Adik Afiq Penghidap Kanser T Cell Lymphoblastic Lymphoma Sejak Berumur 1 Tahun


Adik Afiq Penghidap Kanser T Cell Lymphoblastic Lymphoma Sejak Berumur 1 Tahun


Pertubuhan Mesra Marhaen
Seri Kembangan, Selangor
Published: Aug 11, 2023
33.44%
RM 3,344.00 RM 10,000.00


665.6
Baki Lot Diperlukan
334.4
Lot Telah Terbeli
133
Penyumbang
1,801
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya Nur Hazirah ibu kepada Muhammad Al Afiq Hidayat bin Abdullah. Anak saya adalah penghidap kanser T Cell lymphoblastic lymphoma dari umur 1 tahun 8 bulan iaitu di diagnosis pada Mei 2019, setelah lima bulan anak saya dapatkan rawatan kemoterapi tiba2 pada bulan oktober 2019 masa tengah post kemoterapi mata anak saya masuk habuk tempurung kelapa dan ini menyebabkan kecederaan yang teruk apabila habuk tu telah menghiris setiap lapisan kulit matanya, setelah lalui 3 pembedahan mata anak saya tetap tidak dapat diselamatkan disebabkan kuman dan nanah telah menyerang saraf mata, dan anak saya sudah disahkan buta pada sebelah mata kiri.. 

Selepas itu anak saya masih meneruskan rawatan kemoterapi tapi malang pada bulan jun 2020 anak saya disahkan relapse kali pertama bila sel kanser dia datang menyerang balik dekat bahagian tulang dan ubat kemoterapi ditukar ke yang lebih kuat (highdose) untuk matikan sel kanser nya. Alhamdulilah sel kanser dia menurun selepas rawatan nie tapi tu la kusangka panas sampai ke petang tapi hujan juga di tengahari bila mana pada bulan disember tahun 2021 tiba2 di sekitar saraf Afiq naik lymph nodes yang agak banyak dan besar contoh di leher, bawah ketiak dan celah kelengkang dan Afiq suspek relapse kali kedua.

Sample lymph nodes di ambil untuk buat biopsi dan keluar result mengatakan antara 50 peratus jangkitan kuman dan 50 peratus sel kanser jadi doctor bagi masa selama 6 bulan lepas tu untuk buat BMA (ambil sample air tulang belakang) untuk check balik sel kanser dia. Jadi pada bulan 7 tahun 2022 anak saya buat BMA dan resultnya betul2 buat hati keluarga kami berkecai bila Afiq disahkan relapse kali ke dua, di masa yang sama kami diberitahu yang Afiq menghidap asthma disebabkan batuk yang berpanjangan, jadi Afiq kena sentiasa pakai pam untuk mengelakkan asthma dia makin menjadi teruk. Berat dugaan ini untuk kami sekeluarga terima.

Ubat kemoterapi Afiq diubah kepada yang lebih highdose, sekarang nie Afiq masih menerima rawatan kemoterapi secara yang berkala, dan yang paling ditakuti apabila doctor suspek Afiq relapse untuk kali ke 3 disebabkan result ambil air tulang belakang bulan Mac baru2 ini masih ada sel kanser jadi bulan 8 nie nak repeat balik BMA, kalau masih ada sel kanser memang Afiq kena tukar ubat kemoterapi yang lebih lagi highdose.

Setelah 4 tahun lebih buat rawatan kemoterapi nie banyak ujian yang kami lalui melalui emosi, fizikal dan wang yang perlu digunakan untuk bayar bil, ubat, susu serta kos ulang alik perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dalam 40km ulang alik. Suami banyak kena cuti kerja disebabkan kitaran kemoterapi yang banyak kena berulang alik ke hospital, ada tu dalam seminggu kena berulang alik selama 5 hari berturut2 selama dua bulan. Ada juga perlu masuk wad seminggu atas kitaran kemoterapi. Saya memohon bagi yang prihatin untuk menbantu Afiq dan kami sekeluarga untuk membolehkan kami meneruskan rawatan kemoterapi ini. Afiq ada dapat bantuan dari persatuan OKU kelantan selama 6 bulan sebanyak RM100.00 ringgit sebulan untuk bantuan sekarang ni la. Bantuan susu, bantuan tambang untuk berulang alik hospital dan bantuan untuk tolong meringankan bil la kalau ada ubat kena bayar, bil yang masuk hospital dah tak kena bayar sebab guna kad oku. Kalau ubat kimoterapi ada yang dia kena bayar juga sebab ada yang diorder dari luar. Contoh ubat-ubatan yang perlu dibayar tu saya terus bayar di wad ke doctor jadi memang tiada bil dan doctor kata tiada bil sebab inisiatif doctor cari ubat sendiri di luar tanpa menlalui hospital sebab melalui hospital banyak prosuder. Yang kena bayar tu RM500 1 dos dan ubat tu ada 10 dos, kena guna untuk kimoterapi selama 6 bulan dan Afiq dah guna 3 dos. Dari segi keperluan harian/asas buat masa ni cukup-cukup untuk family kami. Cuma kos untuk perubatan sahaja diperlukan. Tapi kami ada bil eletrik yang banyak tertunggak. Mak dengan ayah saya kerja kampung je dan kami pula menumpang di rumah mereka, kalau bukan sebab anak saya dan perlukan duit banyak saya memang tak menumpang di rumah mereka. Saya ada juga usaha untuk membayar bil tapi gitu la duit banyak nak guna untuk Afiq. Dari suami dan saya hanya dapat RM10 ringgit sehari sebab tolong mak buat buat kuih yang letak kat kedai2. Tapi sekarang ayah saya tak kerja dah sebab ada sakit jantung dan asma kronik jadi hanya mak saya buat kuih untuk letak kat kedai2 jer dalam 80 atau 100 bungkus sehari jah, kuih RM1.00 je.

Kami tak ada dapat bantuan lain dari Zakat atau JKM. Tapi Zakat bulan 10 ni pulak isi borang dan dapat RM1000 one off setiap tahun. JKM Afiq dapat kad OKU jadi tak kena bayar bil hospital. Saya dulu ada dapat bantuan dari Makna tu pun pada tahun 2020, selama 6 bulan, lepas tu bila nak perbaharui sampai sekarang tak aprrove lagi yang nak diperbaharui. Saya ada call Makna sendiri tapi di pihak Makna kata tak pernah terima borang untuk dipebaharui jadi masalah di pihak kebajikan husm la dan tak tahu la macam mana kes nie jadi senyap gitu sahaja. Saya hanya suri rumah dan suami bekerja buruh kasar dengan pendapatan RM900 sebulan. Ayah Afiq ni cuma kerja kampung sahaja, tak ada KWSP dan Socso. Bos panggil kerja dia kerja, kalau tak ada projek dia rehat dulu. Dia banyak cuti dari kerja sebab saya tak pandai drive nak hantar anak pergi hospital. Afiq ada seorang abang berumur 8 tahun.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
Abdul  RM220.00
First Contribution
RABIA'TUL  RM10.00

665.6

Baki Lot Diperlukan

334.4

Lot Telah Terbeli

133

Penyumbang

1,801

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Ariff  RM10.00
Top Contribution
Abdul  RM220.00
First Contribution
RABIA'TUL  RM10.00