Adik Aqil yang berusia lima tahun kelihatan normal seperti kanak-kanak sebaya kerana personalitinya yang ceria. Anak bongsu daripada empat beradik itu menanggung derita kerana dilahirkan tanpa dubur atau Cloacal Exstrophy iaitu ketiadaan tempat pembuangan air besar yang sempurna dan pelbagai masalah kesihatan lain dari pusat ke bawah. Ketiadaan alat sulit sempurna menyebabkan Aqil terpaksa menggunakan bag stoma yang dilekatkan pada lubang ditebuk di bahagian badan untuk memudahkannya membuang najis.
Selain itu, Aqil yang berstatus orang kurang upaya (OKU) terpaksa memakai lampin pakai buang dengan saiz lebih besar daripada sepatutnya dan dipakaikan kasut khas bagi menyokong pergerakannya yang tidak stabil disebabkan masalah kaki kanan terpelecok semasa di dalam rahim lagi. Doktor memberitahu tumbesaran Aqil tidak sama dengan kanak-kanak seusia dan perlu menjalani sekurang-kurangnya 17 kali pembedahan sehingga dewasa selain bergantung dengan penggunaan beg stoma serta lampin pakai buang seumur hidupnya.
Aqil pernah menjalani operation sebelum ini pada 17 Nov iaitu untuk potong tulang pinggul utk rapatkan kaki kiri kanan dan masukkan kembali pundi kencing ke dalam semula di Hospital wanita dan kanak kanak KL dan ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama enam bulan bagi tujuan rawatan serta pemantauan. Kemungkinan bulan 6 ini adik Aqil perlu menjalani operation untuk kecilkan lubang kencing sebab besar sekarang ini dan juga perlu buat scan utk tgk kesembuhan pembedahan Nov lalu.
Ayahnya tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap. Menurutnya, dia hanya hanya mampu memberi vitamin kepada Aqil untuk meningkatkan ketahanan antibodinya supaya tidak mudah demam dan selsema yang meningkatkan risiko jangkitan kuman. Dia pernah pernah bekerja di kilang elektronik di Hulu Klang, tetapi berhenti lima tahun lalu kerana mahu menceburi perniagaan sate. Namun, perniagaan hanya bertahan setahun saja iaitu dari 2015 hingga 2016 sebelum mengambil keputusan berhenti kerana pekerjaan itu membuatkan dia terdedah kepada kuman sewaktu membeli barangan keperluan di pasar. Sejak itu, dia menjaga Aqil sepenuh masa di rumah di samping membantu adik berniaga makan dan minuman dan menjadi penghantar rempah untuk perniagaan ayah. Manakala isteri bekerja sebagai kerani di syarikat pelancongan swasta.
Mereka mempunyai 4 orang anak dan semuannya masih bersekolah. Aqil ada kad OKU, tapi perbelanjaan semasa di hospital dan keperluan selepas pembedahan kena beli sendiri dan perbelanjaan operation semua ditanggung oleh kerajaan. Mereka menerima bantuan lain iaitu JKM RM 350 sebulan. Senarai keperluan dalam bulan tersebut yang diperlukan oleh adik aqil ialah Beg Stoma, Bedak stoma, Scoat Emulsion utk tingkatkan daya tahan penyakit dan Krim rengsa. Bantuan yang diperlukan oleh mereka ialah bantuan kewangan serta beg stoma (baby).
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.