Kemalangan Mengubah Nasib Hidup


Kemalangan Mengubah Nasib Hidup


MarhaenMY - Siti Zulaikha Binti Ahmad Badri
Kuala Terengganu, Terengganu
Published: Dec 20, 2021
91.2%
RM 2,280.00 RM 2,500.00


22.0
Baki Lot Diperlukan
228.0
Lot Telah Terbeli
71
Penyumbang
1,047
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
250 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya nak minta bantuan untuk hilang sumber pendapatan akibat kemalangan dan patah bahu setelah 6 bulan. Saya berumur 20, isteri saya berumur 17 tahun dan anak saya berumur 1 tahun 1 bulan. Saya perlukan dana untuk membeli perlengkapan bersalin untuk isteri (anak no 2) dan untuk bayar bill di hospital sedikit, sekarang ini kami tak mampu nak beli satu pun barang perlengkapan dan makanan untuk isteri. Isteri saya dijangka bersalin pada 27/12/21. Sebelum saya kemalangan saya kerja dekat kedai buat sate ikan, buat bahagian biji sate. Alhamdulillah dapat la RM30-RM35 1 hari. Saya mintak ni pun sebab saya dah habis cara dah tuan, saya dah tebal muka nak hutang dengan saudara mara. Jiran saya pun banyak tolong saya sekeluarga tuan, sekarang pun kami hanya boleh pinjam motor jiran kalau nak bergerak.

 

Saya telah cuba untuk bekerja tapi disebabkan kecederaan saya, lepas saya pergi xray bulan lepas, skru plat dah bengkok sebab angkat benda berat. Selama 6 bulan ni hanya berjimat sedikit duit yang kami tabung, dan sampai keluarkan semua duit raya anak tahun lepas. Sekarang kami dah benar benar takda simpanan atau duit belanja. Saya sekarang pun tumpang rumah emak tuan, emak saya ibu tunggal tuan.. Saya 4 beradik, abang saya ada 1 orang tapi dia pun susah jugak tuan, saya anak ke 2 dan lagi 2 orang adik saya masih sekolah rendah tuan. Saya harap sangat moga ada rezeki saya untuk sekeluarga, amin.

 

Update 17 / 01 / 2022

Isteri saya dah bersalin anak no 2 pada 27 / 12 / 2022. Sekarang ni alhamdulilah beransur baik. Saya masih kerja sate ganti orang kalau ada orang tak datang.

 

Update 24 / 04 / 2022

Saya baru dapat kerja. Kerja hantar barang. Tapi saya tak boleh minta gaji advance dengan bos sebab baru je pinjam buat bayar kereta rosak.

 

Update 7 / 10 / 2022

Kalau ikutkan saya masih lagi perlukan bantuan. Anak saya pun sakit lagi. Sekarang saya kerja mesin upah rumput. Saya kerja Ahad, Isnin, Rabu dan Khamis dan satu hari gaji RM30. Isteri saya memang tak bekerja. Anak saya dah keluar wad dan haritu dia mula2 selsema dan lepas tu kurang oksigen. Tapi hospital tak buat sedut kahak @ cairkan kahak. Hospital suruh pergi dekat klinik swasta untuk buat. Saya baru tanya harga RM95 untuk sedut kahak dan bagi ubat demam dan antibiotik. Masih tak pergi klinik sebab tak ada duit dah kami dah korek habis dah duit tabung keluarga. Saya sekarang penerima zakat tahunan (Maidam Kuala Terengganu) dan saya dapat RM2500 tengah tahun hari tu. Keperluan asas kalau ikutkan memang tak cukup. Adik-adik saya masih lagi bersekolah darjah 4 dan darjah 5. Anak saya pun sekarang umur dah 2 tahun dan 11 bulan. Mak saya memang tak bekerja sebab sakit. Dan kami duduk rumah pusaka (PPRT).

Read More



Updates




Update 29 / 05 / 23

Kami baru saja pindah rumah sewa dan masih memerlukan bantuan. Dan banyak lagi barang asas tak ada dekat rumah. Susu dan pampers anak pun kami last beli minggu lepas. Saya baru dapat kerja jaga peti sejuk beku. Kerja jual isi ikan. Mula kerja pukul 8 pagi balik pukul 4 petang. Gaji dapat RM30 sehari dan bayar gaji mingguan. Isteri saya tak kerja sebab jaga anak di rumah. Rumah sewa RM100 sebulan sahaja.

Read More



Recent Contribution
Fifi  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Mohd  RM10.00

22.0

Baki Lot Diperlukan

228.0

Lot Telah Terbeli

71

Penyumbang

1,047

Pengunjung
Recent Contribution
Fifi  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Mohd  RM10.00