Pasangan suami isteri ini yang berasal dari Bukit Mertajam , Pulau Pinang berada tahap ataupun fasa kesusahan yang teramat dalam hidup mereka apabila kedua duanya kini tidak dapat lagi bekerja untuk menampung keluarga dan anak anak. Suami iaitu Junaidi Awang yang dahulunya bekerja sebagai teknikal di sebuah syarikat pengurusan majlis kini terlantar sakit akibat serangan kuman pada kaki kiri dua tahun lalu. Dia sememangnya tidak jangka jadi begini selepas terpijak dawai kokot berkarat di mana ketika itu tidak terfikir risikonya sebab ingat hanya luka kecil. Tak sangka jadi melarat sehingga menyebabkan jangkitan kuman dari bawah paras lutut hingga tumit kiri. Awang juga merupakan seorang bapa tiga orang anak ( 23 tahun, 7 tahun (OKU) & 5 tahun). Doktor menyatakan tulang tumitnya terpaksa dibuang kerana jangkitan kuman yang semakin melarat. Sekarang dia tidak boleh aktif sangat, kaki sentiasa berbalut kerana bimbang akan ada luka baharu malah dia turut menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan penglihatan kabur. Gaji suami tak menentu paling banyak sehari RM60 ke RM70 macam tu. Itu pun ikut job, kalau tak ada tak ada gaji, Dan tak ada simpanan.
Lebih sedih apabila isterinya iaitu Noraniza Ismail yang berusia 46 tahun itu yang mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga menjana pendapatan berniaga mi kari pula disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga tahun lalu. Walaupun keadaan begitu, Noraniza meskipun tidak boleh bergerak aktif, dia terpaksa meneruskan kehidupan sambil dibantu anak sulung, Muhamad Fakhrul Izat yang berusia 23, menjual mi kari yang diletakkan di beberapa kedai makan sekitar Bandar Perda. Mujur ada anak sulung yang sering membantu menghantar mi ke kedai-kedai. Buat 2 tempat sahaja dan sehari buat 25 pek untuk 2 tempat. Dalam sebulan sebulan saya boleh dapat bersih dalam RM800 macam tu. Anak sulung itu juga membantu menguruskan adik-adiknya di rumah. Sebelum ni anak sulung bekerja di kilang sebagai operator tapi berhentikan kerja dan sepanjang dia kerja dulu alhamdulilah dia dapat membantu sikit² tapi sekarang dia pun masih mencari kerja baru. Dah 4 bulan dia tak bekerja. Dia di berhenti kan sebab selalu ambil cuti untuk jaga saya dan suami untuk urusan hospital. Memang selama sakit kami cuma bergantung dekat bantuan zakat sahaja. Mereka juga ada menerima bantuan zakat sebanyak RM500 sebulan. Antara benda yang merisaukan keluarga itu adalah mendapatkan barangan seperti pencuci luka, kapas, kain kasa dan lain-lain keperluan mencuci luka kaki Junaidi. Selain itu, Junaidi juga memerlukan modal kerana perlu berulang-alik ke Hospital Seberang Jaya serta Klinik Kesihatan Bukit Tengah. Anak OKU mereka juga yang berusia tujuh tahun pula memerlukan lampin pakai buang.
Di sini saya ingin mencari dana untuk kos pembedahan mata suami, mata suami tidak nampak akibat kencing manis dan saya juga perlukan kos untuk perubatan kanser saya. Kami berdua buat rawatan dekat hospital Seberang Jaya. Saya sangat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung hidup menyara anak². Anak OKU ada dapat bantuan JKM RM150 sebulan. Saya pulak baru lepas operation sekarang tunggu 14/7 sebab saya kena start buat radioterapi. Kalau ikut pakar kat hospital Seberang Jaya dorang suruh buat paling sikit 20 kali tapi tak sure lagi katanya. Untuk radioterapi saya pun baru dapat surat. Nanti kena ulang alik ke hospital, kos lagi dan hospital besar Pulau Pinang lagi jauh dari rumah saya 😔 . Kalau kat sana saya kena pergi dengan grab dan grab 1 hala RM35. Sekali pergi balik RM70. Untuk suami, dia kena makan ubat hospital, minum susu diebetes. Saya memang tak ada kena makan ubat. Susu dia 1 tin 400g berharga RM98. Sebulan sekurang²nya 2 tin suami guna dan kena beli sendiri. Tu pun kira dah paling jimat.
Kami duduk rumah sewa dan sewa sebulan RM679, ada tunggakkan 3 bulan. Tunggakan bil api sudah 3 bulan dan bil air 2 bulan. Kalau rawatan susulan, suami sebulan sekali dan saya 2 minggu sekali. Tarikh checkup kami berdua tak sama. Untuk keperluan asas selalu kurang terutama untuk anak OKU. Dia guna susu Dutch lady madu dan pampers Drypers saiz XXL. Sebulan pampers 2 pack setengah pack yang besar tu dengan susu 3 pack. Yang ni sahaja untuk anak OKU sebulan RM150. Bekalan makanan sentiasa terputus kadang sampai mintak kat orang demi anak².
Selamat petang, keadaan saya masih tak stabil dan suami pun terbaring je. Saya kena start radioterapi awal bulan 8 ni. Nak mulakan radioterapi pun kena buat bayaran dulu sebanyak RM500. Alhamdulilah, saya dah dapat rayuan dekat kebajikan hospital dan tak payah bayar.Buat masa sekarang saya memang tak mampu nak buat kerja apa² tambah nanti kena radioterapi sebanyak 20 kali setiap hari 😔😔 Keadaan saya terkini banyak baring sahaja tak boleh nak buat apa lagi. Kalau bab masak, anak yang masak sekadar yang boleh.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.