Bantuan Buat Muallaf Yang Tiada Pendapatan


Bantuan Buat Muallaf Yang Tiada Pendapatan


MarhaenMY - Nur Hazirah Nabilah bt Abdullah
Setapak, Kuala Lumpur
Published: May 16, 2022
100%
RM 3,000.00 RM 3,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
300.0
Lot Telah Terbeli
88
Penyumbang
1,713
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
300 Lot Ditawarkan

Saya merupakan seorang muallaf cina yang mempunyai 4 orang anak yang masih lagi bersekolah dan memerlukan bantuan persekolahan. Suami saya baru sahaja mendapat kerja sebagai security di hospital Pusrawi . Sebelum ini kerja sebagai dispatch parcel sahaja tetapi telah dibuang kerja disebabkan company ingin cut kos.Kalau boleh saya ingin memohon sedikit bantuan kewangan.Untuk mengelak dari kena halau rumah sewa dan juga saya ingin memohon sedikit bantuan kewangan untuk kami anak beranak membeli keperluan pampers dan susu untuk anak kembar saya. Semoga ada terselit rezeki kami sekeluarga. Anak-anak saya ada 4 orang semuanya iaitu yang sulung Muhd Haziq yang berusia baru 11 tahun dan masih bersekolah. Yang kedua iaitu Muhd Haikal yang berusia 9 tahun . Dan yang paling bongsu adalah kembar 1 tahun.

 

Rumah sewa yang kami tinggal sebulan RM750 dan hanya mempunyai tunggakan sebulan sahaja yang kami tidak mampu untuk bayar. Tuan Rumah saya agak tidak bertimbang rasa kerana saya sudah memaklumkan bahawa saya ada sedikit masalah keluarga yang menyebabkan saya tidak dapat menjelaskan tunggakan sewa kerana bapa saya baru sahaja meninggal dan mak saya pula jatuh sakit selepas pemergian bapa saya jadi saya terpaksa ulang alik ke kampung untuk mejenguk dan menjaga ibu saya, itu yang kadang saya terpaksa menggunakan kewangan saya untuk membantu ibu saya di kampung . Dan setelah saya berfikir tentang kos yang agak tinggi untuk ulang alik dari kampung ke KL , jadi saya telah mengambil keputusan untuk bawa mak saya duduk dengan saya di KL ini. Harapnya ada yang sudi membantu kewangan saya anak beranak sementara suami saya masih lagi mencari kerja yang tetap dan stabil .

 

Update 10/06/2022

 

Saya ada dapat bantuan dari pihak tuan/puan.. Alhamdulillah telah banyak menolong keluarga saya.. Dari duit tersebut saya dapat melunaskan hutang sewa rumah yang tertunggak sebulan dengan bill api.. Semoga jasa2 pihak MarhaenMY dan juga yang lain dibalas berlipat ganda oleh Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusannya amin ya robil alamin. Sekarang saya masih perlukan bantuan sebab masih ada tunggakan sebulan lagi dan tuan rumah asyik desak nak halau.. Suami pulak dah berhenti kerja sebagai pengawal dekat pusrawi sebab kena pindah ke tempat lain dan jauh.. Yang terakhir sekali tukar ke security hotel dekat cheras.. Terlalu jauh dengan kos makan dan transport ke sana.. Jadi sekarang suami bekerja sebagai penghantar parcel.. 1 parcel RM1.50.. Suami dah bayar sewa rumah untuk bulan ni dengan bil air.. Cuma tak mampu lagi bayar tunggakan (ada tunggakan lagi sebulan).. Kami sangat2 terkesan dengan twin yang sedang membesar.. Untuk susu twin saya tak berapa risau sebab dorang masih menyusu badan.. Lepas ayah saya meninggal, saya bergilir2 dengan kakak jaga mak..

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Muhaimi  RM100.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

300.0

Lot Telah Terbeli

88

Penyumbang

1,713

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Muhaimi  RM100.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00