Bantuan Rawatan Pembedahan Fistula & Tapak Dialisis Tangan


Bantuan Rawatan Pembedahan Fistula & Tapak Dialisis Tangan


MarhaenMY - Wan Rozana binti Wan Haron
Kota Tinggi, Johor
Published: Jun 26, 2023
45.2%
RM 4,600.00 RM 10,000.00


548.0
Baki Lot Diperlukan
460.0
Lot Telah Terbeli
142
Penyumbang
5,912
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Saya yang bernama Wan Rozana Binti Wan Haron , berumur 35 tahun dari Kampung Teluk Jeri Luar Tanjung Sedili Johor, ingin memohon bantuan kewangan sebanyak lebih kurang RM8500 atau lebih untuk melakukan pembedahan tapak dialisis pada tangan kanan bagi menjalani rawatan hemodialisis secepat mungkin. Ini merupakan kali ketiga saya perlu melakukan pembedahan tapak dialisis di tangan selepas tapak dialisis tangan kiri sebelum ini tidak boleh digunakan lagi. Kini saya terpaksa melakukan rawatan dialisis menggunakan tapak sementara di tangan kiri. Bagaimanapun, rawatan menggunakan tangan yang sama itu sangat sakit kerana tangan itu bengkak dan saya terpaksa menggunakan juga. Jadi apabila memikirkan kos dan masa , saya terpaksa melakukannya di hospital swasta. Namun, saya tidak mempunyai wang sebanyak itu buat masa sekarang. Dulu pembedahan saya di bantu oleh saudara mara & kawan2 sebab masa tu pembedahan saya kena bayar tak mahal tapi sekarang saya kena buat 2 pembedahan sekali iaitu satu fistula dan satu kena naikkan urat & saya nak terangkan saya tak pandai. Saya telah menghidap penyakit ini sejak 9 tahun lalu dan saya tidak bekerja kerana tidak keupayaan saya, Suami saya iaitu Mohamad Sukri Bin Selamat yang berusia 36 tahun terpaksa menjaga saya sepenuh masa kerana saya seorang OKU. Pendapatan suami hanya bergantung dengan duit JKM RM300 sebulan, sekadar cukup untuk perbelanjaan makan minum kami sekeluarga. Saya sudah 11 tahun berkahwin dan ada seorang anak berumur 6 tahun. Untuk perbelanjaan dialisis kini ditanggung oleh Baitulmal. Saya dapatkan rawatan untuk fistula di KPJ JOHOR.

Kos dialisis yang ditanggung sebulan dalam RM4000 jugak lebih kurang. Setahu saya hospital kerajaan tak buat tapak fistula ni dan kalau rosak, memang hospital suruh buat kat doctor Mazri (KPJ) atau doctor anga kalau di Johor ni. Saya ada kena makan ubat ( ada 3 jenis ubat kalsium, 2 ubat darah tinggi, ubat tambah darah, ubat kolestrol, vitamin b, folic acid) dan ubat ambil dekat klinik kesihatan sedili. Kira ambik ubat ni tak payah bayar. Sekarang ni saya dan keluarga tinggal dekat rumah mak ayah sebab suami saya tak bekerja dan tak mampu bayar sewa rumah. Dulu sebelum sakit saya dan suami bekerja. Saya bekerja sebagai kerani & suami bekerja sebagai pembantu jualan (cashier). Suami ada pengalaman buat wiring jadi kalau ada rumah nak rosak suis ke kipas,dia boleh buat la sikit². Dia boleh ambik job yang sekejap² sahaja sebab dia kena uruskan saya. Saya tak boleh berjalan & saya tak boleh angkat beban yang berat sebab fistula & sebab tulang saya tak kuat dah. Jadi saya nak ke bilik air, dia angkat, nak makan, dia ambikkan, nak pergi dialisis pun dia kena hantar, kira seharian memang dia dengan saya. Sakit saya berpunca dari darah tinggi selepas lahirkan anak pertama dan anak saya tu meninggal dunia selepas 6 hari sebab radang usus. Doctor kata buah pinggang saya rosak sebab darah tinggi tak terkawal. Untuk makan minum kami ikut apa yang ayah & ibu makan sahaja sebab ayah kerja sebagai nelayan dana ibu saya pun kena dialisis jugak. Jarak rumah ke tempat dialisis dalam 40minit perjalanan. 

Read More



Updates




Update 11 / 07 / 23

Buat masa ni saya ada guna sikit untuk keperluan ulang alik. Selebihnya saya simpan. Keadaan lengan saya yang bengkak disebabkan oleh urat kat fistula salah cucuk dan menyebabkan darah beku kat situ jadi bila nak dialisis dan cucuk tempat tu dia tak keluar darah tapi keluar ketulan darah beku dan sebab tu lah saya kena buat fistula baru dan angkat urat. Jadi secara tak langsung fistula problem.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
Sahabat  RM200.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

548.0

Baki Lot Diperlukan

460.0

Lot Telah Terbeli

142

Penyumbang

5,912

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
Sahabat  RM200.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00