Baby Akid Dan Safiya Mempunyai Komplikasi Usus


Baby Akid Dan Safiya Mempunyai Komplikasi Usus


MarhaenMY - Aisha Tan Li Juan
Seri Kembangan, Selangor
Published: Dec 26, 2022
100%
RM 5,020.00 RM 5,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
502.0
Lot Telah Terbeli
208
Penyumbang
2,422
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Salam

Saya Aisha Tan Li Juan yang berusia 31 tahun memerlukan bantuan untuk anak saya iaitu Muhammad Akid bin Mohd Syamil yang baru sahaja berusia 4 bulan tetapi disahkan menghidap penyakit masalah usus dan mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA). Anak saya disahkan mengalami masalah penyakit itu sejak di dalam kandungan lagi. Doktor yang memeriksa saya memaklumkan selepas mendapati perut anak kembung dan membuncit. Dia juga telah membuat operation beberapa kali dan usus besarnya telah dibuang. Yang tinggal dalam badan dia adalah usus kecil sahaja yang dipotong dua dan dikeluarkan melalui perut untuk memudahkan proses penyahtinjaan. Bila dia buang air besar, semua najis akan masuk ke dalam beg stoma (kantung yang dilekatkan di perut). Kalau untuk buang air kecil pula, boleh seperti biasa cumanya lampin perlu kerap tukar.

 

Masalah untuk salur pemakanan dan usus menyebabkan Akid terpaksa minum susu yang agak mahal (RM80) menggunakan tiub yang dimasukkan ke dalam perut. Anak kedua saya iaitu Nur Safiya yang berusia 2 tahun mengalami penyakit keradangan usus dan memerlukan susu yang agak mahal . Dia juga pernah beberapa kali dimasukkan ke dalam ICU akibat penyakit tersebut. Kedua dua anak saya kini di dalam pemantauan sama ada usus kecil masih berfungsi atau tidak . Kami amat memerlukan bantuan untuk membeli beg stoma , susu dan keperluan anak anak .

 

Saya terpaksa berhenti kerja selepas masalah kesihatan anak saya semakin merosot, saya berhenti selepas melahirkan Safiya. Suami saya hanya bekerja sebagai seorang yang melakukan service aircond ataupun wiring. Pendapatan dia agak tidak menentu. Ada kalanya anak sulung dan kedua saya dijaga oleh family mertua sekiranya Akid memasuki hospital.

Read More



Updates




Update 25 / 01 / 2023

Kesihatan Safiya dah stable. Hanya susu perlu masuk ikut tiub perut guna mesin pada 24/7. Akid haritu ada jangkitan kuman paru2 dan stay dua minggu lebih kat ward. Alhamdullillah sekarang dah elok banyak. Akid sekarang nampak sihat, hanya stoma perlu pakai lagi untuk 3-4 tahun sebab operate yang kerap sangat awal dulu. Dari segi kewangan ada lagi banyak hutang yang perlu dibayar. Sebelum ni kita suami isteri memang tak cukup duit dan ada pinjam dengan orang & guna card credit. Tapi sejak ada naik berita kat metro. Alhamdullillah kita dapat bantuan sedikit. Suami masih kerja sebagai wiring lagi. Saya memang tak kerja sebab jaga anak tiga orang, yang sulung kakak 5 tahun, Safiya 2 tahun dan Akid 5 bulan. Suami gaji bila banyak kerja boleh dapat RM3,000 macam tu. Pernah juga terputus bekalan makanan, ni baru berlaku pada hujung bulan lepas, kita terpaksa balik duduk rumah mertua untuk beberapa hari. Bil api air dah dua bulan tunggak dan kereta pun 🥲.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Siti  RM20.00
Top Contribution
RM300.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

502.0

Lot Telah Terbeli

208

Penyumbang

2,422

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Siti  RM20.00
Top Contribution
RM300.00
First Contribution
Saripah  RM10.00