Saya Nur Sarah Letchumanan, 40, seorang muallaf dan anak kepada pesakit, Letchumanan A/L Ponnusamy yang berumur 85 yang mengalami Strok sejak 2022.
Saya merupakan seorang ibu tunggal dan bersama-sama dalam jagaan saya 4 orang anak berumur 16 Tahun - Perempuan (Sekolah Menengah), 14 Tahun - Lelaki (Berada di Asrama Perkim), 6 Tahun - Perempuan (Sekolah Tadika), 5 Tahun - Lelaki ( Belum sekolah), ibu dan ayah saya
Pesakit : Letchumanan A/L Ponnusamy
Umur : 85 tahun
Alamat : Blok D, flat PPR Seri Semarak setapak 53300 Kuala Lumpur
May 2022 - Pertama kali diserang strok di rumah dan digegaskan ke Hospital Kuala Lumpur, hanya mengalami strok ringan dan selepas mendapat rawatan di Hospital, boleh menguruskan diri sendiri dari segi pemakanan dan perubatan.
Januari 2023 - Diserang strok kali kedua dan kalini tidak disarankan oleh doktor untuk diberi makanan yang keras dan menjaga pemakanan, tidak dapat menguruskan diri sendiri dan perlu dijaga setiap masa.
July 2023 - Diserang strok kali ketiga dan mengalami internal bleeding, dimasukkan ke wad kecemasan selama seminggu. Sudah discharge dan kini hanya makan melalui tiub makanan dan diuruskan oleh saya dan ibu.
Saya bekerja sebagai security guard di Ampang dengan gaji basic RM1500 dan kalau ada Overtime boleh cecah RM2000-RM2300, tetapi disebabkan saya perlu menjaga ayah saya, tidak dapat buat OT dan sering mengambil cuti untuk bawa ayah saya ke Hospital bagi mendapatkan rawatan.
Ibu saya baru membuat operation buah pinggang dan masih dalam fasa pemulihan, sekarang saya mengalami kekangan dari segi kewangan bagi menyara keluarga dan rawatan ayah saya.
Tujuan saya memulakan kempen di Marhaen adalah untuk mendapatkan bantuan dari segi pembelian susu, pampers dan rawatan ayah saya. Appointment dengan doktor 3 bulan sekali, tetapi sering sakit dan dimasukkan ke emergency (1-2 kali sebulan)
Perincian Kos seperti berikut :
Susu Semital 400g : RM72 x 15 = RM1080
Pampers Tena Slip (Saiz L) : RM22.90 x 30 = RM687
Ambulance : RM350 x 2 = RM700
Jumlah Keseluruhan : RM2467 x 2 bulan = RM4,934.00
Kalau saya bekerja, 3 anak saya dijaga oleh mak saya, Puan Tunikody. Anak lelaki saya masukkan ke asrama Perkim di Keramat, sebab di rumah, saya tak dapat nak imamkan dia solat dan bagi didikan agama islam secukupnya disebabkan saya bekerja, jadi saya masukkan anak lelaki 14 tahun ke asrama perkim, Alhamdulillah dibantu oleh Ustaz Shuhaimi dari Perkim Datuk Keramat. Saya guna motor scooter kalau pergi kerja. Alhamdulillah, saya terima bantuan bulanan dari MAIWP sebanyak RM500 tetapi ia masih tidak mencukupi untuk tanggung keluarga saya. Saya guna duit yang dapat dari MAIWP, RM500 untuk sara keluarga dari segi makanan dan peralatan rumah.
Oleh itu, saya berharap kepada semua orang baik di Malaysia mahupun di luar sana untuk memberi sumbangan dan tolong selitkan doa kalian buat ayah saya Letchumanan A/L Ponnusamy supaya supaya pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.
Saya juga berniaga Murukku dan kuih loyang bagi menyara keluarga saya, inshaAllah bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan boleh contact saya ( Nur Sarah - 011-2300 3627) . Selalunya Hari Deepavali & Hari Raya baru banyak order, bulan lain ada sikit je order. Kalau ada order baru buat dan jualan tak menentu selalu dapat few hundred sahaja.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.