Saya nur hafizah menetap di Gurun, Kedah dan tujuan saya memohon bantuan kewangan ini adalah untuk membela nasib saya dan anak2 yang menumpang di rumah mak saya. Sebelum ini saya menetap di rumah mertua di taman keramat KL dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah mall di keramat dengan gaji RM2200 tapi malang nasib saya dan anak2 pada tarikh 10/7/2023 jam 9.30 malam selepas balik dari kerja saya dan anak2 dihalau oleh mak mertua dan suami keluar rumah kerana ada petengkaran di mana mertua saya yang memulakan pergaduhan hingga saya dan anak2 keluar dalam keadaan sehelai sepinggang dan saya sempat membawa anak2 berusia 5 tahun, 2 tahun & 4 bulan. Setelah saya dihalau saya diberi peluang oleh penduduk flat untuk tinggal sementara di dewan komuniti berdekatan situ. Saya tinggal di situ selama 3 hari dan akhirnya saya tiada pilihan untuk membawa anak2 balik ke kampung kerana tiada tempat untuk dituju. Saya bekerja selama 3 bulan sebagai pengawal dan lepas saya dihalau saya terus berhenti kerja dan dapat gaji terakhir sebanyak RM1500 terus balik kampung. Saya kini menetap di rumah family dan atas belas kasihan family saya dan anak2 diberi makan. Saya terpaksa mencari sedikit wang sekurang nya RM1000 untuk deposit motor untuk saya bekerja dan terus menyara anak2 saya sendiri. Keluarga tak ada motor dirumah. Bapa saya Zulkipli B Jusoh bekerja sebagai pemandu lori dengan bergaji RM1800 dimana dia kalau ada kerja baru ada gaji dan mak saya Babibah Hashim bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM1200. Saya juga ada adik no 4 dan no 5 yang masih lagi tinggal dengan mak ayah dan hanya kerja biasa sahaja. Saya jugak penerima bantuan JKM bulanan duit RM550 yang saya dapat hanya untuk beli susu pampers barang dapur jadi family terpaksa menanggung beban akibat kekurangan wang untuk membeli barang basah keperluan saya dan anak. Saya kalau ada lebih RM150 daripada bantuan saya bagi ke ayah buat beli barang dapur. Saya dan suami dah 10 tahun berkahwin dan 5 tahun suami dah ambik dadah. Dia dulu bekerja makan gaji selama 6 tahun di syarikat damia bawa lori lepas tu dia dah tak kerja dan tak nak bekerja. Dia juga OKU kaki kudung sebelah dan ada akaun lalamove tetap jugak tak nak bekerja. Dia ada kencing manis dah 4 tahun dan kaki kena potong. Suami terpengaruh dengan rakan2 sekerja dia tu yang dia jadi penagih dan kami stay rumah mertua sejak berkahwin. Suami tahu yang saya dan anak2 balik rumah keluarga saya dan saya nak minta fasakh dan nafkah untuk anak2. Saya ada mohon Zakat atas nama saya dan tengah dalam proses walaupun belum bercerai dengan suami. Harap pihak Tuan/Puan sudi membaca dan membantu saya dan anak2 untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh kami sekeluarga. Sekian terima kasih.
Pembelanjaan Dana RM4500 beserta resit
- Barang dapur keseluruhan barang kering RM421.15
- Settle duit api RM950
- Barang peribadi susu pampers baju baby RM420
- Hutang adk RM300
- Bagi perbelanjaan dapur barang basah 1bulan rm300
- Bagi mak abah RM150+150
- Hutang adk RM300
- Motor cash Honda RM1500
Total RM4191.15 dan lebih dalam akaun tu saya simpan buat modal cari keja
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.