Assalamualaikum. Saya seorang OKU buta mata kiri. Saya buta atas sebab kemalangan di tempat kerja, mata tertusuk dawai pada tahun 2016. Masa kemalangan tu di negeri smbilan dan saya bekerja di bahagian bina bangunan pejabat agama. Lepas kemalangan tu dekat setahun saya tak kerja dan masa tu saya tinggal sekejap di negeri sembilan rumah mak mentua saya. Masa kejadian saya ada dapat pencen ilat RM210 sebulan dan saya masih dapat pencen sampai sekarang. Lepas tu saya balik ke KL smula baru dapat kerja kilang di Bukit Kinrara dengan gaji RM1100. Masa kerja kilang tu yang kena buang masa pandemik sebab saya kerja kontrak sahaja bukan tetap. Selepas itu saya dan isteri berniaga dari bulan 4 tahun 2020 hingga bulan 5 2022 nasi ayam kukus berempah dari rumah secara kecil kecilan dengan menjual di dalam group whatsapp penduduk setempat tetapi selepas isteri saya melahirkan anak ke lima kami pada tahun lepas, kami tidak dapat berniaga kerana kehabisan wang simpanan dan juga modal. Selain nasi kukus isteri pun ada juga ambik tempahan untuk hantar ke surau, ikut apa orang nak macam bihun ke. Keuntungan sehari boleh dapat dalam RM30 - RM50. Tahun lepas bulan 6 saya dah tak berniaga. Saya ada kad OKU jadi kami sekeluarga bergantung dengan bantuan saya JKM RM400 sebulan. Tu la buat belanja semua, nak guna sikit untuk buat modal pun tak dapat. Saya ada 5 orang anak (13, 11, 9, 3, 1 tahun) dan sekolah ada 3 orang. Sekarang ni kami menumpang rumah mak saya dan mak saya sewa rumah PPR tu dan sebulan RM124. Tapi dah tertunggak sebanyak RM8000. Lama dah tertunggak sebab walaupun sebelum ni saya bekerja adakala tak dapat juga nak bayar sebab duit tak cukup. Mak saya tak ada pendapatan dan kalau saya ada duit, saya bayar dan kalau tak ada jadi tunggakan. Mak saya tak dapat bantuan dan sebelum ni arwah ayah ada dapat baitulmal tapi lepas arwah ayah dah tak ada, mak takde dapat apa2 bantuan. Dalam rumah tu mak dan keluarga saya sahaja tinggal sama2. Saya ada seorang adik dan dia dah berkahwin. Bil air dah termasuk dengan bil sewa dan saya tak pasti berapa. Kalau bil api sekarang ada tunggakan dalam RM600 lebih. Ada pernah kami dapat surat amaran dan juga DBKL kunci air. Bila DBKL kunci air, saya terpaksa cari dalam RM500-RM1000 untuk buka air semula. Pernah juga dapat surat amaran keluar rumah tapi saya merayu. Dari segi keperluan asas pun, anak2 makan apa yang ada sahaja. Masa kami berniaga dulu hari2 makan nasi kukus, anak2 pun tak memilih. Beli barang keperluan anak2 pun macam tu jela. Duit lebihan niaga cukup untuk duit belanja sekolah anak. Sekarang ni isteri dan anak2 semua dekat negeri sembilan sebab ayah mertua sakit dan anak2 buat sementara ni memang saya hantar untuk pertukaran sementara, kalau sekolah yang betul mereka sekolah di Bandar Kinrara Seksyen 1. Saya balik sana 2 minggu sekali dan naik bas, saya tak ada kenderaan jadi naik bas.
Kami memerlukan modal untuk membeli semua peralatan memasak juga kerana sebelum ini hanya mengunakan barang dari saudara dan dia telah mengambilnya kembali. Hanya dengan berniaga saya dapat menyara keluarga kerana tidak dapat membuat pekerjaan yang lain akibat mata kanan juga semakin kabur. Mata kanan ni pun sebab saraf. Mata kiri ni memang dah buta sebab saraf dah rosak jadi saraf mata kanan pun ada terjejas sikit. Bila saya pndang sesuatu dengan lama jadi macam hitam gelap. Saya ada juga cari kerja guard dan masa mintak kerja saya tak cakap saya buta sebelah mata. Tapi masa nak kerja tu saya bagitau dan lepas tu orang atasan cakap kerja guard ni bahaya. Risau kalau tak nampak. Saya pun tak cari kerja lain sebab tu saya buat hantar order nasi sahaja. Barang keperluan untuk memasak macam dapur, periuk pengukus, tong gas semua tu dalam RM1500 tak termasuk barang basah tapi saya ingat kalau dapat lebih saya nak beli motor second hand 1 sebab saya tak ada kenderaan. Motor yang sebelum ni banyak rosak dan kalau saya hantar baiki pun susah sebab tempat start dah keras dan motor tu saya beli pada abang tiri saya dengan keadaan motor tu agak teruk juga. Lagi 1 peti ais saya pun dah rosak tak sejuk di bahagian beku tu tapi tu takpela nanti ada modal sikit2 baru baiki. Saya harap penyumbang dapat membantu saya dan saya doakan agar semua diberikan rezeki yang luas oleh Allah..terima kasih
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.