Kos Dialisis Untuk Sakit Buah Pinggang Ibu


Kos Dialisis Untuk Sakit Buah Pinggang Ibu


MarhaenMY - Ajmah Binti Nordin
Ayer Tawar 2, Johor
Published: Jul 04, 2023
5.06%
RM 1,012.00 RM 20,000.00


1,898.8
Baki Lot Diperlukan
101.2
Lot Telah Terbeli
44
Penyumbang
1,205
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
2000 Lot Ditawarkan

Ibu saya iaitu Puan Ajmah Binti Nordin telah disahkan mengidap penyakit kegagalan buah pinggang tahap 5 sejak tahun 2021 sehingga kini. Dan memerlukan rawatan Dialisis dan perubatan serta kos pengangkutan ulang alik ke pusat dialisis. Rawatan telah dijalankan di Pusat Hemodialisis Syifa Caw. Bandar Penawar Kota Tinggi, Johor. Rawatan dijalankan iaitu 3 kali seminggu (Isnin, Rabu, Jumaat) atau 13 - 14 kali sebulan dan ia menelan belanja hampir RM4000 (dialisis dan perubatan) dan RM1500 (kos pengangkutan). Kami memerlukan bantuan untuk permulaan 6 bulan dialisis (RM32,520 termasuk kos pengangkutan) sebelum kami cuba dapatkan bantuan dari JPA atau Maij yang sememangnya memerlukan masa yang panjang dan sehingga kini masih belum mendapat mana-mana tajaan perubatan. Sebelum ini telah menggunakan dana sendiri untuk pemasangan fistula (AVF) sebanyak 2 kali dan tambahan 1 kali tapak AVF baru kerana tapak yang lama rosak namun semua peruntukan telah habis.

i.  Kos pertama RM2700
ii. Kos fistula kedua RM1500 disebabkan fistula kedua tak berfungsi dengan baik. 
iii. Kos fistula ketiga RM3500 untuk gantikan fistula kedua tu yang rosak.

Total untuk AVF fistula setakat ni RM 5700 yang menggunakan simpanan saya & kutipan daripada adik beradik.

Selain dari tu kami dah tertunggak bayaran ke pusat dialisis selamat 4 bulan iaitu sejak bulan 3 hingga bulan 6. Anggaran lebih kurang RM 15K ++ . Walaupun ada tunggakan saya hantar juga ibu ke tempat dialisis walaupun pusat dialisis tak henti2 tanya status pembayaran. Mula2 sakit ibu detect sebab diabetes tak terkawal dan sampai lah buat ujian dari Unit Dialisis Kerajaan kat Bandar Mas dan detect dah tahap 5. Kami 8 beradik dan saya yang paling bongsu. Saya pulak bekerja dekat sektor kilang kat Pasir Gudang Johor bahagian keselamatan dengan gaji lebih kurang RM5000 sebulan dan sudah berkahwin ada 2 orang anak manakala isteri saya tak bekerja. Sekarang saya tinggal dengan ibu dekat kampung sejak dia tak sakit. Saya ulang alik dari Kota Tinggi ke Pasir Gudang untuk ke kerja setiap hari. Agak jauh dalam 1 jam 30 minit perjalanan. Kalau pusat dialisis dari kampung saya tak jauh dalam 20 minit perjalanan. Saya upah transport untuk hantar mak saya ulang alik untuk dialisis. Saya upah orang2 yang tinggal sini je sebab grab tak cover. Upah saya bayar lebih kurang RM1k sebulan dan guna hasil tabungan adik beradik juga setakat ni. Ibu saya tak pernah dapat mana2 bantuan juga sebelum sakit. Kira sejak ibu saya sakit kami guna simpanan dan sekarang bajet dah banyak habis untuk rawatan sampingan, duit pendahuluan semuanya, kos upah transport. Ibu saya ada kena makan ubat dan ubat selalu daripada klinik kesihatan (free).

Jasa baik anda memberi bantuan amat diharapkan agar ibu saya dapat survive lagi mengharungi dugaan ini.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Siti  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM100.00
First Contribution
Qfyggghjjkk  RM10.00

1,898.8

Baki Lot Diperlukan

101.2

Lot Telah Terbeli

44

Penyumbang

1,205

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Siti  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM100.00
First Contribution
Qfyggghjjkk  RM10.00

Kempen Lain