PROJEK INFAK DANA Pembinaan / Baik pulih rumah golongan dhaif KENAPA SUMBANGAN INI PENTING? Bayangkan, rumah daif yang diduduki tidak mempunyai dinding, bilik, tandas, elektrik dan bekalan air. Tidur bertemankan nyamuk, dan terdedah kepada pelbagai binatang bahaya di waktu malam, begitulah keadaan keluarga dibanyak bahagian di Sabah. Mengambil semangat ini, kami mempromosikan usaha dan membina kapasiti untuk pembangunan kediaman di dalam komuniti yang terpinggir dan miskin tegar di pedalaman Sabah. Projek ini dicadangkan untuk diadakan di pedalaman negeri Sabah, negeri yang termiskin di Malaysia. Melalui projek ini kami berusaha untuk menjana dana sumbangan orang ramai sebanyak RM300,000 untuk membina / baik pulih rumah untuk 10 keluarga di peringkat awal, yang akan dikembangkan kemudiannya kepada lebih banyak rumah apabila kemampuan bertambah. Matlamat kami adalah satu rumah untuk satu keluarga dhaif. "Seseorang kamu belum sempurna imannya jika dia tidak mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya sendiri" [ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ] Ayuh, dermawan! Dalam usaha kita bantu Golongan Daif ini, kita juga bantu diri sendiri menbina perisai kita di alam sana nanti. Semoga segala sumbangan anda kekal hingga ke akhirat seperti mana sabda Rasulullah SAW; Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya [ Hadis Riwayat Ahmad ] Sumbangan setulus hati, seikhlas jiwa.