Rumah Dimasuki Air Sehingga Rosak Semua Barang Keperluan


Rumah Dimasuki Air Sehingga Rosak Semua Barang Keperluan


MarhaenMY - Salasiah bt Jamaludin
Puchong, Selangor
Published: Apr 10, 2022
75.71%
RM 2,650.00 RM 3,500.00


85.0
Baki Lot Diperlukan
265.0
Lot Telah Terbeli
110
Penyumbang
2,407
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Nama saya Salasiah bt Jamaludin. Saya merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak 3 orang anak yang masih kecil dan memerlukan bantuan dari segi pampers dan keperluan susu. 2 lelaki dan seorang perempuan yang berumur dalam likungan 5 tahun, 4 tahun dan 3 tahun. Sebelum ini saya dipindahkan di rumah yang sekarang saya duduk. Saya duduk di kabin sebelum ini kerana saya tidak berapa mampu untuk menyewa rumah sehingga pihak zakat datang membantu saya. Rumah yang baru ini alhamdulillah okay dan selesa untuk saya anak beranak duduk disini. Tetapi baru nak masuk 2 malam saya menetap disini disebabkan hujan yang terlalu lebat, rumah kami dinaiki air. Sampai ke tahap dada, selama hampir seminggu saya dan anak-anak dah macam perlarian sebab saya dan anak-anak tidak pernah menghadapi keadaan macam tu. Sehingga la semalam baru saya dapat masuk rumah tengok keadaan rumah.

 

Semua barangan keperluan rosak seperti pakaian. Makanan, susu pampers anak semua tidak dapat nak diselamat kan dengan rasa rendah diri saya mohon sangat puan bantu apa-apa pun sekurangnya anak saya dapat makan. Sebelum ini saya hanya kerja part time sahaja. Macam kerja cuci rumah ataupun cuci pinggan yang dibayar lebih kurang dalam RM50/hari macam tu tetapi sekarang saya tidak dapat bekerja tetap lagi atas sebab tiada siapa yang boleh menjaga anak anak saya. Kerja pun saya tunggu dari tuan rumah sahaja buat masa ini. Ada jiran sebelah rumah saya minta saya tolong adik dia jual pisang goreng cheese buat sementara waktu.

 

Update 25 / 08 / 2022

Suami saya dah masuk penjara masa nak dekat raya. Dan saya dalam proses penceraian dengan suami. Buat masa sekarang ni saya kerja part time warehouse sahaja ikut hari, sehari RM50. Tak selalu ada macam seminggu dua kali. Ikut stok jugak. Saya ada dapat bantuan Zakat sebanyak RM250. Keperluan asas tu kadang cukup kadang tak tapi saya kena teruskan juga hidup. Kalau campur Zakat adalah dalam RM500 dalam sebulan untuk kami. 3 bulan lepas ada la tunggakkan bil air tapi dah bayar. Macam anak saya pakai 2 pek susu dan pampers 3 pek. Susu lactogrow dan pampers apa2 sahaja boleh.

Read More



Updates




Recent Contribution
RM50.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Alya  RM20.00

85.0

Baki Lot Diperlukan

265.0

Lot Telah Terbeli

110

Penyumbang

2,407

Pengunjung
Recent Contribution
RM50.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Alya  RM20.00

Kempen Lain