Bantuan Buat Modal Peniagaan Demi Kelangsungan Hidup Setelah Diberhentikan Kerja


Bantuan Buat Modal Peniagaan Demi Kelangsungan Hidup Setelah Diberhentikan Kerja


MarhaenMY - NIK ATHIRA NADHIRAH BINTI NIK MOHD ZAHID
Kota Bharu, Kelantan
Published: Oct 15, 2021
25.2%
RM 1,260.00 RM 5,000.00


374.0
Baki Lot Diperlukan
126.0
Lot Telah Terbeli
63
Penyumbang
820
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Saya nak mohon bantuan kewangan kalau boleh, untuk membeli barangan keperluan barangan anak seperi susu dan pampers. Suami saya kehilangan kerja sebab pendemik ni. Saya anak yatim piatu. Mak dah meninggal 5 tahun lepas. Saya ade 4 adik beradik. Saya anak ke 3. Ade seorang anak yang berusia 3 tahun. Ayah baru je meninggal sebulan lepas.

 

Saya duduk rumah sewa di pasir puteh kelantan. Rumah sewa saya RM400 sebulan. Sekarang saya tinggal di rumah abang saya ( rumah arwah ayah ) kerana x dapat nak bayar sewa rumah dan sewa rumah saya masih tertunggak. Suami susah nak cari kerja sebab suami saya takde kelulusan pelajaran. Suami saya dulu kerja buat rumah batu jer. Kerja dengan orang. Lepas tu kalau boleh saya nak minta bantuan untuk nak buat modal nak mula berniaga kecil kecilan di depan rumah jual goreng pisang , nasi pagi dan petang. Suami pun boleh tolong menjual sama2 .Untuk tampung keluarga kecil saya.

 

Saya pernah berniaga 3 tahun lepas. Saya jual goreng pisang. Saya bercadang nak berniaga balik. Sambung yang saya pernah menjual dalam 3 tahun lebih untuk buat pembelanjaan harian saya sekeluarga. Saya perlukan modal untuk menjual dan untuk menampung keluarga saya. Sekarang adik saya yang bongsu tinggal sekali dengan saya. Adik saya OKU .

 

Adik beradik takde yang tolong sebab abang saya pun tengah mencari kerja. Mak saudara ade juga bagi lauk basah seminggu sekali. Untuk bil pulak kami cuma bayar bil api sebab bil air takde sebab saya pakai air telaga. Saya tak berapa pasti keperluan harian saya dalam sebulan.


Update 10/01/2022

Suami masih lagi mencari kerja dan saya belum dapat menjual lagi sebab modal tak cukup untuk saya menjual. Modal yang diperlukan dalam RM3000 lebih macam tu sebab nak naik basar ( pondok menjual ) sikit. Dah 3 tahun saya tinggalkan basar tu. Banyak atap2 yang bocor dan dinding yang buruk. Sekarang rumah saya kena banjir lagi. Saya pun tak sempat nak ambik gambar sebab dah pindah ke pusat sementara masa tu. Alhamdullilah, sekarang saya niaga cuma bungkus hantar kat kedai je sebab basar (pondok menjual) kami tengah repair. Hari2 sempat lah jual nasi pagi sampai petang tapi sekarang tak boleh sebab pondok tu rosak sikit. Kalau hujan je kena tempias, kalau panas jadi panas sangat. So saya sekarang saya buat kuih-muih je hantar kedai tak dapat nak jual nasi.
 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Muhd  RM10.00
Top Contribution
Dnbdjsnsndnd  RM100.00
First Contribution
Ily  RM10.00

374.0

Baki Lot Diperlukan

126.0

Lot Telah Terbeli

63

Penyumbang

820

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Muhd  RM10.00
Top Contribution
Dnbdjsnsndnd  RM100.00
First Contribution
Ily  RM10.00

Kempen Lain