Ibu Tunggal Memerlukan Bantuan Kos Perubatan Bayi Lahir Tiada Lubang Dubur


Ibu Tunggal Memerlukan Bantuan Kos Perubatan Bayi Lahir Tiada Lubang Dubur


MarhaenMY - Thavamani Devi Balakrisnan
Petaling Jaya, Selangor
Published: Jun 20, 2022
85.46%
RM 4,293.00 RM 5,000.00


72.7
Baki Lot Diperlukan
429.3
Lot Telah Terbeli
131
Penyumbang
3,696
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Saya dalam keadaan yang memerlukan bantuan , saya merupakan seorang ibu tunggal dengan 3 orang anak yang berumur 10 tahun , 2 tahun dan 1 tahun. Saya pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 26/3 tahun ini dan daripada itu saya terpaksa mengambil MC cuti sakit dan motor saya rosak teruk. Saya juga hanya bekerja sebagai part time jurujual di sebuah kedai number ramalan di Petaling Jaya Old Town dan disebabkan saya tak dapat pergi ke kerja, saya tidak dapat bayar sewa rumah, bayar pengasuh ( RM500-RM800 ) dan juga saya tidak dapat pergi ke kerja disebabkan tambang grab yang agak mahal. Kini hutang electricity bill yang tinggi dan sudah menerima Surat Amaran pemotongan dan juga sudah dapat notis pindah rumah selama 1 bulan. Saya ada tunggakan sewa rumah RM650 (3 bulan). Tuan rumah bagi saya sampai 15 / 7 / 2022 untuk saya kena keluar rumah. Saya betul betul banyak tekanan. Di mana tidak tahu di mana saya perlu bermula untuk selesaikan masalah saya. Tapi saya pasti saya boleh pulihkan keadaan saya kembali ke asal jika saya mendapat sedikit pertolongan. Saya langsung tidak dapat buat apa-apa, sehingga saya tidak dapat menyediakan makanan kepada anak-anak saya. Keperluan asas saya sebulan anggaran dalam RM300 macam tu je.

 

Update 14 / 07 / 2022

Selamat tengahari, saya kena keluar rumah pada 15 / 7 / 22 seperti yang saya diberitahu sebelum ni dan saya betul2 kekurangan duit. Sebab jika tak cukup bayar rumah baru saya terpaksa sediakan duit lagi. Dana sebelum ni saya dapat saya guna untuk bayar tunggakan rumah lama dan esok saya kena bayarkan deposit untuk ambil kunci.

 

Update 30 / 08 / 2022

Saya betul2 tertekan dengan situasi saya sekarang. Saya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya kosong kan rumah yang saya ada sekarang. Bekalan air pun sudah kena potong dan kami sekeluarga tengah meneruskan kehidupan kami tanpa air hampir 5 hari. Hari2 saya terpaksa menebal muka dan pergi minta air setiap dengan jiran-jiran rumah. Deposit sudah tolak tunggakkan dan saya mula kerja di tempat baru pada 24hb bulan ni sebagai penjaga parking. Gaji saya RM1300 dan 3 bulan percubaan. Dan saya dah dapat penjaga untuk jaga anak saya bila saya kerja. Saya kena bayar penjaga 3 orang anak RM500. Saya masih lagi menyewa di rumah lama, dan dalam report polis tuan rumah memberi saya masa sampai 5 / 9 / 2022. Tuan rumah datang dan tunjuk surat polis kepada saya. Family saya tiada satu orang pun yang bantu saya.

Saya memang sepatutnya perlu pindah awal hujung bulan 7 haritu tapi saya dah minta owner lama untuk deduct tunggakan daripada deposit dan sudah dapat cari rumah sewa dan sudah pun berjanji untuk bayar deposit dan ambil kunci. Last  sekali, terpaksa menangguh sebab time tu saya sudah ada masalah babysitter dan tak dapat ke kerja dan jugak sudah terima surat amaran dari pihak bos. Tunggakan air RM395.00 last bayar bulan 3 tapi semua tu owner dah selesai dan bil2 semua dia dah collect dari saya. Sekarang ni saya memerlukan dalam lingkungan RM2500 termasuk muka rumah yang nak pindah sekarang. Bekas suami pun memang betul tak contact sudah.

Read More



Updates




Update 14 / 06 / 23

Saya masih memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos perubatan anak dan barang makanan. Anak saya keempat usia 3 bulan lahir tanpa lubang buang air besar. Kini dia menggunakan beg stoma untuk buang air besar. Harga beg stoma RM297 (1box) dimana 3 box diperlukan untuk sebulan. Beg stoma tu saya beli dekat standard farmasi. Beg stoma tu kalau ready stock cuma ada dekat standard farmasi kalau double farmasi kena pre-order dua minggu. Beg stoma tu saya perlu tukar hari2. Selain daripada tu lain tempat tak dapat sebab dia ada dia punya kod. Betul saya tak bekerja dan saya hanya harapkan bantuan am JKM RM250 dan bingkas RM300. Betul2 perlu berjuang sangat. Sekarang saya hanya menumpang rumah kawan. Saya sepatutnya ada kena bayar tapi dia faham keadaan saya bila ada duit saya bayar. Cuma makan perlu uruskan sendiri. Anak sulung sekarang darjah 5. Van sekolah RM80 sebulan dan itu pun ada tunggakan. Setiap 2 minggu sekali baby ada appointment di hospital klang. 2nd operation ada  plan untuk buka lubang cuma belum dapat tarikh lagi.

Update 13 / 07 / 23

Saya kehabisan beg stoma untuk bayi dan sekarang tinggal 1piece sahaja. Kalau saya nak beli sendiri pun saya kurang dari segi kewangan. Masa dapat dana haritu saya ada guna untuk beli satu kotak sebab duit cukup untuk beli satu kotak sahaja dan sebulan saya perlu dalam 3 kotak. Untuk susu, makan minum anak saya guna bantuan Bingkas untuk beli. Anak saya jadi buat operation buat lubang dubur pada bulan 9 nanti.

Read More



Recent Contribution
Aida  RM10.00
Top Contribution
IN  RM1,000.00
First Contribution
Siti  RM10.00

72.7

Baki Lot Diperlukan

429.3

Lot Telah Terbeli

131

Penyumbang

3,696

Pengunjung
Recent Contribution
Aida  RM10.00
Top Contribution
IN  RM1,000.00
First Contribution
Siti  RM10.00