Disebabkan Covid-19, sistem pendidikan negara terpaksa beralih kepada pembelajaran secara atas talian (PdPR). Namun, ramai pelajar di luar sana tidak memiliki alat peranti seperti laptop dan tablet untuk menyertai sesi pembelajaran secara atas talian. Kami terima banyak permohonan daripada pelajar yang terkesan dan masih ramai memerlukan bantuan alat peranti. Kempen ini bagi memudahkan pelajaran mereka di luar sana dan oleh sebab itu, kempen ini melancarkan satu inisiatif crowdfunding bagi membeli alat peranti bagi pelajar-pelajar yang terkesan dengan PdPR.
Kempen ini bertujuan untuk mengumpul RM50000. InsyaAllah usaha ini mampu membantu sekurang-kurangnya 50 pelajar. Kempen ini mensasarkan pelajar dari keluarga golongan B40 & M40 yang terjejas. Ia terbuka buat pelajar Malaysia di seluruh tanahair. Semoga bantuan kecil ini dapat membantu mereka untuk terus menimba ilmu.