Menjaga Ibu Yang Lumpuh Separuh Badan


Menjaga Ibu Yang Lumpuh Separuh Badan


MarhaenMY - Muhammad Farith Daniel Bin Abdullah
Triang, Pahang
Published: Aug 01, 2022
30%
RM 1,210.00 RM 4,000.00


280.0
Baki Lot Diperlukan
121.0
Lot Telah Terbeli
65
Penyumbang
1,095
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Seorang wanita hanya bergantung pada susu khas sebagai sumber makanan bagi meneruskan kehidupan selepas lumpuh separuh badan bulan lalu. Malah Siti Habsah Aziz, 39, tidak mampu berbuat sebarang kerja dan hanya terlantar di ruang tamu rumahnya di Taman Ke­rayong Emas di sini. Kehidupannya berubah selepas dia terjatuh di hadapan rumah ketika mahu mengambil anaknya Mohd. Da­nish Rayyan Abdullah, 11, pulang dari sekolah. “Saya tidak sanggup berba­ring macam ini sahaja. Saya hendak sihat, hendak kerja macam biasa,” kata Siti Habsah yang sebelum ini bekerja di kedai makan dan melakukan pelbagai kerja kampung.

 

Wanita itu kini bergantung bantuan anak sulungnya, Muhammad Farith Daniel Abdullah, 22, pekerja Alam Flora yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaganya setiap masa. Menurut Muhammad Farith, selepas kejadian ibunya terjatuh, wanita itu hanya terlantar di rumah dan memerlukan rawatan susulan di hospital. “Sekarang ini ibu memang terbaring sejak jatuh, walaupun ada menerima rawatan, tetapi kea­daan ibu belum betul-betul sihat. “Pak cik ada datang tolong urut tangan dan kaki ibu sebab dia macam kena strok, badan sebelah kiri tidak boleh gerak dan lepas urut jari-jari sudah boleh gerak sikit-sikit,” katanya.

 

Muhammad Farith membe­ritahu, selain bergantung sepenuhnya dengan minuman susu sebagai sumber makanan, ibunya juga memerlukan lampin pakai buang memandangkan tidak mampu bergerak sendiri. Ujarnya, ibunya perlu minum susu sebanyak enam kali sehari dengan satu tin susu seberat 400 gram yang berharga hampir RM80 mampu bertahan selama tiga hari sahaja. “Ibu pun bukan boleh cakap sangat sebab doktor pasang tiub dalam mulut bagi memudahkan minum susu, ibu ada ken­cing manis dan darah tinggi, Jadi memang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada kami adik-beradik. “Sebab itu, saya terpaksa cuti, dan mungkin selepas ini kena sambung cuti lagi bergantung kepada keadaan ibu. Kalau tidak kerja nanti, macam mana hendak tanggung semuanya, rumah perlu bayar sewa, adik pun sekolah lagi,” jelasnya. Kredit : Kosmo

 

Update 15 / 08 / 2022

JKM kami ada cuba mohon tapi tiada sebarang apa-apa lawatan lagi.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ryan  RM10.00
Top Contribution
Yusnidah  RM100.00
First Contribution
Nadia  RM10.00

280.0

Baki Lot Diperlukan

121.0

Lot Telah Terbeli

65

Penyumbang

1,095

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ryan  RM10.00
Top Contribution
Yusnidah  RM100.00
First Contribution
Nadia  RM10.00