Dana Kebakaran Setia Alam


Dana Kebakaran Setia Alam


Persatuan Kebajikan Jaringan Amal WPKL - My AMAL
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Published: May 12, 2022
8.33%
RM 250.00 RM 3,000.00


275.0
Baki Lot Diperlukan
25.0
Lot Telah Terbeli
13
Penyumbang
848
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
300 Lot Ditawarkan

#DanaKebakaranSA

Pada pagi Jumaat 6 Mei 2022 #MyAMAL menerima satu perkhabaran duka dimana ada satu rumah terbakar di Setia Alam, Selangor. Alkisah di hari raya ke-5, rumah mangsa ditimpa bencana kebakaran. Mangsa suami isteri dengan 3 orang anak berumur lingkungan 10 tahun, 9 tahun dan 10 bulan kini menginap di homestay yang perlu dibayar. Dan khabarnya akan berpindah lagi demi untuk mengurangkan kos.

Segala peralatan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, aircond, kipas dan lampu telah musnah dalam kebakaran ini. Mujur tiada nyawa yang terkorban.

Kebetulan admin memang ada pengalaman rumah terbakar pada bulan Ramadan 5 tahun yang lepas jadi admin faham kesengsaraan dan perasaan luluh hati mangsa. Sebulan baru siap baiki rumah dengan kos mencecah puluhan ribu ringgit.

Tanpa fikir panjang, AJK #MyAMAL telah menguruskan keperluan mendesak mereka secepat mungkin dan #MyAMAL telah menanggung segala kosnya.

Hari Isnin 9 MEI 2022 minggu hadapan wakil #MyAMAL akan bertemu dengan mangsa untuk menghantar keperluan-keperluan mendesak seperti toto, bantal, baju dan makanan sambil berbincang tentang keperluan pembaikan rumah dan barangan elektrik serta sumbangan wang tunai.

Crowdfunding ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mangsa supaya mangsa dapat membeli segala peralatan yang telah terbakar seperti mesin basuh, peti ais, kipas dan lampu. Diharapkan supaya dengan bantuan seluruh rakyat Malaysia yang baik hati, keluarga ini dapat membina kehidupannya kembali.

---

UPDATE 1: #DanaKebakaranSA

Pada hari Sabtu 7 Mei 2022, AJK #MyAMAL telah membeli barang-barang keperluan mendesak seperti toto, toleteries dan beberapa barangan lain untuk disumbangkan kepada mangsa.

---

UPDATE 2: #DanaKebakaranSA

Pada hari Isnin 9 Mei 2022 AJK #MyAMAL selaku wakil NGO berkunjung ke homestay lokasi penginapan sementara mangsa bagi menyampaikan sumbangan keperluan dan berbincang tentang keadaan rumah dan keperluan-keperluan yang diperlukan.

---

Kami dipihak #MyAMAL akan menganjurkan sesi gotong royong mengemas rumah mangsa. Kami juga dengan ini memerlukan sukarelawan-sukarelawan untuk tujuan ini.

Sekiranya ada yang berminat untuk turut serta boleh lah menghubungi kami melalui saluran page rasmi ini.

#MyAMAL

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Uj  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM50.00
First Contribution
Maz  RM30.00

275.0

Baki Lot Diperlukan

25.0

Lot Telah Terbeli

13

Penyumbang

848

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Uj  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM50.00
First Contribution
Maz  RM30.00