Bantuan Kos Pengangkutan & Rawatan Dialisis


Bantuan Kos Pengangkutan & Rawatan Dialisis


MarhaenMY - Laili bt Othman
Paka, Terengganu
Published: Aug 22, 2023
47.6%
RM 1,676.00 RM 3,500.00


183.4
Baki Lot Diperlukan
167.6
Lot Telah Terbeli
63
Penyumbang
1,338
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, saya memerlukan bantuan dari segi perubatan dan saya dah 4 tahun lebih sakit. Suami dah lama meninggal dan ada 7 orang anak (49, 47, 42, 39, 34, 30, 25 tahun). 4 orang anak sudah berkahwin tinggal lagi 3 dengan saya dekat kampung. Saya merupakan pesakit dialisis yang kena buat rawatan seminggu 3 kali iaitu Ahad, Selasa & Khamis. Sebulan 12 kali pergi rawatan. Anak bekerja kampung dan balik pukul 6 petang. Kos cuci dialisis sebulan dekat RM100 lebih. Kos pengangkutan duit minyak sehari dah dekat RM60 pergi balik. Saya tak dapat apa2 bantuan sebab saya peneroka dan ada sawit. Saya cuma sekadar harap hasil ladang sawit itu pun berapa sen sahaja dapat. Pendapatan kadang dapat RM500 / RM400 tak menentu dengan menanggung 3 orang lagi anak dalam sebulan. Anak saya yang bongsu kerja kampung ikut orang mengecat. Anak no 4 dan 5 kadang kerja kadang tak sebab duduk kampung dalam felda apa lah sangat kerja ada. Selama dialisis ni memang harap lebih duit dari pembelanjaan barang dapur dan ada lebih tulah simpan untuk dialisis. Serta kadang kadang minta dengan anak anak kalau ada lebih. Saya dialisis dekat Hospital Dungun. Pergi dialisis kadang duit sendiri kadang kalau tak cukup untuk nak bayar dialisis serta duit minyak terpaksa pinjam dengan anak anak walaupun anak kerja buruh kasar. Gaji apa tiada gaji sekadar upah kait buah sawit orang berapa sen je lah dapat. Jarak rumah dengan hospital jauh dalam setengah jam dan anak bongsu saya yang hantar menggunakan kereta.

Read More


Recent Contribution
Nurul  RM3.00
Top Contribution
Saripah  RM170.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

183.4

Baki Lot Diperlukan

167.6

Lot Telah Terbeli

63

Penyumbang

1,338

Pengunjung
Recent Contribution
Nurul  RM3.00
Top Contribution
Saripah  RM170.00
First Contribution
Saripah  RM10.00