Pembedahan Urat Plastik Untuk AV Fistula


Pembedahan Urat Plastik Untuk AV Fistula


MarhaenMY - IDAWATI BINTI TAHARIM
Sungai Petani, Kedah
Published: Aug 10, 2023
6.46%
RM 646.00 RM 10,000.00


935.4
Baki Lot Diperlukan
64.6
Lot Telah Terbeli
26
Penyumbang
1,839
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Assalammualaikum. Di sini saya Idawati binti Taharim ingin memohon sumbangan dari tuan/puan untuk membiayai kos pembedahan tangan saya anggaran RM15,000 ke atas. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya berumur 44 tahun , sudah berkahwin tapi tidak mempunyai anak dan mempunyai penyakit kritikal iaitu kencing manis, darah tinggi dan kerosakkan buah pinggang tahap akhir. Penglihatan saya juga terjejas. Saya hanya dapat melihat dengan sebelah mata sahaja. Sebelah lagi buta. Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu iaitu Ahad, Selasa dan Khamis. Lebih kurang 7 tahun dah dialisis. Dalam sebulan 12 kali kena buat rawatan kat Hospital Abdul Halim Sg Petani. Saya dialisis di hospital kerajaan dengan bayaran RM13. Tujuan saya meminta sumbangan ini adalah kerana masalah pada AV Fistula saya. Dah dua kali buat fistula. Satu buat di kerajaan tak menjadi juga & satu buat dekat hospital swasta berdekatan pun tak jadi. Tetapi fistula saya tak berfungsi kerana urat saya terlalu kecil. Bukan setakat tu air cuci CAPD pun saya pernah buat tak boleh juga tak sesuai. Jadi saya perlu buat pembedahan urat plastik untuk AV Fistula. Doktor sarankan saya buat di klinik Anga Johor tetapi saya tak mampu untuk sediakan RM10000. Saya tak boleh buat dekat hospital kerajaan sebab mereka tak ada buat plastic surgery tapi Dr Anga sahaja yang buat. Sekurangnya saya kena stay 2 hari kat Johor sebab tu sata tak mampu. Sekarang saya dialisis menggunakan perm cap tetapi perlu buat pembedahan urat plastik dengan segera. Sebab itu kos nya mencecah puluhan ribu ringgit. Saya memohon jasa baik tuan/puan untuk membantu saya dan berharap dapat tuan/puan memberi sedikit sumbangan ikhlas.

Memandangkan saya tidak mampu lagi bekerja kerana keadaan saya begini. Saya dan suami juga menjaga emak yang sedang sakit slip dics kritikal sampai tahap dah tak boleh berjalan. Ayah juga tidak bekerja kerana dah tak kuat untuk bekerja. Suami saya pun cuma berniaga kecil kecilan berhampiran rumah, pasang khemah jual kebab. Kadang2 jual laku kadang tak ada pun. Kalau laku dapat la RM20 - RM30 macam tu. Kalau memang perlu dia jaga saya di hospital dia tak jual kebab. Tetapi suami bukan warganegara menyebabkan terlalu susah mendapatkan pekerjaan Di kedah ni. Kalau dia bekerja jauh tiada siapa nak menjaga saya sebab selalu masuk hospital dan pergi balik hantar saya dialysis. Saya hanya dapat bantuan Perkeso pencen ilat RM550 sebulan. Dulu saya pernah kerja kilang sebelum sakit. Mak & ayah tiri saya tak dapat mana2 bantuan pun. Mak ayah tinggal rumah sendiri tapi tak jauh dalam 3 km dan saya menyewa rumah RM400 tu pun rumah tak berapa elok tapi saya & suami yang ambik tahu pasal makan minum mereka. Sekarang tuan rumah nak jual rumah jadi dalam masa dia nak jual tu kena cari rumah lain & kawasan lain semua sewa mahal dalam RM700 ke RM900 dan nak cari deposit lagi. Kami tak ada tunggakan sewa rumah kecuali bil api air sahaja. Rumah sewa tu pun dekat dengan tempat nak niaga kalau nak usung barang niaga sebab saya tak ada kenderaan lain cuma ada motor arwah ayah. Hanya allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan/puan kerana sudi membantu saya.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Siti  RM20.00
Top Contribution
Anonymous  RM200.00
First Contribution
Siti  RM20.00

935.4

Baki Lot Diperlukan

64.6

Lot Telah Terbeli

26

Penyumbang

1,839

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Siti  RM20.00
Top Contribution
Anonymous  RM200.00
First Contribution
Siti  RM20.00

Kempen Lain