Bantuan Keperluan Dapur Dan Persekolah Anak Buat Keluarga Kecil Wati


Bantuan Keperluan Dapur Dan Persekolah Anak Buat Keluarga Kecil Wati


MarhaenMY - Suzanawati Binti Mohd Yusoff
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Published: Jun 20, 2022
84.33%
RM 2,530.00 RM 3,000.00


47.0
Baki Lot Diperlukan
253.0
Lot Telah Terbeli
78
Penyumbang
1,634
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
300 Lot Ditawarkan

Saya sekeluarga ada 7 orang semuanya iaitu saya , suami dan 5 orang anak (9 tahun , 8 tahun , 6 tahun , 3 tahun , 1 tahun). Suami saya bekerja sebagai penghantar makanan dan berpendapatan sebanyak RM1800/bulan buat masa ini. Sebelum ini dia bekerja di hotel, tetapi diberhentikan disebabkan perlu ambil cuti bagi menjaga anak bongsu yang sakit akibat daripada jangkitan kuman pada paru paru pada akhir bulan Mac lepas. Saya pula ada mengasuh anak jiran dirumah dengan berpendapatan lebih kurang RM400 sebulan. Jadi, dengan keadaan harga barang yang naik mendadak dari segala jenis keperluan masa ini, sumber kewangan kami dah tak lagi mencukupi bagi menyediakan keperluan makanan harian dan keperluan sekolah seperti pakaian seragam sekolah anak pada masa yg sama.

 

Antara barang dapur yang telahpun habis ialah beras, gula tepung , minyak masak, sabun basuh baju , biskut untuk anak anak, dan makanan ruji harian . Untuk rumah kami menyewa dengan harga RM950/bulan dan hanya ada tunggakan untuk bil api sebanyak RM 342.54. Dari segi pengangkutan pula, kereta sudah lama rosak dan cukai jalan telah tamat tempoh, kami belum ada cukup duit untuk perbaiki lagi. Motosikal juga sudah kerap rosak. Semuanya terjejas selepas PKP disebabkan suami bekerja di bidang perhotelan bahagian Reception. Mungkin pada masa akan datang ekonomi keluarga kami akan kembali pulih insyaAllah Aminn. Tapi buat masa ini memang sangat-sangat memerlukan bantuan daripada sesiapa yang sudi membantu kami. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami dan memberi sedikit ruang untuk kami pulih. Jutaan terima kasih kami dulukan.

 

Tidak ada memohon selain di Kita Jaga dan belum menerima apa-apa sumbangan lagi buat masa ini. Tapi pernah mohon bantuan Kita Jaga pada akhir tahun lepas dan ada terima sumbangan keperluan asas, tidak pernah menerima sumbangan wang ringgit atau membantu lunaskan apa2 bayaran selain keperluan asas makanan dan keperluan kanak².

 

Update 28 / 07 / 2022

Sekarang keadaan cukup2 sahaja selepas kami pindah ke rumah sewa baru. Kadar sewa sebelum ni RM950, sekarang cuma RM750. Selebihnya hanya cukup2 makan kami 7 beranak dan belanja sekolah. Selain pendapatan suami sebagai rider, saya sekarang usahakan menjual kek brownies dan mengasuh anak. Terima kasih marhaen.my kerana membantu kami. Sekarang kami tinggal dekat Seksyen 2 wangsa maju juga cuma di blok A9 unit 404. Sebelum ni ada jual tapi banyak order masa musim raya sahaja. Dalam bekas tu ada 4 pcs saya jual RM2.00 & ada coklat saya jual RM3.50. Kalau 1 box ada 64 pcs saya jual RM40.00. Saya ada buat cod dan kalau pos saya tak berani buat. Saya berjual dekat rumah sahaja. Biasa saya cod setapak, sentul, s.alam, rawang, wangsa maju & ampang. Ni semua customer tetap saya. Selalu kalau cod suami saya yang hantar sebab dia kerja lala move & foodpanda. Kadang2 tu kalau saya tak ada buat brownies, saya jadi dropship inai che ta dengan product skin care. Saya promote dekat media sosial.

 

Update 21 / 08 / 2022

Assalamualaikum Marhaen. Boleh tak saya nak minta bantuan kewangan untuk urusan hospital sebab anak bongsu masuk hospital lagi pagi tadi. Dan saya terpaksa call ambulan jam 2:30 pagi sebab anak dah tenat dan nafas terlalu laju. Sekarang anak saya masih lagi di PHDU (Paediatric High Dependcy Unit). Doctor cuba turunkan bantuan oxygen tu. Kalau anak saya okay, petang ni akan buang alat bantuan yang mcm dalam gambar dan masukkan oxygen biasa. Salur biasa tu then kalau dah stabil sikit akaa pindahkan ke ward biasa tapi belum pasti bila dan atas kondisi anak jugak. Suami terpaksa jaga ank dan ulang alik ke hospital jugak. Jadi dia tak dapat bekerja, suami kalau tak kerja tak ada la pendapatan dia. Saya memang tak ada minta mana2 bantuan selain daripada platform MarhaenMY.

 

Update 1 / 09 / 2022

Alhamdulillah keadaan anak saya sekarang sudah stabil & sudah keluar ward pada hari sabtu baru ni. Sekarang anak saya berada di rumah dan bila sampai di rumah dia terkena virus seperti cirit birit , muntah2 & demam sebab sebelum anak saya keluar ward ada seorang budak ni doktor dah dia terkena virus rotavirus bermaksud jangkitan kuman pada usus. Budak tu terkena virus di dalam ward jugak iaitu budak tu 1 ward dengan anak saya. Masa di dalam ward anak saya ada tanda2 tak ada selera makan dan bila sampai di rumah dia terus terkena virus tu. Sekarang ini 1 rumah kena jangkitan itu. Anak saya yang bongsu nie last doktor bagi dia ubat antibiotik je cuma doktor ada pesan dengan saya anak saya yang bongsu ni kena jaga dia betul2. Bagi penuh perhatian pada dia dan anak saya pun tak boleh pergi mana2 yang terlalu ramai orang kerana paru2 dia sangat sensitive & dia mudah kena jangkitan pada orang lain.

Read More



Updates




Update 30/1 

Untuk keadaan terkini , kini anak bongsu masih menjalani rawatan di HTAA KL dan juga ada cuba ikhtiar dengan rawatan kampung juga . Buat masa sekarang , Kak Zana ini cuba untuk survive dengan mengasuh dan menghantar makanan demi menjana pendapatan untuk keluarga. Untuk anak pula  , perlu menjalani rawatan steroid untuk kuatkan paru-paru kembang disebabkan terlalu kerap kena jangkitan kuman 

Read More



Recent Contribution
Devendran  RM20.00
Top Contribution
RM500.00
First Contribution
Siti  RM50.00

47.0

Baki Lot Diperlukan

253.0

Lot Telah Terbeli

78

Penyumbang

1,634

Pengunjung
Recent Contribution
Devendran  RM20.00
Top Contribution
RM500.00
First Contribution
Siti  RM50.00