Bantu Suami Untuk Menjahit Semula


Bantu Suami Untuk Menjahit Semula


Pertubuhan Mesra Marhaen
Seri Kembangan, Selangor
Published: Aug 18, 2023
5.72%
RM 572.00 RM 10,000.00


942.8
Baki Lot Diperlukan
57.2
Lot Telah Terbeli
25
Penyumbang
702
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, saya Puan Rohani dari Jalan Kebun, Shah Alam. Kedai suami saya nahas dijilat api akibat lintas pintas dan mengalami kerugian sebanyak RM50,000.00. Cerita kebakaran bermula apabila kedai runcit bersebelahan kedai suami saya mengalami lintas pintas dan mengakibatkan kedainya terbakar. Pada jam 7.00am hari Sabtu 27/5/2023, anak kepada Tuan Kedai runcit tersebut dalam perjalanan nak ke rumah emaknya yang berhampiran untuk bersarapan. Tiba-tiba dia ternampak satu asap yang besar berdekatan dengan kedai dia. Dia terus ke lokasi kejadian dan terkejut kerana kedainya terbakar. Anak tuan kedai tu terus menghubungi pihak Bomba pada 7.10am. Tapi masa tu api dah marak dan kedai suami saya turut terbakar disebabkan kedai itu bersebelahan dengan kedai suami saya. Pihak bomba berjaya memadamkan api kebakaran itu tetapi hampir 95% kedai kami hangus dan barang-barang dalam kedai juga tidak dapat diselamatkan semua. 

Suami saya menjahit bermula dari rumah sehingga buka kedai sendiri, bermula dengan satu mesin jahit yang kecil sehingga ada 6 mesin jahit yang besar. Kerja sendiri bermula 2012 - berhenti menjadi imam masjid. Struggle sangat. Dia membeli sedikit demi sedikit kerana harga mesin jahit ni bernilai RM20,000.00 satu. Saya bekerja sebagai guru di sekolah kerajaan manakala suami saya mengambil upah menjahit tudung sekolah dan lain-lain sambil menjaga anak-anak kami. Jumlah tanggungan suami saya adalah 6 (17 tahun, 16 tahun, 15 tahun, 11 tahun, 9 tahun dan 11 bulan) orang yang masing-masing masih belajar. Kedai suami saya juga pernah dilanda banjir besar Selangor pada akhir tahun 2021, tetapi mesin-mesin jahit semua boleh diselamatkan. Kena repair dan servis. Cuma kain dan ada beberapa peralatan menjahit rosak tidak dapat digunakan semula. Kedai tak ada insurance sebab buat jahit² tertutup sahaja dan selepas pkp baru pandai online di shopee.

Sebelum ini, selepas PKP suami saya fokus dekat kedai jahit dan Alhamdulillah dapat sambutan yang baik, dibantu oleh kawan saya dan sepupu saya yang kedua-duanya adalah suri rumah. Saya membantu suami saya dengan menjual tudung sekolah di shopee. Sekarang suami saya ingin kembali menjahit di rumah untuk menganti tudung-tudung yang telah ditempah oleh pelanggannya yang musnah akibat kebakaran yang lalu. Di sini saya ingin turut membantu suami saya dengan mengumpul sedikit sebanyak untuk membeli kelengkapan menjahit semula dan mesin untuk dia meneruskan usaha dia dalam bidang menjahit. Jualan suami tak menentu dan selepas kebakaran merudum teruk. Tak sampai 4K. Dari situ tolak upah pembantu dia. Rolling modal anggaran 1k++ sikit gaji. Selepas kejadian ada dapat sedikit bantuan dari Yb Kota Raja ' Mohd Sabu RM2000 dan penduduk Kampung melalui Masjid jalan Kebun : RM1000. Kedai yang menyebabkan kedai suami saya terbakar pun tak ada bagi apa2 bayaran, memang dua2 redha sahaja. Tempahan sebelum kebakaran tak ada. Tutup 3 minggu kedai online shopee. Jualan direct tak ada. Sebab tak ada tapak lagi. Selepas 3 minggu bukak blk kedai online shopee.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
EFFENDY  RM10.00
Top Contribution
Rosnani  RM100.00
First Contribution
Rosnani  RM100.00

942.8

Baki Lot Diperlukan

57.2

Lot Telah Terbeli

25

Penyumbang

702

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
EFFENDY  RM10.00
Top Contribution
Rosnani  RM100.00
First Contribution
Rosnani  RM100.00

Kempen Lain