Keracunan Logam Membuatkan Nurul Terlantar Sehingga Kini


Keracunan Logam Membuatkan Nurul Terlantar Sehingga Kini


MarhaenMY - Sharizaton Binti Sawal
Bandar Puncak Alam, Selangor
Published: Mar 05, 2022
100%
RM 32,000.00 RM 32,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
3,200.0
Lot Telah Terbeli
1319
Penyumbang
5,524
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
3200 Lot Ditawarkan

Adik Nurul hanya mampu terbaring akibat menderita penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan keracunan logam yang parah sejak setahun lalu. Nurul Syahera Edmal Kamarul Bahrin yang berumur 15, mengalami penurunan berat badan mendadak. Ibunya, Puan Sharizaton Sawal berkata, anak perempuannya itu mula dikesan menderita penyakit itu selepas kerap mengadu kemurungan, kelesuan dan kurang selera makan pada Mac tahun lalu. Adik Nurul, anak ketiga daripada empat beradik itu menjalani pemeriksaan di beberapa klinik swasta.

 

Hasil ujian darah, rambut dan air kencing pada Julai lalu mendapati kulat di dalam ususnya sudah merebak 90% dan turut menghidap SLE. Akibat penyakit itu anaknya kini memerlukan kos perubatan dianggarkan RM30,000 setahun seperti disyorkan doktor pakar sebuah klinik swasta Medical Center Impian Emas Johor Bahru. Adik Nurul jugak dirawat di Hosp S. Alam Hosp Klang. Keadaan terkini adik Nurul dari 0% sekarang dah hampir 30% nampak sihat. Kos meliputi bekalan ubat-ubatan dan susu formula khas iaitu susu ENSURE GOLD yang berharga RM97, Tin yang besar (sebulan 2 tin) kalau Tin kecil RM47 (sebulan 3-4 tin).

 

Mereka mendapat bantuan Zakat untuk rumah sewa dan untuk perubatan masih dalam proses. Zakat tak bagi full sebab berurusan dengan pihak swasta. Pendapatan suami (bawah RM3000) sebagai pemandu lori juga tidak menentu selain mengharapkan bantuan keluarga serta rakan. 
 

Update 20 / 06 / 2022

Keadaan puteri kami masih dalam pemantauan doktor. Dan sekarang keadaannya semakin baik cuma semalam masuk garam dalam badan. Dia da seminggu dimasukkan dalam hospital. Harini doktor jumpa saya dan cakap najisnya ada kuman jadi kena bagi ubat antibiotic untuk 3 hari lagi bermula hari ni. Alhamdulillah dengan dana tu lah kami dapat bawa puteri dapat kan rawatan dia. Dana tu jugak dapat beli ubat, barang dapur, barang keperluan puteri macam pampers dan susu puteri. Saya bersyukur sangat.

 

Update 24 / 06 / 2022

Terima kasih ye sudi menghulurkan bantuan pada kami, semalam duit yang dapat tu saya bayar untuk bil hospital tapi masih tak mencukupi. Saya dapat bayar RM527. Yang selebihnya dalam masa 14 hari. Tapi in shaa ALLAH kami akan usaha kan doa kan ALLAH permudahkan urusan kami ye. Puteri kami dah keluar hospital semalam. Dana yang sebelum ni saya dah dapat tu saya dah guna untuk keperluan dia macam susu pampers, makanan, ubat2 dia ada sikit pada tangan saya. Saya bawa dia jumpa pakar di Johor, doktor Zawawi. Sebelum ni masuk hospital pergi klinik swasta semua saya guna dana yang saya dapat daripada marhaenmy Tuan/Puan. Maaf jugak saya nak bagitau secara jujur saya ada guna duit dana tu untuk keperluan rumah macam beli barang dapur dan barang mentah. Sementara tunggu suami nak dapat gaji nya saya guna kan dulu duit dana ni. Kami bukan lah orang yang senang suami kerja driver lori yang gajinya hanye RM2500 sebulan itu pun kalau ada trip banyak lah. Nak tanggung 5 orang dalam rumah ni. Yang bil hospital tu takpe nanti saya usahakan untuk selesai kan, kita kan ada zakat dan Yb mana tau ada rezeki puteri kami. Saya memang ada apply bantuan zakat tapi masih menunggu jawapan. Sekarang ni saya hanya mohon untuk bagi semangat kat puteri kami, dia kemurungan sejak masuk hospital baru2 ni. Tu lebih penting rasanya dari bil hospital. Ada tak di pihak Tuan/Puan di sana ada Pakar Psiko yang boleh tolong bantu puteri saya.

 

Update 29 / 06 / 2022 - 1 / 07 / 2022

Anak saya sekarang kemurungan. Hari ni dan esok kena pergi hospital lagi. Hari ni ambik darah, esok pulak jumpa pakar otak. Semalam saya bawa dia je hospital untuk temu janji dengan pakar kauseling. Dr kata SKE nya dah mula merebak ke otak. Sekarang anak saya di syor kan minum susu ni. Susu ni saya kena beli dekat farmasi dan harga dia RM75 kalau dekat farmasi rumah saya. Susu ni dia kena ambil sampai bila2 untuk bantu dia kuatkan tulang dan otak kata dr lah. Alhamdulillah terima kasih banyak2 , saya memang memerlukan untuk kos rawatan ubat dan kos ke hospital dan kalau makan minum kami boleh cari sendiri. Kami tak mampu nak sedia kan susu ubat2 pampers dia untuk setiap bulan lagi dengan kos ke hospital tiap bulan. Kos sara hidup makin tinggi memang terkesan pada kami yang bergaji kecil dan sederhana ni.

 

Update 4 / 07 / 2022

Dana yang ada macam saya cakap saya guna untuk keperluan dia ubat2, susu, pampers dan makan minum kami sekali. Resit saya akan bagi (Nurul Syahera Edmal Kamarul Bahrin ada bagi gambar resit2 yang dibayar menggunakan dana yang diterima) . Ada supliment yang saya kena beli dengan harga RM360 dan RM260. Ada lagi bil untuk beli ubat2 dengan doktor Zawawi saya tak simpan. Balik kampung saya ada guna duit dana tu jugak untuk buat rawatan dengan doktor Zawawi. Dana tu jugak saya guna untuk tambang ke hospital dan makan kami Tuan/Puan. Macam beli barang2 keperluan dia tak ada resit. Beli barang dapur atau isi minyak dan bayar tol pun tak ada resit. Ubat2 beli dengan doktor Radha tak ada resit sebab bayar cash dengan doktor ni. Anak saya ada 2 doktor pakar swasta yang pantau dia. Ada sikit lagi dalam akaun saya tapi saya masuk ke ASB untuk kecemasan dia kalau ada berlaku pemedahan boleh guna yanng itu sebab ASB susah nak keuar macam bank lain. Lagi satu saya nak bagi tau duit dana saya ada guna untuk beli barang dapur jugak dan ada guna untuk repair kereta sebab kereta tu guna untuk bawa dia pegi hospital dan klinik sebab kereta dah lama era tahun 2005 macam tu.

Saya kena jujur dalam semua hal. Saya akui dana tu saya ada guna untuk baiki kerete beli makanan dan keperluan kami dan anak kami. Gaji suami tak besar dengan keadaan ekonomi sekarang lagi kami tertekan.

 

Update 6 / 07 / 2022

Kami follow up dekat hospital

 

Update 8 / 07 / 2022 

Hari ni puteri saya kurang sihat sakit baru lepas makan ubat dia rasa penat katanya.

 

Update 12 / 07 / 2022

Kami dekat hospital harini, follow up untuk fisio pagi ni. Terapi untuk lembut kan tulang dan urat di bahagian belakang peha. Yang ni kami kena beli kat farmasi beghot namanya untuk kaki.

 

Update 13 / 07 / 2022

Pagi2 kena tuam dengan hotbeg untuk cair kan lendir dalam badan terutama bahagian kaki. Yang ni saya kena beli dekat farmasi, murah je RM14.90 dan yang kecik sesuai la dengan dia cuma nak beli exercise dia je.

 

Update 18 / 07 / 2022

Untuk hilangkan kemurungan dia, saya bawa dia ke sekolah hari ni tapi tak lama dapat hadir kan diri waktu perhimpunan je.

 

Update 19 / 07 / 2022

Follow up hospital hari ni dan esok.

 

Update 20 / 07 / 2022

Pagi ni anak saya ada follow up dengan doktor pakar. Di sini saya nak bagi tau duit yang Tuan2 Puan2 sumbang kan untuk anak saya selama ni, saya ada buat infaq pada orang lain yang memerlukan walaupun tak banyak tapi setiap hari anak saya akan ingatkan saya untuk bersedekah dengan duit yang dia dapat melalui sumbangan Tuan2 Puan2. Pada mulanya saya tak nak cerita tapi saya takut nanti di persoalkan mana sumbangan yang di beri. Semalam saya ada guna duit sumbangan untuk ke klinik swasta adik kepada syahera tak shat dan perlukan rawatan untuk sedut kahak jadi saya terpaksa guna duit yang ada. Syahera ni anak kawan anak saya yang susah dan ada yang saya infaq untuk surau masjid dan anak2 yatim. Saya sertakan resit KLINIK ALAM MEDIK PUNCAK ALAM. Saya juga ada beli lagi ubat untuk anak saya.

 

Update 27 / 07 / 2022

Sekarang tunggu doktor Zawawi bagi kata putus untuk masukkan darah pulak dan kosnya tak pasti pulak berapa.

 

Update 1 / 08 / 2022

Keadaan anak saya sekarang kaki nya membengkak pulak.

 

Update 2 / 08 / 2022

Ubat yang saya beli untuk syahera dah sampai. Harga ubat ( RM 202 (Naltrexone 1.5mg)  + RM 260 (Rk Restore) = RM461 ) . Saya merendah diri memohon bantuan perubatan dan kos hos buat puteri saya dan ubat- ubatan nya dianggarkan dalam RM500-RM600 sebulan termasuk susu pempers dan kos ke hospital ( minyak kereta dan makan) . Itu jew yang kmi perlukan buat masa ini moga tidak ada lagi kos tambahan buat puteri kami. Terima kasih

 

Update 29 / 08 / 2022 (Dana dah penuh)

Alhamdulillah, terima kasih banyak2 pada semua yang sudi membantu puteri saya NURUL SYAHERA EDMAL BINTI KAMARUL BAHRIN selama ini tak terucap dengan kata2 untuk membalas jasa semua. Saya dan keluarga sentiasa mendoakan moga semua sihat dan di permudahkan segala urusan dan dapat menolong org lain pulak. Aamiin.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nurul  RM50.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM600.00
First Contribution
Izni  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

3,200.0

Lot Telah Terbeli

1319

Penyumbang

5,524

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nurul  RM50.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM600.00
First Contribution
Izni  RM10.00