Assalamualaikum. Saya Nurnaili dari Kota Bharu Kelantan. Pada 28/6/2023 lebih kurang jam 5 petang, rumah mak dan ayah saya terbakar. Semasa kejadian berlaku, ayah saya bekerja, Mak, saya dan adik beradik yang lain takde kat rumah kerana melawat nenek saya untuk membuat persiapan Hari Raya Aidil Adha, tinggal adik saya yang tidak sihat pada ketika itu di rumah seorang diri. Time tu dia Video Call kat mak saya dan tunjuk depan bilik ada asap tetapi time tu tak expect rumah terbakar so mak saya cepat-cepat balik ke rumah. Mak saya call jiran untuk bagitahu tengokkan rumah sebab adik saya ada dalam bilik. Jiran sebelah rumah yang perasan asap terus membesar dan cuba untuk pecahkan tingkap bilik adik saya yang terperangkap dalam bilik dia. Ketika itu asap mulai merebak ke seluruh rumah. Jiran saya dapat selamatkan adik saya sebelum kebakaran merebak. Selepas selamatkan adik saya dan cuba keluar, jiran saya nampak yang kebakaran dah merebak ke seluruh rumah. Jiran kami telah call pihak bomba untuk padamkan kebakaran tetapi tak sempat sebab api dah besar merebak ke seluruh rumah.
Segala barang di rumah tak dapat diselamatkan termasuk laptop untuk pembelajaran saya yang sepupu saya bagi pinjam. Kami redho dengan ujian yang ditimpa, melihat sendiri di depan mata api merebak ke seluruh rumah sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Pihak bomba berjaya padamkan api tetapi masa tu rumah dah hangus 90% dan barang-barang habis terbakar. Untuk masa sekarang kerja2 penambahbaikkan memerlukan jumlah yang banyak untuk repair rumah tu balik memandangkan barang2 dalam rumah kami 90% hangus so kami anggarkan dalam RM12k. Naili kata kos RM12k untuk kemas2 dulu rumah sebab nak buat balik rumah dalam masa terdekat ni memang tak ada duit lagi. Kes masih dalam siasatan bomba tetapi mereka beranggapan disebabkan litar pintas. Bapa saya bekerja di Hospital Raja Perempuan Zainab sebagai juru X-Ray manakala mak saya bekerja di IPK Kota Bharu sebagai Pegawai Polis, membesarkan enam beradik yang masing-masing masih belajar. Saya paling sulung dan belajar di UITM Shah Alam mengambil Degree Bahasa Arab dan di semester yang ke 3. Adik-adik saya masih belajar dan ditanggung oleh mak dan ayah saya. Kini kami menumpang di rumah sedara kami buat seketika sebab tidak mampu untuk membaiki rumah lagi. Semoga kita semua selalu bersyukur dengan apa yang ada depan mata kita setiap hari dan redho dengan ujian yang diberi oleh Allah Swt. Naili ada kata dia ada dibantu tempat belajar dia uitm, hospital tempat ayahnya bekerja dengan IPK, dorang buat macam derma kilat dapat dalam 5k lebih. Bantuan dari agensi2 lain tak ada lagi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.