Bantuan Buat Tiong Yang Buntu Memikirkan Pendapatan Tidak Mencukupi Sampai Terpaksa Berhutang


Bantuan Buat Tiong Yang Buntu Memikirkan Pendapatan Tidak Mencukupi Sampai Terpaksa Berhutang


MarhaenMY - TIONG MUI ENG
KOTA SAMARAHAN, Sarawak
Published: Jan 31, 2022
23.33%
RM 350.00 RM 1,500.00


115.0
Baki Lot Diperlukan
35.0
Lot Telah Terbeli
19
Penyumbang
1,025
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
150 Lot Ditawarkan

Hi, Saya Tiong Mui Eng tinggal di Kota Samarahan, Sarawak bersama suami dan anak saya yang baru sahaja berusia 3 bulan. Saya memerlukan bantuan untuk membantu membayar bil-bil tunggakan contohnya bil api air, sewa rumah, dan juga ada keperluan yang perlu dijelaskan. Ada masa saya terpaksa berhutang kerana tidak mampu untuk menampung kehidupan sekeluarga, saya bekerja sebagai penjaga pusat kbox dengan gaji hanya RM1000 sahaja, suami saya pula adalah mekanik yang tidak menentu gajinya. Gaji suami tak tentu, lepas potong EPF SOCSO hutang semua balance tinggal RM400 lebih. Gaji basic suami RM1200.
 

Masa PKP kami terbeban dengan keperluan  yang kami kena bayar tiap bulan sebab pendapatan tak menentu sebab tempat kerja kami berdua tutup masa PKP dan tak dapat bekerja. Dengan sekarang kereta pun dah nak kena tarik sebab duit tak mencukupi untuk bayar. Saya tak dapat bekerja masa saya pregnant dan masa PKP suami tak dapat bekerja selama 2 bulan. Bila pertengahan bulan 8 sudah boleh kerja, tapi tak boleh ramai, jadi laki saya dan kawan kawan sekerja terpaksa turun kerja bergilir gilir. Selepas anak saya da besar sikit baru saya boleh bekerja balik dekat tempat lama. Sebelum ini kami masih lagi mampu untuk teruskan kehidupan, tetapi bermula PKP kami sudah terbeban dan bermacam dugaan yang kami harungi sehingga lah kini. Kami tak ada sewa tertunggak sebab tinggal dekat rumah mak suami dan tinggal bersama kami sekali ialah adik suami. Keperluan asas kami selalu beli ikut budget duit sebab kalau tak mencukupi adik suami akan beli kan. Kalau kami bekerja pulak selalu kami akan hantar anak ke pengasuh dengan bayaran RM600.

 

Update 17 / 10 / 2022

Sekarang saya dah tak bekerja sebab tak ada yang nak jaga anak. Jadi cuma suami yang bekerja sebagai mekanik dan gaji sebulan RM1300. Saya memerlukan bantuan susu dan beras manakala bil api sudah tertunggak selama 5 bulan sebab asyik tak ada duit yang mencukupi untuk buat pembayaran. Sekarang saya sangat2 susah sebab gaji suami selalu tak cukup. Selalu gaji tak sempat nak pakai buat belanja terus habis. List hutang saya:

Kereta - RM600 (ada tunggakkan 2 bulan lagi)
Hutang peribadi - RM600
Api - RM871 (tunggakan 5 bulan)
Aircond - RM77 sebulan (tunggakkan 2 bulan)
Coway - RM1750 (tunggakan 9 bulan)

Saya tak dapat mana-mana bantuan dan BKM pun saya tak dapat sebab saya dan bekas suami masih dalam proses penceraian. Dah pernah try apply BKM dan bantuan ibu tunggal tapi tak dapat sebab dalam sistem nama saya dan bekas suami masih ada dan surat kahwin belum potong so tak dapat. Kalau diikutkan saya ada 6 orang anak. 5 orang yang depan sudah besar 15 tahun, 11 tahun, 10 tahun, 8 tahun, 7 tahun (ni dengan bekas suami punya anak). Yang seorang sekarang baru 1 tahun dengan suami baru. Saya dengan suami tak ada surat kahwin cuma status macam ini sahaja. Bekas suami tinggal dekat Johor dengan 5 anak ni. Adik-beradik cuma 3 orang dan saya paling tua. 2 orang adik sudah berkahwin dan tak dapat nak bantu saya juga. Sekarang adik saya dah pindah keluar dan sebelum ni memang duduk serumah sama mak dan mak cik. Saya masih duduk rumah mak cuma mak dan mak cik tak tinggal bersama sudah. Sekarang ni bila saya tak dapat kerja, saya ambik upah jaga budak, dapat RM300 saja sebulan.

Read More



Updates




Recent Contribution
Alan  RM10.00
Top Contribution
Dd  RM50.00
First Contribution
Aaira  RM30.00

115.0

Baki Lot Diperlukan

35.0

Lot Telah Terbeli

19

Penyumbang

1,025

Pengunjung
Recent Contribution
Alan  RM10.00
Top Contribution
Dd  RM50.00
First Contribution
Aaira  RM30.00