Anak Kembar Pramatang Memerlukan Vaksin Palivizumab


Anak Kembar Pramatang Memerlukan Vaksin Palivizumab


Pertubuhan Mesra Marhaen
Seri Kembangan, Selangor
Published: Jul 17, 2023
8.51%
RM 5,136.00 RM 60,000.00


5,489.4
Baki Lot Diperlukan
513.6
Lot Telah Terbeli
181
Penyumbang
3,379
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
6000 Lot Ditawarkan

Saya Ermaeafah Aisah bersama suami saya Mohd Syahmi ingin memohon bantuan semua untuk anak perempuan kembar saya yang bernama Nur Alya Aleesya (kakak) & Nur Ayla Alyssa (adik) yang dilahirkan pramatang pada usia kandungan 25 minggu sebab air ketuban tiba2 pecah di Kelantan. 

Sebelum ni saya kerja kat KL, bekerja sendiri je dengan suami buat dekorasi untuk sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan apa2 saja majlis. Dekorasi majlis kecil kecil seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan. Dan anggaran pendapatan kami masa ni dalam RM3000-RM4000 sebulan. Pada Januari 2023, saya pulang ke kampung urusan nak hantar barang bayi untuk standby nak lahirkan anak pada April nanti. Tiba2, waktu saya dah plan nak kembali ke KL, air ketuban saya pecah. Saya sakit dan terus ke hospital. Doktor bagitahu bukaan sudah 4cm & baby dah ready nak keluar. Maka saya pun bersalin melahirkan anak pramatang twin perempuan.

Kakak & Adik ada penyakit paru paru yang kronik, pendarahan dalam kepala, kurang vitamin dalam badan, paru parunya lemah semasa dilahirkan. Mereka masih bernafas bergantung pada oksigen. Sekarang dah hampir 6 bulan dekat nicu. Sejak Kakak & Adik lahir, saya terpaksa pindah balik kampung, buat kerja kat kampung & terpaksa bina kehidupan baru. Memang perit kerana job kurang memberangsangkan jadi sekarang pendapatan memang kurang, ada buat duit tambahan buat jual laksa, jual aiskrim malaysia depan rumah & cukup2 makan2 je untuk anak sulung umur 2 tahun 10 bulan, dan Kakak & Adik umur 6 bulan. Anggaran pendapatan daripada jualan tersebut dalam RM800 sebulan.

Kakak & Adik perlukan vaksin Palivizumab, saya tak mampu nak beli sebab harga mahal dalam RM38000 atau lebih untuk kedua2 anak saya. Berkenaan dengan vaksin doktor ada bagitau tak ada subsidi untuk vaksin palivizumab. Anak saya dapat rawatan kat hospital kerajaan dan ada certain hospital yang bagi percuma. Saya tanya doktor kenapa tak ambik vaksin tapi doktor bagitahu tak semudah tu, ada kouta untuk vaksin tu dan bukan senang2 nak pindahkan anak ke hospital lain untuk dapatkan vaksin jadi saya kena beli dan vaksin tu sangat mahal. Saya pun risau kos rawatan kat hospital sebab doktor cakap mungkin cecah 10k sebab dia pramatang dan sekarang pun masih kat nicu. Dah masuk bulan ke 6 Kakak & Adik kat hospital dan tak boleh dibawa ke rumah lagi. Saya & suami berulang alik ke hospital untuk tengok Kakak & Adik.

Tapi Adik sepatutnya 20 jun dah boleh balik, saya dah stay dalam wad dengan dia dalam 3 minggu dalam proses pemerhatian untuk bawa balik rumah. Tiba-tiba 20 jun tu Adik bernafas laju sampai ada lekuk kat dada. Terus masuk ke nicu kembali dan doktor letak dia dalam incubator. Adik disahkan kena jangkitan kuman. Maka tak dapatlah balik.

Waktu kat KL mnyewa, bila dah pindah balik kampung sekarang tinggal dengan mak, kira menumpang rumah mak. Saya tak ada beli rumah sebab masih tak mampu. Mak saya ada jualan kueh sendiri, tapi bila dah duduk sekali ni, kami semua share lah untuk kos sara hidup. Suami saya tak cukup mak saya tambah sikit. Macam tu la sebab pendapatan saya dengan suami sejak balik duduk kampung ni memang tak banyak dah. Sekarang sedang berusaha untuk dapatkan bantuan dan kumpul rezeki untuk nak bayar bil-bil hospital dan ubat untuk Kakak & Adik. Untuk bil api air buat masa sekarang boleh bayar lagi sebab masih boleh buat jual aiskrim malaysia dan laksa. Untuk keperluan asas setakat ni cukup cuma atas nasihat doktor pakar, di rumah perlu ada aircond, penapis udara untuk kuarantin anak kembar saya selama 2-3 tahun dan elakkan berjumpa dengan orang lain. Harus memastikan rumah bersih dan tidak berhabuk sebab paru2 anak saya masih tidak sembuh sekiranya balik ke rumah nanti. Macam mak saya jual kuih dia akan goreng kuih pukul 3-4 pagi dan berasap satu rumah. Dan duduk rumah kampung so habuk2 di jalan akan berterbangan masuk kedalam rumah. Saya ada apply Zakat negeri kelantan dan cuma diluluskan sebanyak RM5000 sahaja sebelum dapat tahu pasal marhaen.my

Read More



Updates




Update 25 / 07 / 23

Wsalam, dorang dah bebas influenza type 3. Adik Ayla dah off oksigen and kakak Alya masih belum terlepas oksigen. Saya ada buat rayuan bantuan dari Zakat negeri Kelantan sebab haritu dapat RM5000 je kan. Sekarang masih menunggu update dari pihak zakat. Kembar masih belum balik lagi tak off oksigen setakat ni. Sebaiknya perlu suntik satu atau dua dos dulu vakin Palivizumab sebelum bawa balik rumah. Saya tunggu je dulu semua bila cukup duit memang terus nak beli vaksin. Campur2 semua sumbangan dari zakat, marhaen & kawan2 bagi.

Update 8 / 08 / 23

Diorang dah off oksigen dan masih dalam pantauan. Baby pramatang kadang risau takut lupa untuk bernafas selain daripada senang di jangkiti virus atau senang sakit. Bantuan daripada Maik ni dapat RM5000 tapi duit belum dapat lagi. Saya tunggu dapat duit ni, nanti boleh tambah untuk beli satu dos vaksin dulu.

Update 21 / 08 / 23

Alhamdulillah Twin dah balik rumah doktor dah bagi keluar dari hospital. Tapi tu lah di rumah serba tak cukup sebab kami pun tidak bersedia barang-barang kelengkapan seperti kain lampin. Twins balik dekat rumah dengan keadaan yang kena makan ubat, ada yang kena makan 1 kali sehari, 2 kali sehari, 3 kali sehari dan 4 kali sehari, banyak ubat yang twin kena makan. Sebab masih ada masalah kesihatan seperti GERD, Gerd tu macam kerap jeluak so kena control dengan kena minum susu yang mahal sikit, Frisolac AR susu khas untuk dorang minum atas nasihat doktor. Saya beli dekat shopee berharga RM53.90 untuk 400g dan bertahan dalam masa 3 hari sahaja untuk Twin anggaran untuk susu sahaja RM800 sebulan. Saya dah pernah try susu biasa dan Twin akan jeluak, Susu ni sahaja atas nasihat doktor yang okay untuk Twin dan jarang jeluak.

Selepas ni pun masih ada banyak appointment dengan pihak hospital. So kena banyak kali juga kena ulang alik ke hospital untuk appointment physio, mata Retinopathy of Prematurity (ROP) kena check balik, kena check berterusan sebab boleh jadi twin jadi buta.

Updated untuk vaksin, saya masih menunggu pihak zakat untuk transfer duit ke akaun saya. Sekarang dapat duit zakat dah boleh beli vaksin 1 dos untuk Alya dan Ayla sebab saya dah tanya doktor untuk berat badan Twin sekarang boleh satu botol seorang. Kalau makin lambat lebih banyak dos dalam mililiter kena bagi sebab doktor kata ikut berat badan. Sekarang twin 4kg lebih.

Untuk bill discharge masa tu dalam RM14,000.00 untuk twin, saya dah bayar RM3000 dekat hospital dan masih ada hutang. Tapi semalam saya pergi tempat taksiran tempat bayar tu dan mohon untuk pengurangan bil dan Alhamdulillah semua dipermudahkan cuma kita tak tahu lagi berapa dapat pengurangan.

Dari segi penjagaan dekat rumah ni kena rapi, mereka tak boleh kena habuk, kena asap rokok, asap memasak, asap pembakaran. Memang kena jaga kebersihan dan sekarang kuarantin dekat dalam bilik. Nak bawa twin ke ruang tamu pun tak boleh sebab tak ada penapis udara. Saya dapat penapis udara dengan aircond sebab ada orang yang baik hati sponsor untuk twin, Alhamdulillah.

Ikut saranan doktor pakar, Twin kena kuarantin sekurang-kurangnya 2-3 tahun lepas tu tengok balik keadaan Twin. Sekarang doktor tak bagi orang datang ziarah atau keluar rumah sebab memang tak boleh, takut terdedah dengan virus dan kuman. 

Sekarang saya memerlukan stroller untuk Twin depan belakang sebab sekarang ni saya menggunakan wagon untuk bawa Twin ulang alik sebab tempat appointment dalam hospital tu boleh dikatakan jauh-jauh juga.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Alia  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM220.00
First Contribution
Hamba Allah  RM20.00

5,489.4

Baki Lot Diperlukan

513.6

Lot Telah Terbeli

181

Penyumbang

3,379

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Alia  RM10.00
Top Contribution
Hamba  RM220.00
First Contribution
Hamba Allah  RM20.00