Suami Stroke Sebelah Badan, Punca Hilang Pendapatan


Suami Stroke Sebelah Badan, Punca Hilang Pendapatan


MarhaenMY - ABDUL HADI BIN OTHMAN
Jerteh, Terengganu
Published: Jul 26, 2023
40.11%
RM 1,404.00 RM 3,500.00


209.6
Baki Lot Diperlukan
140.4
Lot Telah Terbeli
57
Penyumbang
941
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Salam, suami saya Hadi Othman sekarang tengah mngalami strok sebelah badan. Hari ni dah masuk 3 minggu dan dia masuk wad 3 hari 2 malam di Hospital Jerteh Besut, Terengganu. Suami saya sebelum ni bekerja tukang buat rumah dengan gaji anggaran RM800 sebulan dan suami tiada simpanan. Pendapatan dia tak tentu, kalau ada orang panggil dia kerja dia pergi dan kalau tak ada kerja tak ada gaji. Dah lama suami saya bekerja sebelum dia kahwin lagi. Sekarang dia dah tak bekerja lepas dia kena strok sebab badan dan lengan sebelah kiri lembik. Kami ada 8 orang anak, 3 sudah berkahwin dan 5 (37, 31, 23, 24, 17) belum berkahwin lagi dan masih tinggal bersama. Anak seorang sahaja masih sekolah. Saya pulak tidak bekerja dan suri rumah sepenuh masa selama ni.

Anak-anak saya semua kerja sambilan, kerja pasar raya dan ada yang kalau ada kerja kena panggil. Gaji dorang kira minggu, boleh dapat RM200/RM300. Yang kerja full time 2 orang, umur 32 tahun kerja pasar raya dan umur 23 tahun kerja grab food. Yang kerja pasar raya gaji RM1010 dan yang kerja grab tak tentu kadang2 dalam RM20 - RM40 sehari. Anak-anak ada hulur duit tapi tak banyak, sekadar cukup bayar bil api air dan juga beli barang dapur. Untuk keperluan makan minum kami in sya allah setakat ni cukup lagi. Sekarang ni suami tengah sakit dan kami hilang punca pendapatan utama. Suami sebelum ni dia ada makan ubat asma tiap2 bulan wajib kena ada. Doktor ada bagi dia ubat darah tinggi, ubat jantung dan ubat kolestrol. Macam mana dia boleh terkena stoke tu sebab tekanan darah dia terlalu tinggi. Kami duduk rumah sendiri jadi tak ada bayaran sewa. Kami ada dapat bantuan JKM RM200 sebulan. Kami perlukan bantuan dari segi perubatan macam kalau strok saya bawa dia pergi berurut dengan bayaran sekali pergi RM50. Dia ada rawatan susulan sebulan sekali cuma sekarang ada hantar dia pergi berurut.

Read More



Updates



Update 22 / 08 / 23

Selamat petang puan, alhamdulilah suami saya dah boleh belajar berjalan slow2 hasil berurut sebanyak 5 kali,cuma tangan yang sebelah kiri sahaja tak boleh bergerak.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
MOHAMAD  RM10.00
Top Contribution
Alya  RM200.00
First Contribution
Syafiq  RM10.00

209.6

Baki Lot Diperlukan

140.4

Lot Telah Terbeli

57

Penyumbang

941

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
MOHAMAD  RM10.00
Top Contribution
Alya  RM200.00
First Contribution
Syafiq  RM10.00