sehari dia mengalami sawan sembilan kali dan memerlukan perawatan sepenuhnya dan hanya bergantung pada susu. Adik Fitriyah memang kerap kena setiap hari 5 jenis ubat tetapi tidak juga dapat dikawal sawannya itu. Lebih menyedihkan lagi apabila setiap hari mengalami sawan berulang-ulang sehingga tiada daya untuk menangis. Adik Fitriyah kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dulu adik Fitriyah bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan tetapi sekarang doktor dah hentikan mesin pernafasan untuk adik Fitriyah sebab oksigen sudah stabil dalam badannya. Fitriyah sekarang hnya pakai feeding tiub susu dgn auction kahak. Kini adik Fitriyah sedang menunggu panggilan untuk menjalani operation untuk saluran mula pemakanan seimbang sebab berat adik Fitriyah tak naik langsung dan kini dia berusia 4 tahun tapi berat tak naik-naik hanya 10kg sahaja dan bergantung pada susu.
Anak kedua, Muhammad Iman Khalifah, menderita asma dan autisme serta emosi yang tidak menentu dan perlu dikawal sepenuhnya. Doktor mengesyaki bahawa anak keduanya menghidap autisme kerana dia mempunyai emosi yang tidak stabil dan agak lambat untuk berjalan serta kurang bergaul seperti kanak-kanak lain. Adik Khalifah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Adik Khalifah kini bergantung pada inhaler dan sedikit aktif berbanding dulu.
Manakala anak ketiga, Nur Iman Raisha adhwa, 4 bulan menderita sakit jantung bengkak dan turner syndrome. Adik Raisha kini dirawat di Hospital Serdang untuk jantung dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pakar kanak-kanak untuk masalah turner syndrome. Sebelum ini, adik Raisya perlu dirawat di Intitusi Jantung Negara tetapi disebabkan kedua ibu bapanya tidak berkemampuan adik Raisha tidak dapat dirawat di intitusi jantung tersebut malah dia perlu rujuk pakar jantung Hospital Serdang disebabkan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tidak mempunyai pakar jantung kanak-kanak.
Mereka yang hanya mempunyai motosikal terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan anaknya. Kini, mereka berdua mengusahkan perniagaan kecil-kecilan (membuat tauhu begedil, petai dan beluluk) dan dihantar ke kedai. Namun begitu, keuntungannya yang tidak menentu kadang-kadang RM500-RM900 sebulan tidak mampu menampung kos perbelanjaan untuk setiap orang anaknya itu RM1000 sebulan serta untuk menampung kos ulang alik ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (RM40) kalau jumpa pakar Hospital Kuala Lumpur dengan Hospital Serdang (RM70 atau RM80). Kos pakar RM5 setiap kali jumpa dan itu semua belum termasuk kos jika anak kena tahan wad. Adik Fitriyah telah mendapat kad OKU namun adik-adiknya masih menunggu kad OKU. Selain itu mereka mendapat bantuan JKM (RM500), baitulmal susu nutrien junior 5tin sebulan dgn Pampers 2pek sahaja. Ibu kepada anak-anak tersebut juga memberitahu bahawa mereka terpaksa mengutip barangan terpakai bagi memulakan perniagaan sebelum ini dan sewa rumah sudah hampir setahun tidak berbayar berikutan lebih menfokuskan kepada kos rawatan anak.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.