seumur hidup. Mereka ada juga ada mencari alternatif lain mendapatkan ubat yang lebih murah walaupun rasa hampir mustahil. Ubat yang murah tu nama sirolimus tapi tidak berkesan, Mimi sudah berhenti makan ubat berkenaan dan akan tukar kepada ubat lain. Doktor belum dapat lagi ubat yang sesuai dan akan diberitahu kelak. Walaupun dapat bantuan daripada pelbagai sumber dan zakat, namun mereka tetap buntu sampai bila perlu dibantu kerana ramai lagi orang di luar sana yang lebih memerlukan. Jika kos tinggi kami akan buka tabung dana untuk dia & kawan-kawan akan bantu untuk kumpul dana. Mimi juga turut berasa sedih kerana tidak dapat menjalani kehidupan seperti remaja lain. Mereka juga ada menerima bantuan daripada zakat Selangor sebanyak RM800 sebulan namun masih tidak mencukupi untuk menampung kos perubatan Mimi ini dengan kos kehidupan sekarang yang masih meningkat. Rumah yang mereka duduk pula hanyalah rumah sewa dengan kos RM400 sebulan. .  

Read More



Updates



Update 12 / 07 / 23

Anak saya okay buat masa ni. Dia masih on ubat dan minggu depan jumpa doctor pakar untuk bincang kan ubat apa yang perlu di ambil seterusnya. Untuk tambah ubat. Penambahan ubat masih dalam perbincangan dan isnin minggu depan akan tahu tahu keputusannya.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
ANNESA  RM3.00
Top Contribution
Anonymous  RM500.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

621.3

Baki Lot Diperlukan

178.7

Lot Telah Terbeli

69

Penyumbang

1,429

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
ANNESA  RM3.00
Top Contribution
Anonymous  RM500.00
First Contribution
Saripah  RM10.00