Salam semua, kami sekeluarga memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk membeli barang keperluan dan membayar tunggakan sewa rumah yang 3 bulan tidak dapat bayar. Saya merupakan seorang suri rumah yang mempunyai anak seramai 12 orang dan semuanya bersekolah di tahfiz. Suami saya pula mempunyai pekerjaan yang tidak tetap. Kalau ada kerja seperti orang panggil upah potong rumput, adalah pekerjaan dan pendapatan untuk kami sekeluarga tetapi tidak banyak. Sebulan boleh dapat dalam RM250 , kadang -kadang RM50 sahaja sebulan.
Sebenarnya kami sekeluarga berasal daripada Sabah dan sebenarnya terkandas di semenanjung agak lama disebabkan anak anak semua bersekolah di Tahfiz yang berada di semenanjung, jadi kami bercadang untuk melawat mereka sebelum pkp haritu, tahu tahu kami tidak dapat pulang akibat PKP yang berlangsung, jadi kami terpaksa sewa rumah semuanya di sini. Untuk pulang ke Sabah buat masa sekarang akan makan kos yang tinggi dan memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi . Untuk rumah yang disini pun kami masih menyewa dan kadang kadang ada orang yang datang bantu kami untuk belikan barang barang dapur tapi bukan selalu.