Assalamualaikum, di sini saya ingin memohon sumbangan ikhlas sedikit sebanyak buat kos perubatan mama saya bekas penghidap kanser rahim dan kini telah 3 kali menjalani pembedahan pada 2019 di bahagian paha dan pinggang. Namun pada review kali ini, tulang kaki mama saya juga sudah semakin mereput dan dijangkiti kuman dan memerlukan pembedahan bagi mengantikan tulang tersebut menggunakan besi dan kos untuk melakukan pembedahan ini memerlukan kos dalam anggaran RM10,000. Mama saya juga seorang pesakit asthma dan tinggi darah. Setiap bulan perlu membuat rawatan susulan dan fisioterapi kerana mama saya tidak boleh berjalan. Tapi sekarang mama saya belum setuju kerana masalah kos dan sekarang tengah usaha untuk mmbuat rawatan limpatik sebelum jalani operasi pembedahan. Rawatan limpatik ni untuk buat wrap pada seluruh kaki untuk mengurangkan kebengkakan kaki sebab penuh air dan nanah cuma kalau tulang doktor memang dah info perlu lakukan pembedahan sebab sudah rosak. Mama saya buat rawatan ni di Hospital likas. Jumpa doktor pakar biasa di Hospital Queen 1 dan fisioterapi di Hospital Queen 2. Tapi pembedahan sebelum ni buat di Hospital Likas.
Mama saya juga memerlukan kos pembelian barang ubat2, susu dan kos pengangkutan sebab jarak hospital dari rumah 11km dan disebabkan kami tiada kenderaan dan hanya menaiki grab/maxim jadi itu juga membuat kan kami kekurangan kewangan. RM15 pergi dan balik pun RM15. Mama saya dalam sebulan 5 kali kena pergi rawatan. Dalam sebulan RM500 lebih keperluan mama saya temasuk ubat gamogen, susu ensure, pam asthma dan tambang2 ke hospital. Mama saya minum susu sebulan dalam 5/6 tin. Saya selaku anak hanya dapat memberi bantuan yang saya termampu sahaja kerana saya dan suami cuma peniaga kecilan depan rumah (berniaga ikan basah) dan saya juga mempunyai anak 4 orang. Pendapatan bulanan pun tidak menentu kadang boleh sampai RM1000 tapi sekarang paling minimum RM600 / RM700 dan itu membuat saya sukar untuk menyara segala kos perubatan ibu saya dan perlu menyediakan susu formula calcium untuk ibu. Bila sekarang musim hujan lagi angin kuat di laut. Bila kuat angin dan ombak, harga ikan naik. Ayah saya pula telah meninggal pada tahun lalu akibat sakit buah pinggang stage 5. Saya cuma dua beradik sahaja dengan abang. Dia pun sudah berkeluarga dan ada anak 2 orang sakit kanser, jadi nak bantu tak dapat bantu banyak. Buat pengetahuan juga, saya telah membuat permohonan bantuan JKM (warga emas) untuk ibu saya namun belum ada keputusan lagi. Terima kasih