Tidak Dapat Bekerja , Menjaga Isteri Yang Stroke


Tidak Dapat Bekerja , Menjaga Isteri Yang Stroke


MarhaenMY - Mohd Nizam Bin Samin
Johor Bahru, Johor
Published: Aug 08, 2022
82.5%
RM 3,300.00 RM 4,000.00


70.0
Baki Lot Diperlukan
330.0
Lot Telah Terbeli
80
Penyumbang
2,007
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Permohonan ini saya lakukan khas untuk isteri saya. Saya ingin memohon bantuan kewangan atau barangan bagi keperluan isteri saya yang menghidap Stroke akibat daripada ( pendarahan otak kiri ) di mana bahagian kanan badan termasuk tekak tidak berfungsi dengan baik sejak dia terjatuh pada 24hb jun haritu di rumah. Isteri stroke hampir 2 bulan. Isteri mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Sekarang ini isteri perlu minum susu disebabkan sukar untuk menelan dan menggunakan lampin pakai buang. Susu ini (spt gambar di bawah ) 1 tin berharga RM98/700gm yang mana isteri menggunakan untuk 2 hari bagi 1 tin dan lampin 8 pcs/hari. Sebenarnya isteri perlu menggunakan tiub utk memasukkan susu tetapi saya telah mencabutnya disebabkan isteri sukar tido dan kurang selesa.

 

Setelah mencuba beberapa kali minum menggunakan straw dan cawan, saya menanggalkan tiub untuk bagi keselesaan dan tidur yang cukup. Sebulan saya memerlukan lebih kurang RM1900 - 2000 hanya untuk susu sahaja , tidak termasuk keperluan lampin dan tisu dan lain-lain lagi. Ini akan mengambil masa beberapa bulan mengikut keadaan kemajuan isteri.Saya mempunyai 8 orang anak iaitu yang sulong (P) berkahwin, yang kedua (P) bujang dan bekerja , Yang ketiga (P) masih belajar di IKM KL . Yang ke 4 (L) belajar UiTM Jasin. Yang ke 5 (L) Tingkatan 5. Yang ke 6 (L) Tingkatan 3. Yang ke 7 (L) Tingkatan 2. Yang ke 8 (L) Darjah 4. Saya tidak dapat keluar bekerja membuat rumah  seperti sebelum sebelum ini dalam tempoh 4 bulan dan perbelanjaan di keluarkan oleh anak pertama dan kedua. Apabila isteri saya kena Stroke bermakna perbelanjaan bertambah dan belian secara tunai harus ada setiap hari bagi susu dan lampin. Di sinilah bantuan yang amat saya perlukan.Saya juga ada memohon Baitulmal Johor Bahru dan saya difahamkan kelulusan mengambil masa bagi tempoh yang lama iaitu 1- 3 bulan. Saya amat memerlukan bantuan khususnya utk keperluan isteri dalam waktu terdekat, ada beberapa kali susu isteri habis untuk 2 hari, 3 hari kerana kami gagal. Kami cuba bagi bubur akan tetapi isteri tidak boleh menelan dengan baik dan najisnya mengeras sehingga sembelit.

 

Pada waktu saya menulis ini susu telah habis jujurnya. Moga Allah menggerakkan sesiapa bagi melepaskan keperluan untuk isteri. Saya perlukan bantuan seperti pembelian susu dan lampin pakai buang. Saya betul-betul tengah memerlukan bantuan untuk susu dan pampers segera. Saya betul-betul terdesak untuk buat belian susu dan pampers untuk isteri. Saya ada mohon dengan Majlis Agama Johor ada terima tunai sebanyak RM 200 pada 2 minggu lepas dan ada borang baru hantar semalam. Maaf inilah yang adanya, saya amat-amat risau. Kalau ada cara lain sure saya tidak asyik bertanya, ada juga yang berhutang dengan saya tetapi mereka belum ada untuk bayar pada saya, pinjam adik bradik juga saya sudah buat.

 

Update 12 / 09 / 2022

Dia boleh bergerak perlahan anggota sebelah kanan dia tapi very slow. Anyway alhamdulillah, cuma masih minum susu. Adakala saya beri biskut celup air atau sedikit bubur untuk tekak dia belajar menelan dan dah tak pakai tiub sejak seminggu ni. Jujurnya dana ni cuma dpt membantu untuk keperluan susu sahaja. Untuk hari2 yang sebelumnya saya usahakan sendiri. Isteri ada checkup di hospital dan fisio banyak buat di rumah. Saya memang bagi sepenuh perhatian untuk fisio dia agar cepat pulih. Cuma selepas dah mula belajar menelan saya tgok susu 700gm yang untuk 2 hari sebelum ni dah jadi 4 hari bermakna RM +-1000/bulan. Saya kerja sebagai tukang buat rumah tapi sejak PKP, saya tak ada dapat kerja baru lagi. Hanya repair sikit2 dan kemudian sebelum isteri stroke, saya kena minor stroke tapi kini untuk saya alhamdulillah. Saya ada anak No 1 dan 2 yang dah ada kerja. Cuma gaji kecik sebab belum dapat gaji yang sesuai dengan kelulusan. Sebahagian gaji diaorang bantu keperluan rumah, makan dan bil. Saya memang memliki tunggakkan sewa rumah yang banyak. Tuan rumah pun dah mula suruh keluar sebab banyak sangat. Saya ada juga ambik upah potong rumput sikit2. Sewa RM1500/bln. Kalau 10 bulan pun dah kira banyak. Saya dah duduk rumah ni 6 tahun dah. Simpanan saya pun dah abis. KWSP pun ada sedikit dan dah keluar cara i-lestari dan i-sinar pun dah abis juga.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Saripah  RM10.00
Top Contribution
RM390.00
First Contribution
AMI  RM10.00

70.0

Baki Lot Diperlukan

330.0

Lot Telah Terbeli

80

Penyumbang

2,007

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Saripah  RM10.00
Top Contribution
RM390.00
First Contribution
AMI  RM10.00