Anak Berusia 2 Bulan Menghidap Kanser Retinoblastolma


Anak Berusia 2 Bulan Menghidap Kanser Retinoblastolma


MarhaenMY - Mohamad Hafad Bin Abd Rahman
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Published: Oct 06, 2023
84.18%
RM 4,229.00 RM 5,000.00


79.1
Baki Lot Diperlukan
422.9
Lot Telah Terbeli
111
Penyumbang
2,597
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, nama saya Mohamad Hafad ayah kepada Afifa Damiha yang berusia 2 bulan sakit kanser Retinoblastolma. Afifa sakit sejak lahir sehingga sekarang masih mendapatkan rawatan dia hospital Tuanku Azizah (HTA). Cancer retinoblastoma tu kira masa dia dalam rahim dah ada. Sejak Afifa dilahirkan isteri terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Afifa yang ulang alik ke hospital. Sebelum ni isteri bekerja di kilang Fumakila. Afifa sudah menjalani pembedahan pertama untuk pasang alat chemo dan pembedahan kedua akan datang bagi buang mata kanan hujung bulan 10 ni. Alat chemo tu di pasang dekat dada dan leher pasang di HTA. Saya masih berkerja sebagai operator kilang berumur 33 tahun dan terima pendapatan RM1200 sebulan tolak EPF SOSO. Kami ada lagi 2 orang anak berusia 8 tahun dan 7 tahun. Sekarang ni Afifa menjalani chemo 3 kali seminggu. Kalau saya tak cuti, isteri dan baby sahaja yang pergi hospital sebab kesian isteri dengan beg lagi, beg baju, beg barang baby lagi semua dia nak kena galas anak kecil lagi. Tarikh 5/10/23 untuk chemo kali ke-3 esok tu doktor akan check semula mata kiri untuk buat laser dan tengok balik keadaan dia dan buat chemo kali ke-4 dan buat operation buang mata kanan sebab dah tak boleh guna. Selalu lepas chemo ke lepas operation bila boleh balik isteri saya akan bayar dulu semua bil². 17/10/23 pembedahan mata kanan baby.

Dalam sebulan Afifa kena checkup 2 bulan sekali dan dia tak ada kena makan ubat. Dari segi keperluan asas kami memang tak mencukupi dari segi susu pampers anak dan kos ulang alik dari bukit mertajam ke hospital HTA. Kami suami isteri naik KTM pergi balik dengan baby. Dua orang pergi balik RM328. Tiket seorang RM82. Tiket ada yang RM59 ada yang RM82 kalau ada yang murah ambik yang murah jelah kalau habis terpaksa ambik yang mahal. Kami tak ada kenderaan cuma ada motor. Untuk rumah kami tinggal di rumah tinggalan orang tua jadi tak ada sewa kena bayar kecuali bil api air ada tunggakan. Kami ada dapat bantuan Zakat RM100 dan JKM RM400 sebulan tapi masih tak mencukup disebabkan anak saya memerlukan banyak keperluan. Saya mohon bantuan ni untuk kos rawatan susulan untuk chemoterapi 6 kali dan pembedahan buang mata kanan yang rosak akibat kanser retinoblastolma Afifa.

Read More



Updates




Update 25 / 10 / 23

Harinie anak dan isteri saya bertolak ke kl HTA esok chemo dan lusa buat pembedahan buang mata kanan.

Update 30 / 10 / 23

Alhamdulilah Afifa Damiha anak saya dah selamat jalani pembedahan bagi buang mata kanan yang rosak akibat cancer retinoblastoma cancer tahap 4. Afifa dah balik rumah dan 9.11.23 kena bawa pergi chemo. Dan bulan 12 nanti baru Afifa akan sekali lagi buat pemedahan bagi pasang mata batu mata palsu. Gaji bulan 10 bulan lepas dapat 1ribu, bayar hutang kawan RM150, yang lain habis bayar bil hospital dan pembedahan dan beli tiket kereta api untuk 3 orang dari kl sentral ke b.mertajam. Nak tunggu gaji awai bulan 12 ni pulak dapat, tuhan saja yang tahu macam² nak kena beli makan barang² duit sekolah anak². Ada jugak mintak bantuan zakat baru² ni mohon bagi afifa kad oku bulan² lepas beda dia dapat wang bantuan ringan sikit beban tapi proses ambil masa 3 4 bulan. Saya mohon jasa baik semua pihak dapat membantu saya dengan menberi sumbangan ikhlas bagi meringankan beban kami. Tertekan dan tekanan harap berkurangan.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Izzat  RM500.00
First Contribution
Sofea  RM50.00

79.1

Baki Lot Diperlukan

422.9

Lot Telah Terbeli

111

Penyumbang

2,597

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Izzat  RM500.00
First Contribution
Sofea  RM50.00