Bekas Suami Tinggalkan Sewa Rumah & Bil Tunggakan Beribu Tak Berbayar


Bekas Suami Tinggalkan Sewa Rumah & Bil Tunggakan Beribu Tak Berbayar


MarhaenMY - Nur Atiqah Abu Bakar
IPOH, Perak
Published: May 03, 2023
69.1%
RM 2,764.00 RM 4,000.00


123.6
Baki Lot Diperlukan
276.4
Lot Telah Terbeli
87
Penyumbang
7,869
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya baru sahaja bercerai pada 8 Mac 2023 dan kedua dua anak di bawah tanggungan dan jagaan saya. Anak sulung (19 tahun) menuntut di Sem 3 UIAM Gambang (bidang asasi sains kemanusiaan) dan sorang lagi belajar di Tahun 3. Dalam tempoh bercerai, tiada apa² nafkah iddah yang diterima memandangkan kehendak bercerai adalah atas tuntutan saya kerana tak tahan sikap bekas suami yang tidak bertanggungjawab pada keluarga. Sebelum bercerai, bekas suami hanya mengambil tugas membayar sewa rumah sebanyak RM500 dan semua urusan bil di bawah tanggungjawab saya. Setiap kali awal bulan, secara konsisten saya menyerahkan RM150 kepada bekas suami untuk membuat bayaran mengikut ketetapan. Atas dasar percaya, saya tidak pernah melihat atau meminta untuk memeriksa bil bulanan tersebut. Apabila bekas suami keluar dari rumah, semua bil saya sendiri yang terima dan tidak dijangka nilainya melebihi dari RM1.7K. Keadaan jadi lagi merisaukan dengan kehadiran surat² amaran dan surat mahkamah. Di luar kemampuan saya untuk selesaikan mengikut nilai yang telah dibincangkan. Datang lagi dugaan, selepas saya buat bayaran sewa rumah bulan Mac 2023, pihak tuan rumah memaklumkan bahawa tidak menerima bayaran sewa sepanjang 3 bulan sebelum ini. Saya cuba meminta ihsan dari pihak tuan rumah memberi tempoh masa untuk buat bayaran kerana kami anak beranak tiada tmpat lain selain rumah ini untuk menginap. Masalah yang tidak mampu untuk saya selesaikan sendiri, nak tempuh raya, anak nak kena masuk belajar 1 hb Mei. Demi Allah, saya tak mampu. Saya turut membuat permohonan ke Baitulmal tapi masih tiada tindakan dari pihak mereka.

Dengan pendapatan hanya RM750 sebulan, bukan kudrat saya nak selesaikan semuanya dengan mudah. Saya hanya kerja sebagai pengasuh kanak2 sebab ini sahaja pekerjaan yang mampu saya buat. Dengan mengasuh 4 orang budak la saya dapat gaji. Dari dulu memang mengasuh je sumber pendapatan, biasanya anak² bertukar silih ganti. Inshaa Allah bulan 10 ada baby baru yang akan masuk. Anak yang di UIAM dapat juga bantuan kewangan asasi. Dalam anggaran RM250 tapi perlu kawal jugak belanja sebab tu untuk biaya 1 semester. Belajar dalam bidang asasi tempoh masa pendek, agak kurang sikit la perbelanjaan dari lulusan selain tu. Keperluan asas alhamdulillah la cuma kadang², ada keperluan macam buku yang tak mampu gak nak beli. Kadang2 ada individu yang infaq tiap bulan, dan kawasan taman sini, murah dengan sumbangan keperluan, ada rezeki saya, ada la. Sekurang kurangnya, membantu la jugak save kan kos belanja harian. Anak yang tahun 3, nafkah yang ayahnya bagi hanya RM150, transport sekolah RM80, yuran Fardhu Ain RM30. Belanja sekolah sesi pagi RM3/sesi petang RM3 (masih dalam proses permohonan untuk RMT dari pihak skolah). Ikutkan kira² transport + ngaji + belanja dah lebih dari nafkah bulanan yang ayahnya bagi. Tapi, takpe. Cuba pejam mate, alhamdulillah sekarang ni, tiap hujung minggu ikut oramg taman sini catering, ada la juga membantu, tapi tak banyak. Boleh dapat RM50 untuk satu hari kerja. Anak sekolah naik dengan kawan sendiri dan bayaran pun kadang2 saya bayar lambat kalau ada duit lebih saya bayar. Selalu saya bayar RM80 / RM70

Bil yang tertunggak tu pun sekarang ni saya bayar sikit2 asalkan bergerak dari nilai tu. JKM pun ada apply, tapi masih tak ada tindakan pape, dari pihak pegawai  JKM, katanya dia just boleh bantu untuk anak yang darjah 3 sahaja RM150. Itu pun dah cukup syukur sebenarnya, kalau dapat, memang semua tu dah ckuup untuk anak yang 9 tahun tu. Ikutkan masa bicara dalam mahkamah, pihak mahkamah hanya highlightkan nama anak yang 9 tahun saja sebab tu anak sulung tak dapat nafkah daripada ayahnya sebab dia kata dia tanggung anak sulung yang belajar sedangkan dia bagi RM100 pun on off. Dia bagi bila dia rasa nak bagi. Saya memang tak dapat nak ambik tindakan bagi pihak anak sulung saya dan bila anak sulung yang minta kat ayahnya kena marah sampai anak trauma nak minta dah. JKM dan Baitulmal, bila dapat saja sijil cerai, saya direct mohon sebab memang tak mampu nak uruskan sendiri bab kewangan untuk masa ni. Memang dengan gaji RM750 ni saya bayar sewa rumah RM500 memang tak ada saving langsung tiap bulan, cuma rezeki tu datang tak dijangka, parents anak² ngasuh pun tak pernah berkira, even cuti pun tetap bagi bayaran, sekarang pun dalam usaha nak menambah anak ngasuh, itu je bidang yang saya mampu buat. Keluarga saya pun tak dapat nak bantu sangat sebab mak saya sakit. Adik saya seorang pulak pesakit buah pinggang dan yang sorang dah kahwin dan hidup sederhana sahaja. Cuma apa yang saya harapkan, hadirlah insan² pemurah yang sudi membantu meringankan bebanan ini. Moga setiap kebaikan yang dtg, dibalas sewajarnya oleh Allah.

Read More



Updates



Update 20 / 06 / 23

Saya ada berurusan dengan pihak TNB dan mohon rayuan ansuran bil mengikut kemampuan, saya pilih RM100 ke RM120 bulanan, tapi dengan bantuan dari sumbangan ni, saya dah dapat selesaikan RM600 dari tunggakan bil. Alhamdulillah dapat membantu juga sumbangan yang diterima. Sekurang kurangnya baki tunggakan tu terus dibayar tak dibiar tanpa dibayar.

Update 21 / 07 / 23

Alhamdulillah, keadaan semakin baik. Tunggakan bil dah jelas berjumlah RM900. Bayaran transport anak ke sekolah tertunggak 3 bulan sebab duit selesaikan dulu untuk sewa rumah dan bil air dan indah water. Anak yang belajar di Pusat Asasi UIAM Gambang dah pun selesai sesi pembelajaran kat sana. Ringan sedikit bebanan belanja untuk anak kat sana dan sekarang anak yang sulung ni dalam proses mencari kerja untuk tampung perbelanjaan harian. Ada masa 3 bulan bercuti. Dalam tempoh 3 bulan ni, akan dipanggil ke pendaftaran ke pringkat sarjana muda pendidikan di UIAM Gombak. 25hb Julai 2023 anak akan duduki interview di sana. Terfikir jugak kos yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan kat sana. Sedang cuba survey² dalam google pembiayaan permulaan pendaftaran, sebab kalau boleh, tak nak sampai anak tau kita susah. Sebolehnya nak anak terus belajar sampai berjaya sebab result masa Asasi sangat baik dan tersenarai dalam List Dean. 

Inshaa Allah, rezeki tu ada kalau kite pun usaha sama², Bantuan kerajaan pun sedikit membantu untuk biaya pendidikannya nanti. Pape pun, tq marhaen, sebab membantu melancarkan perbelanjaan mingguan. Walaupun ada masa sikit, ada masa dapat lebih, 1000 syukur pada kami sekeluarga. Kami pun sedang mencari jalan untuk tetapkan masa perjalanan ke sana, Wang sumbangan yang saya dapat dari marhaen minggu ni, saya savekan untuk urusan perjalanan ke sana 2 beranak. Ini baru kali pertama nak jejakkan kaki ke sana. Doakan semuanya dipermudahkan semua urusan kami.

Read More



Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Zakat  RM810.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

123.6

Baki Lot Diperlukan

276.4

Lot Telah Terbeli

87

Penyumbang

7,869

Pengunjung
Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Zakat  RM810.00
First Contribution
Saripah  RM10.00