Membaik Pulih Lantai Pecah Risiko Buat Anak-Anak


Membaik Pulih Lantai Pecah Risiko Buat Anak-Anak


MarhaenMY - Nurhidayu Bt Hassan
Machang, Kelantan
Published: Jul 07, 2022
20.88%
RM 1,700.00 RM 8,000.00


633.0
Baki Lot Diperlukan
170.0
Lot Telah Terbeli
75
Penyumbang
3,157
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
800 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum.

Saya memerlukan bantuan sebab lantai rumah saya runtuh. Sekarang ni saya menumpang rumah ayah saya kat Pasir Puteh. Ni motor saya jem enjin sebab kering minyak hitam dan sekarang ni motor ada dekat kedai motor saya tak ada duit nak baiki motor dan lantai yang runtuh. Rumah saya yang runtuh ni ada hamba Allah mai paku dah tutup lubang je tapi tak kukuh tuan. Rumah saya ke rumah ayah jauh dan terpaksa tumpang adik ipar. Motor saya nak kena baiki kena bayar RM350. Dana sebelum ni saya guna buat makan harian dan anak sekolah. Suami saya dah dibebas kan dari penjara, sekarang bawah tahanan imigresen sebelum hantar balik. Kalau anak2 sekolah selalu ke sekolah tak bawa duit. Duit JKM yang saya dapat tu saya guna untuk bayar bil api dan bil air ada lebih buat makan. Rumah yang saya duduk ni rumah mertua dan saya dah duduk rumah tu sejak kahwin 20/4/2006. Saya masih lagi berniaga karipap tapi saya tiada modal untuk buat lebih sedikit. Saya jual karipap RM17.00 untuk 100 biji dan popia RM40 untuk 1kg. Barang keperluan asas kami beranak dalam RM500.

Saya merupakan ibu kepada 4 orang anak dan membesarkan anak-anak saya tanpa suami disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Anak-anak saya berumur 14 tahun, 12 tahun, 11 tahun dan 8 tahun. Sebelum ini saya merupakan seorang suri rumah dan sejak suami saya ditahan saya berniaga secara kecil-kecilan jual karipap mini dan popia mini tetapi sejak musim ribut dan hujan kebelakangan ini, perniagaan saya merosot dan dah tak laku. Jadi barang jualan saya habis rosak, sekarang saya hilang punca pendapatan dan hanya bergantung dengan JKM iaitu RM600/bulan. Saya amat memerlukan bantuan makanan dan kewangan untuk saya buat hidupkan kembali modal jualan saya. Kami sekeluarga hanya bergantung dengan duit bantuan JKM semata mata sehingga sampai ikat perut kadang kadang. Anak saya semuanya masih kecil dan bersekolah.

 

Update 8 / 08 / 2022

Selamat petang, keadaan kami masih lagi macam ni lagi sebab duit yang dah masuk sikit2 tu saya buat bayar motor dekat baiki. Saya amat perlukan bantuan beli barang dapur dan barang sekolah anak dan nak baiki rumah. Rumah semakin hari semakin repuk. Banyak tempat yang berlubang. Saya berniaga pun tak laku dan modal pun banyak habis. Sekarang saya masih berulang-alik dari rumah ayah saya dan rumah saya tuan. Kalau rasa berani nak duduk rumah, saya dan anak2 tidur kat rumah. Kalau rasa tak sedap hati takut saya minta tolong jiran hantar kat rumah ayah. Yang anak saya seorang lagi pergi tolong jiran kutip besi buruk, dan petang kadang-kadang belum balik lagi. Kesian anak sulung saya baru umur 14tahun tapi pandai tolong saya.

 

Update 4 / 11 / 2022 - 7 / 11 / 2022

Saya sekarang ni teramat perlukan bantuan, saya dan anak2 ibarat dah jatuh ditimpa tangga. Sekarang ni mak saya sakit tenat. Mak saya jatuh dalam tandas dan sekarang ni tak boleh bangun dan bergerak. Mak saya memang ada sakit kencing manis dan dia jatuh tu cuma terseliuh. Mak saya ada makan ubat juga. Anak saya pulak sakit, tulang jari patah. Anak saya naik motor dengan ibu saudara lepas tu kaki masuk dalam rim motor. Anak tak ada kena admit tapi x-ray sahaja di hospital. Saya memang masih memerlukan bantuan baiki rumah dan makanan untuk keluarga. Keperluan asas kami memang tak mencukupi tuan sebab hanya harapkan saya sahaja yang kerja. Harap kan foodbank saya je pastu dengan gaji saya RM15 sehari tuan. Saya dah tak berniaga disebabkan kurang laku dan modal tak ada. Sekarang saya kerja part time ambik upah basuh pinggan kedai makan dekat rumah. Saya kerja 3 hari seminggu.

Read More



Updates




Recent Contribution
CHE  RM30.00
Top Contribution
Maz  RM130.00
First Contribution
Ainna  RM20.00

633.0

Baki Lot Diperlukan

170.0

Lot Telah Terbeli

75

Penyumbang

3,157

Pengunjung
Recent Contribution
CHE  RM30.00
Top Contribution
Maz  RM130.00
First Contribution
Ainna  RM20.00