Bantuan Perubatan Untuk Sakit Buah Pinggang


Bantuan Perubatan Untuk Sakit Buah Pinggang


MarhaenMY - Nasrul azizi bin edih
Masai, Johor
Published: Jul 07, 2023
38.52%
RM 1,936.00 RM 5,000.00


307.4
Baki Lot Diperlukan
193.6
Lot Telah Terbeli
92
Penyumbang
1,511
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum semua, nama saya Nasrul, berumur 35 tahun dan masih belum berkahwin. Saya pesakit buah pinggang sejak 2007 (lepas saya habis sekolah) dan tahun lepas saya kena strok dan sawan masa bulan 1. Sekarang sebelah badan kiri tak boleh gerak dan semuanya ibu saya yang uruskan. Saya pernah buat pembedahan kepala sebab ada pendarahan dalam otak. Tangan kiri pun dah habis rosak urat tapak nak dialisis. Sekarang guna tiup di dada, dah 2 kali buat kanan (sudah rosak juga) dan sekarang di dada kiri. Ini pun dah ada jangkitan kuman, sekarang nak buat tapak dialisis di tangan kanan tapi nak buat urat palsu. Saya ada 3 orang adik beradik (no 2 perempuan dah berkahwin) dan saya tinggal dengan mak (57 tahun) & adik no 3. Rumah yang kami duduk ialah rumah sewa. Sewa rumah sebulan RM500. Saya dialisis setiap 3 kali seminggu (Isnin, Rabu & Jumaat). Saya buat rawatan susulan dekat Kebun Teh Perbadanan Islam. Selama saya sakit rawatan dialisis saya dibayar oleh Baitulmal. Setiap kali saya pergi rawatan adik saya yang akan hantar. Saya kena pergi jam 6 pagi dan habis / balik dalam pukul 10 lebih. Jarak rumah ke tempat dialisis pun dalam 30km (Permas ke Kebon Teh). Saya ada kena makan ubat hospital juga. Saya ada dapat bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan dan mak saya ada dapat bantuan Baitulmal RM300 setiap bulan. Untuk sewa rumah adik saya yang bayar dan dia bekerja di kedai jam. Gaji dia sebanyak RM1500. Selama ni alhamdulilah kami tak ada tunggakan bil api air. Saya tak pernah bekerja lepas SPM disebabkan saya terus jatuh sakit. Mak saya pulak tak bekerja. Dari segi keperluan asas makan minum kami berjimat sekadar yang mampu. Perbelanjaan saya kalau buat rawatan : sarapan pagi RM5, 1 hari makan tengahari RM10, duit transport RM100 seminggu, ubat sampingan (susu) seminggu RM60, ubat tambahan vitamin RM250 seminggu, duit belanja RM300. Saya nak mohon bantuan untuk kos sara hidup dan juga perubatan saya.

Read More



Updates




Update 9 / 08 / 23

Keadaan nya kurang sehat baru baik batok. Pergi klinik dan Alhamdulillah bertambah baik. Terima kasih banyak2. Dana amat membantu kami terutama nya pada Nasrul. 

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM110.00
First Contribution
Hamba  RM30.00

307.4

Baki Lot Diperlukan

193.6

Lot Telah Terbeli

92

Penyumbang

1,511

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM110.00
First Contribution
Hamba  RM30.00