Pengorbanan Seorang Suami Menjaga Isteri OKU


Pengorbanan Seorang Suami Menjaga Isteri OKU


MarhaenMY - Rohaizad Bin Che Soh
Gua Musang, Kelantan
Published: Jul 03, 2023
47.92%
RM 2,406.00 RM 5,000.00


260.4
Baki Lot Diperlukan
240.6
Lot Telah Terbeli
118
Penyumbang
1,274
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Rohaizad kini yang berusia 45 tahun perlu meluangkan sepenuh masa yang ada untuk menjaga isterinya yang kini kudung dan buta akibat penyakit kencing manis sejak tahun yang lalu. Isterinya , Saliza yang kini berusia 34 tahun terpaksa mengharapkan bantuan suaminya untuk menguruskan diri dan keperluan harian selepas kedua-dua belah mata wanita itu buta akibat penyakit kencing manis yang dideritainya lebih 10 tahun lalu. Kaki kanan isterinya dipotong kerana penyakit tersebut enam tahun lalu. Selain penyakit kencing manis, isterinya juga mempunyai penyakit buah pinggang dan kini perlu menjalani rawatan dialisis. Jadi kini, setiap hari dia akan bangun pada awal pagi setiap hari untuk menguruskan segala keperluan isteri termasuk memberinya ubat yang dibekalkan doktor sebelum keluar bekerja. Dia dan isteri perlu ke Hospital Gua Musang tiga kali seminggu yang terletak hampir 40 kilometer bagi mendapatkan rawatan dialisis. Dialisis isteri ditanggung oleh JKM. Kesihatan isteri merupakan keutamaan dan terpaksa meninggalkan kerja-kerja lain bagi membolehkan dia mendapat rawatan sepatutnya. Jika dia tiada di rumah, ibu dan anak perempuannya akan menjaga isteri jika ingin ke tandas atau memberi makan dan minum.

Dia mempunyai dua orang anak tiri berusia 10 dan 14 tahun berkata, dengan pendapatan yang tidak menentu sebagai buruh kampung, dia juga terputus sumber kewangan ketika ini. Isterinya ada mendapat bantuan wang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan. Pendapatan dia juga tidak menentu kerana menerima gaji berdasarkan upah yang diterima seperti memotong rumput, ­bersihkan kebun dan membaiki rumah. Dalam sebulan boleh dapat dalam RM300 - Rm400. Upah yang diterima hanya cukup makan dan ada kalanya terpaksa mengharapkan ihsan ibu yang tinggal di sebelah rumah untuk makan. Kami duduk rumah sendiri tetapi rumah tersebut pun perlukan pembaikan. Anak yang sekolah hanya seorang. Tahun ni anak tingkatan 3 tapi tak mampu nak hantar sekolah. Setakat ni kami tiada bil tunggakan. Selalu Rohaizad yang memasak atau pun kadang2 beli dan ada yang orang bagi lauk yang dah masak. Sekarang mereka amat2 memerlukan dana sumbangan dari orang ramai untuk teruskan ulang alik ke hospital bagi rawatan kencing manis dan buah pinggang (dialisis 3 x seminggu seumur hidup).

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Effendy  RM10.00
Top Contribution
Faizal  RM100.00
First Contribution
Hamba  RM10.00

260.4

Baki Lot Diperlukan

240.6

Lot Telah Terbeli

118

Penyumbang

1,274

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Effendy  RM10.00
Top Contribution
Faizal  RM100.00
First Contribution
Hamba  RM10.00