Ibu Tunggal Membesarkan 9 Orang Anak Dengan RM600/bulan


Ibu Tunggal Membesarkan 9 Orang Anak Dengan RM600/bulan


MarhaenMY - MIRANI BINTI MAK SAM
KUANTAN, Pahang
Published: Jan 17, 2022
75.53%
RM 3,429.00 RM 4,500.00


110.1
Baki Lot Diperlukan
342.9
Lot Telah Terbeli
131
Penyumbang
2,048
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
450 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum

Nama saya Mirani, saya merupakan ibu kepada 9 orang anak yang berumur 19 tahun, 17 tahun, 16 tahun, 13 tahun, 12 tahun, 10 tahun, 6 tahun, 3 tahun dan 10 bulan. Sekarang ini hanya saya sahaja yang bekerja menampung kehidupan, suami saya dianiaya dan sekarang dia berada di penjara. Sebelum ni suami kerja kerja kampung macam repair rumah orang, mesin rumput dan baiki aircond.

 

Saya yang menjadi ketua keluarga untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan seharian. Saya pula bekerja di penjana kerjaya perkeso dengan pendapatan RM600/bulan. Jumlah ini tidak mencukupi kerana terdapat bil-bil yang perlu dijelaskan, contohnya bil api yang tertunggak sehingga RM1000 lebih. Sewa rumah juga sudah tertunggak 2 bulan (bulan 12 dan bulan 1). Sewa sebulan sebanyak RM500. Kalau campur sekali bulan ni 3 bulan sewa tertunggak.

 

Anak-anak saya pula pergi ke sekolah pakai baju biasa dan juga pakai selipar sahaja. Anak sulung saya pula ada yuran tertunggak, dan kami makan apa sahaja yang ada. Anak saya yang paling kecil berumur 3 tahun dan 1 tahun yang masih memerlukan susu. Keperluan asas RM800 lebih termasuk susu pempers. Kami tak dapat mana2 bantuan. Saya harap tuan dan puan boleh bantu meringankan bebanan saya.

 

Update 10/06/2022

Sekarang saya bekerja sambilan pembantu catering sebab dàh tamat kerja dekat OBS Perkeso. Kerja OBS dah tamat bulan 4. Kerja sebagai pembantu catering dengan gaji RM30 sehari tapi kerja kadang2 ada kadang tak ada. Anak2 pulak sambung belajar yang sulung dalam bahagian pengurusan hotel. Saya masih ada tunggakan sewa 2 bulan iaitu bulan 4 dan 5. Anak yang umur 17 tahun pulak belajar dekat Giat Mara. Keperluan asas kadang2 tu kehabisan jugak sebab anak-anak ramai. Bil api air pun masih tertunggak. Saya dengan anak2 makan apa ada je asalkan ada beras boleh masak nasi boleh buat nasi goreng beli telur 1 biji masak nasi goreng cukup dah alhamdulilah dari belapar. Kalau time kerja catering ada nasi dengan lauk lebih saya bawak balik untuk anak2 makan.

Read More



Updates




Update 10 / 05 / 23 - 29 / 05 / 23

Saya masih memerlukan bantuan lagi. Dah berapa bulan saya tak kerja sebab tempat kerja saya dulu dah tutup. Dulu lepas kontrak dekat penjana kerjaya tu habis tamat, saya tolong orang meniaga tepi jalan. Lepas tu gerai tu dah tutup. Saya dah kerja baru tapi baru 3 hari start sebagai pembantu kedai makan. Gaji sehari RM35, ikut hari bekerja 5 hari seminggu. Kerja di Sg Isap. Anak yang dah habis sekolah sekarang kerja car wash dan gaji dia dapat tak tentu sebab ikut berapa banyak kereta masuk cuci. Dua orang anak saya yang dah habis belajar kerja tempat sama. Tunggakan rumah sewa pun banyak. Anak saya yang kecik tu, anak sulung saya yang jaga kalau saya pergi kerja. Anak yang kecik dua orang tu minum susu dan pakai pampers. Keperluan asas tu terpaksa lah jimat² makan yang ada dan beli yang perlu je. Kami ada dapat bantuan JKM RM600 sebulan dan duit tu buat bayar rumah sewa RM500. Bil api air pun ada tertunggak juga. Suami saya masih lagi dipenjara.

Read More



Recent Contribution
RADHI  RM3.00
Top Contribution
Azli  RM200.00
First Contribution
Hamba  RM10.00

110.1

Baki Lot Diperlukan

342.9

Lot Telah Terbeli

131

Penyumbang

2,048

Pengunjung
Recent Contribution
RADHI  RM3.00
Top Contribution
Azli  RM200.00
First Contribution
Hamba  RM10.00